Sekolah Kebangsaan Kunak 2


Sekolah Kebangsaan Kunak 2 atau nama ringkasnya SK Kunak 2, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Kunak 3, Kunak, Sabah.

Sekolah Kebangsaan Kunak 2
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 12, 91207, Kunak, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSK Kunak 2 Ke Arah Kecemerlangan
Nombor sekolah6089851352
Kod sekolahXBA3203
Guru besarAminah binti Haji Pilie
Faks6089851352

Sejarah sunting

Tarikh penubuhan dan pengasas sekolah sunting

Nama asal Sekolah kebangsaan Kunak 2 semasa penubuhannya ialah Sekolah Kebangsaan Kunak 3. Pada awalnya, ia merupakan sebuah sekolah agama dewasa. Seorang guru bernama Encik Utoh bin Tahassam telah ditugaskan. Bangunan sekolah menumpang sementara di Balai Raya kampung Kunak 3.

Memikirkan betapa pentingnya pendidikan di kalangan penduduk tempatan, maka beberapa orang pemimpin masyarakat telah mendesak pihak kerajaan supaya sebuah sekolah kerajaan didirikan secara rasmi. Dengan desakan tersebut pada tahun 1972, pihak kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan sekolah yang mengandungi hanya sebuah bilik darjah dan sebuah rumah guru. Selepas pembinaan bangunan ini, maka pada 17 April 1973, bermulalah era baru corak pendidikan di kampung ini daripada sebuah sekolah agama kepada sebuah sekolah kebangsaan yang diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Kunak Tiga, dengan bilangan murid serama 77 orang.

Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, maka pertambahan bilangan murid begitu mendadak menyebabkan pihak kerajaan membina sebuah lagi bangunan yang dilengkapi dengan dua buah bilik darjah dan dua buah stor peralatan pada tahun 1977. Lanjutan daripada ini, dua buah lagi rumah guru turut didirikan.

Pada tahun-tahun berikutnya, beberapa pembinaan terus berlaku, iaitu pembinaan bangunan Prasekolah, bangunan Makmal Komputer dan tambahan bangunan rumah guru berkembar. Pada bulan Februari 2012, sekolah ini telah menambah lagi koleksi fakta sejarahnnya sendiri apabila secara rasmi bangunan baru yang bernilai RM13.8 juta telah siap dan digunakan secara rasmi.

Guru besar sunting

Senarai Guru Besar yang telah berkhidmat di sekolah ini adalah seperti berikut:

Bil. Nama Guru Besar Tahun Bertugas Bilangan Murid
1 Zainal Abidin bin Laja 1973 - 1974 77 orang
2 Rusaing bin Bantagi 1974 - 1976 112 orang
3 Kamarun Zaman bin Bhaaruddin 1976 103 orang
4 Sharif Samsuddin bin Sharif Sagap 1976 97 orang
5 Abdul Rahim bin Othman 1976 - 1978 124 orang
6 Ajirul Haji Hamzah 1979 - 1985 190 orang
7 Mahani binti Hj. Ibrahim 1985 - 1988 198 orang
8 Abdul Kahar bin Awang Yahya 1988 - 1993 242 orang
9 Mohamad Latip bin Haji Katik 1997 - 2003 375 orang
10 Mariam binti Hj. Mohamad 2003 - 2011 387 orang
11 Ahmadidin bin Rosidin B.S.K. 2011 - 2017 434 orang
12 Aminah binti Hj Pilie 2017 - sekarang 450 orang

Pencapaian sunting

Maklumat sekolah sunting

Visi sunting

Mencapai tahap sekolah cemerlang pada tahun 2018

Misi sunting

Mendidik semua murid dengan penuh tanggungjawab demi melahirkan insan berkualiti melalui pendidikan bersepadu berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan

Piagam sunting

"Pencapaian Diutamakan"

Pengertian logo sekolah sunting

  • Bentuk mahkota: Lima bucu/puncak melambangkan lima buah kampungdan lima prinsip Rukun Negara.
  • Segi empat: Melambangkan produktiviti yang tinggi.
  • Obor: Melambangkan semangat, keinginan dan cita-cita.
  • Dua pengapit biru: Melambangkan dua tangan iaitu kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru.
  • Dulang: Melambangkan pencarian ilmu untuk kemajuan diri.
  • Bulan sabit: Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Kunak.
  • Warna
    • Kuning: Warna Diraja dan warna rasmi SK Kunak 2.
    • Merah: Semangat dan keberanian.
    • Biru: Kedamaian, kemakmuran dan ketenteraman.
    • Hijau: Keindahan dan harmoni
  • Cogan kata
    • Ilmu: Berupa kemahiran, pengetahuan dan pengalaman.
    • Jiwa: Semangat, cita-cita dan perasaan.
    • Bangsa: Masyarakat majmuk yang terdapat di sekitar sekolah.

Lagu sekolah sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kunak 2
Peti Surat 12
91207, Kunak
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089851352
Faks = 6089851352

Galeri sunting

     

Aktiviti sekolah sunting

Aktiviti 1: Pelancaran Tabung Kecemerlangan Pendidikan oleh YB. Datuk Haji Mohd Yusof Haji Afdal sunting

         

Aktiviti 2: Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah 2015 sunting

         

Aktiviti 3: Kuiz Kenegaraan Peringkat Sekolah 2015 sunting

     

 

Aktiviti 4: Kem Kecemerlangan UPSR 2015 sunting

         

Pautan luar sunting

Video aktiviti sunting