Sekolah Kebangsaan Langkabong

Sekolah Kebangsaan Langkabong atau nama ringkasnya SK Langkabong, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 112,.

Sekolah Kebangsaan Langkabong
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 112,, 89300, Telupid,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6087721900
Kod sekolahXBA2209
Faks6087721900


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Langkabong memiliki 105 pelajar lelaki dan 110 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 215 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Langkabong terletak di kaki Gunung Bukit Banjaran Trus Madi, 35km dari Pekan Telupid. Sekolah ini dibuka pada 1 April, 1980. Oleh kerana pada masa itu masih belum ada bangunan sekolah, maka murid-murid menumpang belajar di balai raya yang sedia ada berukuran 25i X 40i. Peralatan bagi membina bangunan balai raya ini merupakan hasil kerjasama penduduk kampung walaupun ianya merupakan sebuah projek kerajaan BERJAYA pada masa itu. Balai Raya ini siap dibina dua tahun sebelum ianya digunakan sebagai sekolah sementara.


Pada tahun itu hanya seorang guru yang ditugaskan untuk mengajar iaitu En. Mandik bin Yadam. Sebelum bersara, perkhidmatan terakhir beliau adalah sebagai Guru Besar di SK Maliau Tonogod dan pernah menyandang tugas sebagai Penyelia Pendidik Daerah Telupid. Beliau merupakan orang pertama membuka sekolah SK Langkabong sekaligus menyandang tugas sebagai Guru Besar. Bilangan murid pada masa itu hanya seramai 44 orang. Murid-murid ini merupakan penduduk sekitar Kampung Langkabong dan Kampung Napagang.


Pada tahun 1981 hingga tahun 1982, dua orang guru telah diambil bertugas di sekolah ini atas usaha En. Mandik. En. Saiful Salag mula bertugas pada tahun 1981 dan En. Abdul Amit pula mula bertugas pada tahun 1982. Kedua orang guru baharu ini merupakan orang tempatan yang ditugaskan sebagai guru sandaran. Pada masa itu, Jabatan Pelajaran memerlukan guru yang hanya berkelulusan SRP dan LCE kerana keperluan mendesak guru di Daerah Kinabatangan.


Pada pertengahan tahun 1982, Kerajaan BERJAYA menerajui kerajaan Sabah. En. Amit bin Andau (mendiang) selaku wakil Ketua Anak Negeri di kampung ini meminta kerjasama daripada YB. En. Malik Chua untuk memohon bangunan sekolah dari Jabatan Pendidikan memandangkan balai raya tidak lagi menampung murid yang semakin bertambah. Dalam lawatan YB En. Malik Chua ke balai raya ini, beliau merasakan bahawa terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan bangunan sekolah dan bekerjasama dengan En. Mandik untuk merayu kepada Jabatan Pelajaran khusus untuk hal ini.


Pada akhir tahun 1982, En. Amit telah meminta bantuan daripada beberapa syarikat pembalakan untuk meratakan tapak sekolah dengan keluasan 6 ekar. Beliau menjemput Pengarah Pendidikan untuk melawat tapak ini dan akhirnya tapak ini diluluskan dan pada akhir tahun 1982 pembinaan sekolah mula dilaksanakan.


Pada 1 Januari 1983, bermula sejarah baru di kampung ini dengan terbinanya sebuah bangunan sekolah kekal berukuran 26i X 72i, sebuah bilik pentadbiran dan dua buah bilik darjah berserta 1 unit rumah guru besar. Bangunan ini merupakan peruntukan dari Bank Dunia yang mana kawasan sekolah ini juga digerankan oleh Kerajaan.


Dua bulan selepas pembinaan bermula, murid-murid ditempatkan ke bangunan sekolah ini. Pertambahan bilangan murid pada tahun 1984 menyebabkan kelas yang sedia ada tidak lagi dapat menampung bilangan murid ini. Hal ini menyebabkan kelas bercantum terpaksa diadakan disamping penggunaan rumah rehat yang sedia ada juga terpaksa digunakan. walaupun berdepan dengan masalah kawalan kelas, sesi masih pdp berjalan dengan baik.


Berikutan kekangan ini, Guru Besar pada masa itu En. Abas bin Ibau telah memohon tambahan bangunan sekolah dan Jabatan Pendidikan telah mempertimbangkan hal ini. Pada tahun 1985, sebuah bangunan sekolah bersama-sama dengan satu unit rumah guru telah dibina. Bangunan sekolah ini mempunyai tiga buah bilik darjah, sebuah bilik guru, bilik setor serta sebuah rumah guru berkembar. Semua bangunan ini siap dalam jangkamasa satu bulan sahaja.


Dengan terbinanya bangunan ini maka tercapailah hasrat para guru dan murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa. Pada tahun 1988, guru besar pada masa itu En. Lamiri bin Sitih telah meneruskan usaha membangunkan sekolah ini. Sehingga kini, beberapa kemudaha asas seperti Pusat Sumber, kantin, padang sekolah serta tempat rekreasi telah diwujudkan dengan kerjasama guru-guru dan kakitangan bukan mengajar.


Menyedari betapa pentingnya pendidikan untuk membangunkan masyarakat, kakitangan sekolah ini telah berikhtiar menggembleng tenaga untuk meningkatkan prestasi sekolah dari segi pencapaian akademik dan peningkatan jumlah murid. Pada tahun 2004 sekolah ini telah mempunyai seramai 183 orang murid, 202 orang murid pada tahun 2013 termasuk murid Prasekolah.          

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Langkabong
Peti Surat 112,
89300, Telupid
Sabah, Malaysia
Telefon = 6087721900
Fax = 6087721900

Pautan luar sunting