Sekolah Kebangsaan Lormalong

Sekolah Kebangsaan Lormalong atau nama ringkasnya SK Lormalong, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 43.

Sekolah Kebangsaan Lormalong
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 43, 91207, Kunak,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Asas Jaya
Nombor sekolah6089856117
Kod sekolahXBA3204
Pengerusi PIBGEn. Abd Hamid Baji
PengetuaPn. Hjh Norma Hj Othman
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Abd Mana Halipa
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Saripa Haled
Penolong Kanan KokurikulumEn. Kulah Jaid
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Lormalong memiliki 133 pelajar lelaki dan 137 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 270 orang. Ia mempunyai seramai 21 orang guru.2009

Kini, SK Lormalong mempunyai 7 buah blok yang terdiri daripada Blok Bilik Darjah, Blok Pentadbiran, Kelas Prasekolah dan Pusat Sumber. Ia dihuni oleh lebih kurang 300 orang warga sekolah yang terdiri daripada 24 guru, 4 0rang kakitangan bukan mengajar, 280 orang murid, 3 orang pekerja pembersihan dan 3 orang pengawal keselamatan.2011

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Lormalong dalam Daerah Kunak. Sekolah ini terletak antara Jalan Kunak ke Lahad Datu. Jarak sekolah ini dari Pekan Kunak kira-kira 10 kilometer.

Sekolah ini dibina pada tahun 1965. Kewujudan sekolah ini adalah atas dasar ehsan pihak Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) bagi kemudahan pendidikan anak-anak peneroka di tanah rancangan ini. Ianya juga merupakan tangunggjawab sosial LKTNS terhadap para peneroka waktu tersebut. Pihak LKTNS telah mewartakan kawasan ini sebagai kawasan sekolah dengan rasminya kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Para peneroka di Lormalong ini adalah terdiri daripada suku kaum Bajau dan Murut sahaja. Mereka adalah migran dari Pantai Barat Sabah iaitu Tuaran, Kota Belud, Papar, dan Tenom. Peranan merakalah yang mengusahakan perladangan kelapa sawit. Seterusnya menjadi pola masyarakat di kawasan ini.

Pada peringkat awal, sekolah ini hanya di khususkan untuk anak-anak peneroka di kawasan Lormalong ini sahaja. Seramai 36 orang murid sahaja berdaftar (22 murid lelaki dan 14 murid perempuan) serta 3 orang guru yang diketuai oleh Cikgu Englan Tapaan selaku guru besar pertama sekolah ini. Struktur bangunan waktu itu hanya satu unit, hanya 3 bilik darjah dan diwujudkan kelas bercantum.

Seterusnya, pada tahun 1967, proses galakan ke sekolah dibuka kepada penduduk sekitar iaitu, luar Kampung Lormalong seperti Kampung Dasar Lama, Dasar Baru, Bumi Asli, Malaysia Plantitions, Madai dan Pangkalan Madai. Guru Besar waktu itu Cikgu Ahmad bin Wahid beserta 5 orang guru membuat bancian dan tinjauan ke kampung-kampung untuk menggalakkan ibubapa mengahantar anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lormalong. Bermula saat itu, murid sekolah ini bertambah dengan sambutan yang amat menggalakkan.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Lormalong
Peti Surat 43
91207, Kunak
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089856117
Fax = TIADA

Pautan luar sunting