Sekolah Kebangsaan Mata Ayer

Sekolah Kebangsaan Mata Ayer atau nama ringkasnya SK Mata Ayer, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Mata Ayer,.

Sekolah Kebangsaan Mata Ayer
Lokasi
 Malaysia Kampong Mata Ayer,, 16600, Pulai Chondong, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097870122
Kod sekolahDBA2173
Faks6097870122


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Mata Ayer memiliki 86 pelajar lelaki dan 82 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 168 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Mata Ayer terletak di Daerah Pulai Chondong dalam Jajahan Machang. Dahulunya sekolah ini dikenali sebagai “ Sekolah Melayu Rakyat Mata Ayer”.

Di bawah pimpinan penghulu Koh Bon Chai, satu perjumpaan di kalangan ibu bapa telah diadakan bagi memohon untuk mendirikan sebuah sekolah di Kampung Mata Ayer.

Setelah mendapat persetujuan ramai, maka bermulalah sejarah baru di Kampung Mata Ayer di mana sebuah bangunan kayu yang berukuran 7m x 5m didirikan secara gotong royong oleh penduduk kampung. Tanggal 8 Disember 1954, bermulalah sekolah baru yang dinamakan dengan “ Sekolah Melayu Rakyat Mata Ayer”.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Mata Ayer
Kampong Mata Ayer,
16600, Pulai Chondong
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097870122
Fax = 6097870122

Pautan luar sunting