Sekolah Kebangsaan Mawar, Sandakan

(Dilencongkan dari Sekolah Kebangsaan Mawar)

Sekolah Kebangsaan Mawar atau nama ringkasnya SK Mawar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Sibuga.

Sekolah Kebangsaan Mawar Sandakan
Lokasi
Jalan Sibuga, 90000, Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoCemerlang, Cekal, Cekap, Cerdik
Nombor sekolah6089632487
Kod sekolahXBA2091
Pengerusi PIBGEncik Suhaidi Bin Mastar
Guru besarPuan Rohaya Binti Maidin ( Baru )
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Sophian Bin Sawal
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Arbian Bin Baral
Penolong Kanan KokurikulumPn. Rosnani Binti Kimsuan
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Mawar memiliki 224 pelajar lelaki dan 222 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 446 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini mula dibuka pada 7 Januari 2002 dan dikongsi bersama dengan SMK Elopura 2. Nama sekolah ini diambil sempena nama taman perumahan yang berdekatan iaitu Taman Mawar. Selain itu, nama MAWAR juga membawa maksud Maju ke arah globalisasi, Agresif, Wawasan negara tercapai, Amalan budaya cemerlang dan Rohani yang utuh.

Guru besar pertama adalah Puan Kwan Ping Sin di mana jumlah pelajar pada masa itu adalah kira-kira 165 orang. Guru besar yang kedua adalah Encik Sahak Bin Hamid dan seterusnya disambung oleh Puan Ngatila Suratman.

Bilangan guru yang dahulunya 12 orang telah bertambah kepada 30 orang kesemuanya. Begitu juga dengan jumlah pelajar yang telah meningkat kepada 440 orang.

Sesi pengajaran dan pembelajaran hanya berlangsung pada sesi pagi tetapi pada sebelah petang diselitkan dengan aktiviti Kelas Bimbingan, Ko-Kurikulum, Kelas Tambahan dan Kursus Dalaman. Ini menunjukkan sekolah ini bergiat aktif tanpa mengira masa dan waktu.

Penglibatan pelajar juga turut menyumbang kepada kemajuan sekolah kerana kebanyakan daripada pelajar dan guru tidak mempunyai masalah untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kerana kebanyakannya tinggal berhampiran Taman Mawar dan Taman Sibuga. Kedudukan PIBG yang kuat dan aktif juga membantu dalam sistem pengurusan aktiviti di SK Mawar

Senarai Guru Besar sunting

  • Allahyarhamhumah Puan Ngatila Binti Suratman ( Meninggal dunia disebabkan barah )
  • Puan Patmah Binti Haji Said
  • Puan Rohaya Binti Hj Maidin (2019 - kini)


Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Mawar
Jalan Sibuga,
90000, Sandakan
Sabah,   Malaysia
Telefon = 6089632487
Fax = TIADA

Pautan luar sunting