Sekolah Kebangsaan Paloh Rawa

Sekolah Kebangsaan Paloh Rawa atau nama ringkasnya SK Paloh Rawa, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Paloh Rawa.

Sekolah Kebangsaan Paloh Rawa
Lokasi
 Malaysia Kampung Paloh Rawa, 18500, Machang,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6099765460
Kod sekolahDBA2175
Faks6099765460


Pada tahun 2020, Sekolah Kebangsaan Paloh Rawa memiliki 152 pelajar lelaki dan 155 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 307 orang (Tidak termasuk bilangan murid Prasekolah). Ia mempunyai seramai 34 orang guru dan 6 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP).2020

Sejarah sunting

Pengenalan

Nama Sekolah Kebangsaan Paloh Rawa dipilih sempena nama Kampung Paloh Rawa dimana sekolah ini berada.

Paloh adalah satu kawasan lembah ditebing sungai yang akan dilimpahi oleh air terutamanya pada musim tengkujuh. Rawa ialah sejenis pokok yang boleh dimakan buahnya. Pokok Rawa seakan-akan pokok mangga tetapi buahnya lebih kecil dan berwarna kebiru-biruan apabila masak. Adalah menjadi satu perkara yang agak pelik jika pokok rawa dapat hidup dan berbuah di dalam satu kawasan berair. Atas dasar inilah paloh dan rawa dipilih untuk nama kampung dan seterusnya nama sekolah.

Penubuhan

Sekolah Kebangsaan Paloh Rawa ditubuhkan pada tahun 1946. Terletak di atas Lot PT 3048 dengan keluasan tanah 2.083 ekar dan Lot PT 791 dengan keluasan 5.924 ekar.

Baca Sejarah

Pencapaian sunting

Bai'ah 2102. Tawaran Baru Guru Besar.(PKS-SKPM)

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Paloh Rawa
Kampung Paloh Rawa
18500, Machang
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6099765460
Fax = 6099765460

Pautan luar sunting