Sekolah Kebangsaan Perapat Laut

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Perapat Laut
Lokasi
  Malaysia Ppd Kudat, 89058, Kudat,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu dan Berbakti
Autoriti pendidikanKudat
Kod sekolahXBA5046
Kelas6
SloganSKPL Sepakat Manjari


Sekolah Kebangsaan Perapat Laut terletak benar - benar di tepi laut dan perkampungan yang majoritinya didiami oleh penduduk suku kaum Benadan. Nama SK.Perapat Laut diambil bersempena dengan nama Pokok Perapat yang banyak tumbuh di kawasan ini.. Jarak sekolah ini ke Pekan Kudat kira-kira 52 kilometer. Antara kampung yang berhampiran dengan sekolah ini ialah Kg Nangka, Kg.Limau- Limauan dan Kg.Malamam.

        Sekolah ini telah wujud sejak tahun 1970. Pembinaan sekolah ini adalah untuk memudahkan anak-anak kampung mendapat pendidikan yang sewajarnya. Pada awal pembukaan, sekolah ini hanya mempunyai satu bangunan yang dijadikan bilik darjah dan juga pejabat am serta bilik guru. Pada masa itu, terdapat lebih kurang 70 orang murid yang bersekolah di sekolah ini.

     Bangunan sekolah kemudiannya ditambah dengan sebuah bangunan yang boleh menempatkan tiga buah kelas. Pada awal tahun 2000 sekolah ini hanya mempunyai 4 empat buah bilik darjah dan terdapat beberapa kelas yang terpaksa digabungkan akibat daripada kekurangan guru serta bilik darjah.

     Sekolah Kebangsaan Perapat Laut terus berkembang dari segi fizikalnya. Pada akhir tahun 2006, sekolah telah mendapat peruntukan untuk menambah serta membaik pulih bangunan sekolah. Pada akhir tahun 2008 sekolah juga telah mendapat sebuah bangunan Pra Sekolah yang dibina menggunakan konkrit.

     Pada tahun 2019, bangunan konkrit telah siap dibina dengan 3 bangunan baru iaitu kelas dan makmal sains. Oleh kerana bangunan lama dalam keadaan tidak selamat, bangunan baru telah menempatkan semua murid dan guru. Bangunan telah diubah suai menjadi pejabat am, bilik gerakan, bilik guru dan kelas.

Lagu Sekolah sunting

SK Perapat Laut Megah berdiri berbakti Kepada anak bangsa negara Demi Malaysiaku tercinta

SK Perapat Laut Akan ku sahut cabaran Gunakan ilmu setiap masa Menjunjung rukun negara

Berlandakan Falsafah Pendidikan Sematkan nilai murni Membentuk insan berjaya Harapan bangsa

SK Perapat Laut Inilah sumpah dan ikrarku Jasamu ku kenang Sepanjang zaman

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Perapat Laut
P/S 319,
89058, Kudat
Sabah, Malaysia
Email: sekolah-7351@moe-dl.edu.my

Pautan luar sunting