Sekolah Kebangsaan Peria

Sekolah Kebangsaan Peria atau nama ringkasnya SK Peria, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km. 15 Jalan Kuala Krai/Gua Musang.

Sekolah Kebangsaan Peria
Lokasi
KM 15 , Jalan Kuala Krai / Gua Musang, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu dan Berdisiplin
Nombor sekolah6099340588
Kod sekolahDBA7394
Faks6099340588

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Peria memiliki 165 pelajar lelaki dan 163 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 328 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009

Lagu Sekolah sunting

Dipinggir jalan raya utama

Gah berdiri sekolahku tercinta

Mengagumi hidup anak peneroka

Menerajui hingga puncak jaya

Gurunya sentiasa bersedia

Mendewasa kami yang muda

Semaraklah dan harumkan namanya

Sekolah Kebangsaan Peria..

Sekolah Kebangsaan Peria..

Sejarah sunting

Pencapaian sunting

Tragedi sunting

SK Peria terbakar dipanah petir sunting

5 April 2010

Sebuah blok bangunan dua tingkat Sekolah Kebangsaan (SK) Peria di sini, kerugian kira-kira RM500,000 selepas musnah dalam kebakaran yang dipercayai akibat disambar petir hari ini. Kebakaran di blok utama bangunan itu menyebabkan empat bilik darjah, makmal, guru dan pejabat pentadbiran hangus termasuk pelbagai peralatan pejabat.Pengarah Pelajaran negeri, Che Hussain Awang berkata, api yang marak pada pukul 4.30 petang itu turut memusnahkan semua alat bantu mengajar termasuk 15 komputer riba dan 10 LCD. "Kebakaran berlaku kira-kira sejam selepas 150 pelajar dari darjah empat, lima dan enam selesai mengikuti kelas tambahan petang ini."Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku kerana semua murid telah pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini. Menurut beliau, hujan lebat termasuk ribut petir dipercayai menjadi punca berlakunya litar pintas tersebut. Ujarnya, kebakaran berkenaan disedari oleh Guru Besar sekolah berkenaan, Mohd. Nor Hashim yang kemudian segera menghubungi bomba. Jelasnya, sesi persekolahan di sekolah yang menempatkan 315 pelajar dan 29 guru itu bagaimanapun tidak terjejas. "Lima bilik darjah di blok bersebelahan tidak terjejas, oleh itu kita akan menempatkan semua pelajar di situ. "Bantuan juga akan disalurkan oleh jabatan dan kita akan mendapatkan peruntukan Kementerian Pelajaran untuk membaik pulih dan membekalkan peralatan," katanya lagi. Kebakaran di sekolah itu merupakan yang terbesar berlaku di negeri ini sejak dua tahun lalu. SK Peria kini dalam proses pembesaran, melibatkan pembinaan dua blok bangunan setinggi empat tingkat yang dijangka siap Disember ini.[1]

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Peria
Km. 15 Jalan Kuala Krai/Gua Musang
18000, Kuala Krai
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6099340588
Fax = 6099340588

Pautan luar sunting

Sumber sunting

  1. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_30.htm