Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Selangor

Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir atau SK Permatang Pasir, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Permatang Pasir, Banting, Selangor.

Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir
Lokasi
 Malaysia Permatang Pasir, BANTING, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah331203199
Kod sekolahBBA1030
Faks331203199


Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir
Banting, Kuala Langat,
Selangor, Malaysia
Telefon : 03-331203199
Fax  : 03-331203199

Sejarah sunting

Bangunan sulungnya telah dibina pada tahun 1905.

Pada tahun 1934, bangunan sekolah ini telah diubah-suai kepada 4 bilik darjah di bahagian bawah dan seterusnya pada tahun 1984, pengubahsuaian dilakukan di bahagian atas pula yang mempunyai 1 bilik darjah,1 bilik media,1 pusat sumber sekolah dan 1 pejabat pentadbiran.

Pertengahan tahun 1983 sebuah bangunan telah didirikan lagi yang mengandungi 2 bilik darjah, hasil gotong-royong PIBG.

Pada tahun 1941, keluasannya semakin bertambah seluas 3.9 ekar termasuk 3 buah rumah guru. Ianya dibina setingkat diperbuat daripada kayu dan batu-bata. Bahagian bawah kosong. Tiada bilik darjah.

Pada tahun 1986, bangunan ini mula beroperasi.[1]

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir memiliki 95 pelajar lelaki dan 83 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 178 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.

Sekiranya tahun 2009 muridnya seramai 178 orang tapi kini hanya ada 150 murid aliran perdana dan 25 orang murid prasekolah. Mempunyai 14 orang guru,4 orang pentadbir dan 3 orang staf sokongan.

Senarai Guru Besar sunting

  1. Tidak diketahui (1905)
  2. Haji Johar bin Mohd Lazim (1905-1 April 1973)
  3. Haji Abu Saman bin Seli (2 April 1973-24 Oktober 1979)
  4. Encik Samri bin Rais (1 Januari 1980-31 Disember 1983)
  5. Haji Abdul Khalid bin Maun (1 Januari 1984-3 Oktober 1986)
  6. Encik Kamaruzzaman bin Idris (16 Oktober 1986-30 Jun 1989)
  7. Encik Mohd Mahpol bin Mansur (1 Julai 1989-31 Januari 1993)
  8. Encik Kassim bin Ahmad (1 Februari 1993- ???)
  9. Puan Hajjah Zulliana binti Haji Abdul Samad (25 September 2017-19 Jun 2020)

Saya difahamkan bangunan sulung dah berusia 100 tahun tetapi sekolah ini belum pernah membuat sambutan ulangtahun 100 tahun usia sekolah ini. Antara sebab-sebabnya tiada dana. Bilangan murid kecil, maka peruntukan diterima pun kecil. Tiada sokongan atau bantuan dari penyokong atau penyumbang yang besar. Sekiranya difikirkan ada makam bandar, berkait dengan salasilah raja-raja Selangor tapi tak pernah mendapat perhatian Sultan Selangor dan seumpamanya.[2]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Dapatan sebuah profil Guru Besar ketika itu yang bernama En Md Kassim bin Ahmad, yang mula bertugas pada 1 Februari 1993
  2. ^ Dapatan dari profil En Md Kassim mengenai sejarah guru besar yang pernah bertugas di SK Permatang Pasir

Pautan luar sunting