Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu

Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu atau nama ringkasnya SK Permatang Tok Kandu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Permatang Pauh.

Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu
Lokasi
Permatang Pauh, 13500, Bukit Mertajam,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6043906516
Kod sekolahPBA0014
Faks6043984803


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu memiliki 495 pelajar lelaki dan 508 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1003 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sejarah Sekolah Kebangsaan Permatang To' Kandu (SKPTK).

Sekolah Melayu pertama di ini kawasan ini ialah Sekolah Umum Sungai Derhaka yang didirikan pada tahun 1870. Sekolah ini terletak di Pekan Kampung Pertama.

Disebabkan pertambahan murid dan kawasannya terhad, sebuah sekolah baru didirikan dalam tahun 1930. Jaraknya dari Sekolah Umum Sungai Derhaka ialah kira-kira 1 kilometer. Sekolah ini dinamakan Sekolah Umum Permatang To’ Kandu.

Bangunan asal Sekolah Umum Permatang To’ Kandu ialah konkrit setingkat. Lapan tahun kemudian bangunan ini ditambah setingkat lagi dengan binaan kayu.

Pada tahun 1940, sebuah bangunan tambahan setingkat dibina bersebelahannya. Tahun 1960, Sekolah Umum Permatang To’ Kandu ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Permatang To’ Kandu (SKPTK). Bilangan murid sentiasa meningkat setiap tahun. Penghujung 1960-an dibina sebuah bangunan konkrit dua tingkat, mengandungi 10 buah bilik darjah.

Tahun 1971, SKPTK dicantumkan dengan Sek. Keb. Permatang Nibong bagi memudahkan pengurusan pentadbiran. Tambahan pula bilangan murid di Sek. Keb. Permatang Nibong semakin berkurang. Akhirnya pada tahun 1983 akibat pertambahan murid yang ramai kerana wujudnya kawasan perumahan baru, bangunan yang pertama dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru tiga tingkat bagi memuatkan pejabat, bilik Guru Besar, bilik guru, bilik sumber, perpustakaan, bilik tayangan dan kelas. Juga dibina sebuah kantin yang lebih selesa untuk kemudahan murid sekolah ini.

Asal Nama Sekolah Sekolah Kebangsaan Permatang To’ Kandu adalah diambil dari nama seorang imigran keturunan India Muslim berasal dari India Selatan yang bernama Maidin. Beliau mengembara sambil berniaga dan terus menetap di kawasan Kampung Pertama sehinggalah meninggal dunia. Kubur beliau boleh dilihat di kawasan perkuburan Kampung Pertama bersebelahan Masjid Batu.

Semasa tinggal di Kampung Pertama beliau dilantik sebagai Penghulu atau Ketua Kampung dengan gelaran To’ Kandu. Dalam bahasa India Selatan, To’ Kandu bermaksud Penghulu atau Ketua Kampung.

Oleh itu sebagai memperingati jasa-jasa beliau, kawasan tempat tinggalnya dinamakan Permatang To’ Kandu, dan nama sekolah ini juga dinamakan mengikut nama tersebut.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu
Permatang Pauh
13500, Bukit Mertajam
Pulau Pinang,   Malaysia
Telefon = 6043906516
Fax = 6043984803

Pautan luar sunting