Sekolah Kebangsaan Sena

sekolah kebangsaan di Perlis, Malaysia


Sekolah Kebangsaan Sena atau nama ringkasnya SK Sena, merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Kangar, Perlis, Malaysia . Sekolah Kebangsaan Sena ( SK Sen a ) telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecermelangan (SKK) dan kemudiannya diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada awal tahun 2000

Sekolah Kebangsaan Sena
Lokasi
Kangar, Perlis
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah, Sekolah Kluster Kecemerlangan , Sekolah Berprestasi Tinggi .
MotoIlmu Amal
Ditubuhkan (1992-12-01) 1 Disember 1992 (umur 31)
Nombor sekolah+6049772204
Kod sekolahRBA0084
Pengerusi PIBGEn. Ahmad Shukri bin Ali
Guru besarEn. Azrin bin Jaya
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Ida @ Jannyah Binti Jaafar
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Ani bin Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumPn. Cempawan binti Yaakob
Faks+6049772203
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google
Map

Lokasi sunting

SK Sena terletak berhampiran dengan beberapa taman perumahan seperti Taman Merpati, Taman Ira dan Taman Firdaus. Beberapa ratus meter dari sekolah ini juga terdapat Institut Perguruan Perlis, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dan sebuah Institut Latihan Perindustrian. Sekolah Kebangsaan Sena mempunyai keluasan 37,480 meter persegi. Koordinat GPS bagi lokasi SK Sena ialah Lat: 6.43802 dan Long: 100.20710.[1]

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Sena telah ditubuhkan pada 1 Disember 1992. Pada peringkat permulaan, sekolah ini menumpang buat sementara di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera pada waktu petang selama 4 tahun. Semasa ditubuhkan, bilangan murid cuma 130 orang yang terdiri daripada Tahun 1 dan 2 sahaja. Hanya terdapat 7 buah kelas yang terlibat iaitu 5 buah kelas untuk Tahun 1 dan 2 buah kelas bagi Tahun 2.

Pada sesi persekolahan 1992/93, terdapat seorang Guru Besar bersama 9 orang guru. Ketika itu, pihak sekolah tidak mempunyai pembantu tadbir yang tetap, sebaliknya mendapat khidmat kerani beredar. Pada 18 September 1995, warga SK Sena mula menduduki bangunan baru dengan bilangan murid meningkat kepada 275 orang iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 4. Ketika itu, Sekolah Kebangsaan Sena mula membangun dengan terdirinya 4 blok bangunan.

Setelah 7 tahun berpindah ke lokasi baru, SK Sena maju setapak lagi dengan adanya blok baru 2 tingkat pada tahun 2002. Di samping itu, terdapat pelbagai kemudahan [2] seperti Makmal Komputer yang lengkap, Bilik Guru yang dilengkapi penyaman udara serta komputer untuk melayari Internet, serta bilik-bilik khas yang lain seperti Bilik Pemulihan Darul Falah, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Sains, Bilik Tayangan, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Bahan Bantu Mengajar, OSSLab (Makmal Penyelidikan dan Latihan Sumber Terbuka), Pusat Akses Matematik dan Studio Penerbitan Audiovisual CyKidzCRAZE.

Pada tahun 2007, SK Sena telah dianugerahkan sebagai Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Perlis. Bermula daripada itu, warga sekolah terus berusaha ke arah kecemerlangan, dan akhirnya, pada April 2008, SK Sena telah dinobatkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia, dan merupakan satu-satunya sekolah rendah di Negeri Perlis yang berjaya mencapai status tersebut. Kini, Sekolah Kebangsaan Sena maju seiring dengan usianya yang semakin matang. Bilangan murid juga turut bertambah kepada 700 – 800 orang setiap tahun melibatkan 24 buah kelas dan 3 buah kelas Prasekolah.

 
Bendera SK Sena
 
Persekitaran SK Sena
 
Bilik Tayangan
 
Perpustakaan
 
Mathematics Access Center
 
OSSLab
 
Studio CyKidzCRAZE

Identiti sunting

Visi sunting

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi sunting

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

Lencana sunting

Lencana sekolah ini memiliki lima warna. Berikut ialah makna setiap warna pada lencana sekolah ini.

  • Kuning
Menjunjung kedaulatan diraja
  • Biru
Lambang perpaduan sesama warga SK Sena dan hubungan yang erat dengan masyarakat setempat
  • Merah
Berani menghadapi cabaran dan persaingan dalam setiap bidang kurikulum dan kokurikulum
  • Putih
Warga SK Sena mementingkan kebersihan dan ketelusan
  • Hitam (mata pena)
Menuntut ilmu satu kewajipan

Piagam pelanggan sunting

Kami, staf Sekolah Kebangsaan Sena berjanji akan:

  1. Menghayati budaya kerja berkualiti untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam setiap bidang
  2. Berusaha bersungguh-sungguh mewujudkan suasana iklim sekolah yang harmoni, kondusif dan selamat
  3. Berusaha mendidik murid menjalani kehidupan yang sihat, bersemangat juang, jatidiri dan sanggup menghadapi cabaran
  4. Memberi layanan mesra dan memuaskan hati serta bersedia membantu untuk memenuhi kehendak pelanggan

Hala tuju sunting

Matlamat sekolah sunting

Berusaha dengan secara optimum dan penuh daya kreatif dan inovatif bagi menjayakan matlamat mencapai tahap sekolah harapan negara

Matlamat pendidikan sunting

Matlamat pendidikan Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar, Perlis adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia

Objektif sunting

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di sekolah ini bertujuan untuk membolehkan murid:

  1. Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara
  2. Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah
  3. Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian
  4. Menguasai kemahiran belajar
  5. Menguasai kemahiran berfikir
  6. Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua
  7. Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahkannya
  8. Membina daya kepimpinan dan keyakinan diri
  9. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar
  10. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal
  11. Memahami, meminati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional
  12. Menjaga kesihatan dan kecerdasan diri
  13. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti
  14. Menguasai kemahiran membaca, menghafal dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid-murid beragama Islam
  15. Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia
  16. Membina semangat patriotisme
  17. Mengembangkan bakat dan kreativiti
  18. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni dan menjadikannya asas amalan hidup

Program kecemerlangan sunting

Pencapaian sunting

Sehingga kini, SK Sena telah mencatatkan jumlah kejayaan yang besar di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.[3]

Kerjasama strategik sunting

SK Sena mempunyai hubungan kerjasama rasmi melalui jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan - Institut Pengajian Tinggi Awam dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Selain itu, pihak sekolah turut menjalinkan hubungan strategik dengan beberapa institusi dan organisasi di seluruh negara untuk meningkatkan kecemerlangan organisasi dan warga sekolah, antaranya:

  1. Kerajaan Negeri Perlis
  2. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  3. Universiti Malaya (UM)
  4. Universiti Sains Malaysia (USM)
  5. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri Malaysia
  6. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Pengantarabangsaan sunting

Sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia, Sekolah Kebangsaan Sena memiliki autonomi terpimpin untuk melaksanakan pelbagai program di peringkat antarabangsa sebagai salah satu langkah meningkatkan kemenjadian murid dan kecemerlangan sistem pendidikan Malaysia. Sehingga kini, SK Sena mempunyai hubungan kerjasama dengan 2 buah sekolah di Thailand:

  1. Anuban Satun, Satun - International Integration Through ICT
  2. Anuban Nakhorn Patom, Bangkok - Jaringan rasmi Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia

Pada masa yang sama, Kelab Jurutera Tunas Muda SK Sena di bawah naungan EYReC - MINDS Young Researchers Club SK Sena telah meraih pelbagai pencapaian dalam program-program reka cipta dan inovasi antarabangsa:

  1. International Engineering Invention & Exhibition Exhibition (i-ENVEX) - UniMAP: Pingat Emas & EYReC Young Scientist Award, Pingat Perak, Pingat Gangsa
  2. International Exhibition for Young Inventors (IEYI) - Malaysian Invention & Design Society (MINDS): Pingat Emas, Asia Invention Association (AIA, Korea) Special Award
  3. Macau International Innovation & Invention Expo - World Invention Intellectual Property Associations (WIIPA): Pingat Emas, WIIPA Special Award, Korea University Invention Association (KUIA) Special Award Students Green Growth Invention Contest - Korea Selatan: Pingat Emas
  4. Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institut Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) - Kementerian Pendidikan Malaysia: Pingat Perak, Association of Young Innovator and Scientist (AYISI, Indonesia) Special Award
  5. Cyber International Genius Inventor Fair - Korea Invention News: Pingat Emas
  6. World Inventor Award Festival - Korea Invention News: Order of Merit
  7. Asian Young Inventors Exhibition (AYIE) - Malaysian Invention & Design Society (MINDS): Pingat Emas, Association of Young Innovator and Scientist (AYISI, Indonesia) Special Award, Pingat Perak
  8. International Youth Invention Contest (IYIC), Seoul - Korea University Invention Association (KUIA): Pingat Emas, WIIPA Special Award, Pingat Perak

SK Sena juga telah menyertai beberapa program pentauliahan antarabangsa dalam bidang akademik dan teknikal:

  1. Code Club World - Rangkaian pengaturcaraan komputer untuk kanak-kanak sedunia
  2. INGOTs (International Grades, Open Technologies) - Pensijilan Perisian Sumber Terbuka dan Bebas (FOSS)
  3. MASMO (Malaysia ASEAN Schools Math Olympiad)
  4. ICAS (International Competitions and Assessments for Schools)

Kebitaraan sunting

  1. ICT - S.E.N.A CyQUEST
  2. Matematik - GENIUSMATHS
  3. Lompat Tali - Sena Jumpers

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sena,
(SK Sena),
01000 Kangar, Perlis,
  Malaysia.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting