Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera

sekolah kebangsaan di Perlis, Malaysia
(Dilencongkan dari Sekolah Kebangsaan Seri Indra)

Sekolah Kebangsaan Seri Indra atau nama ringkasnya SK Seri Indra, merupakan sebuah sekolah rendah kebangsaan yang terletak di Jalan Sekolah Derma.

Sekolah Kebangsaan Seri Indra
Lokasi
Jalan Sekolah Derma,, Kangar, Perlis
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah rendah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUsaha-Kejujuran-Kesetiaan
Nombor sekolah+60 4-9760169
Kod sekolahRBB0040
Faks+60 4-9774225
Laman sesawang
Map


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Indra memiliki 396 orang pelajar lelaki dan 420 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 816 orang. Ia mempunyai seramai 56 orang guru.2009

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Indera
Jalan Sekolah Derma,
01000 Kangar,
Perlis,   Malaysia
Telefon = +60 4-9760169
Faks = +60 4-9774223
E-mel = admin@seriindera.edu.my

Sejarah sunting

Pada 1 Julai 2016, SK Seri Indera pernah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang merupakan kemuncak kepada Program Ihya’ Ramadan 2016M/1437H.[1]

Pemenang pingat emas acara terjun individu temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 iaitu Ahmad Amsyar Azman, 25 tahun ketika itu, merupakan bekas murid SK Seri Indera dan pernah menyertai pelbagai jenis sukan seperti bola sepak, olahraga dan badminton di sekolah tersebut.[2]

Pada tahun 2021, SK Seri Indera pernah membangunkan 'pusat membeli-belah' yang diberi nama Seri Indera Mall bagi menonjolkan ciri kebitaraan atau keunikan diri murid tanpa hanya bertumpu kepada akademik tetapi juga bidang kemahiran lain.[3]

Pada bulan Oktober 2022, SK Seri Indera memiliki papan pintar interaktif bersaiz 65 inci yang dilengkapi dengan sistem operasi Windows 11, unit pemprosesan pusat Intel i5, ingatan capaian rawak 8GB dan lain-lain.[4]

Pencapaian sunting

  • 10 Sekolah Terbaik - Pencapaian UPSR Perlis 2016[5]
  • Anugerah Pendidikan Digital Kebangsaan Kategori Emas Sekolah Rendah Terbaik 2022[6]
  • Tempat Ketiga - Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan 2022[7]
  • Nombor 4 - STEM Decathlon Challenge Peringkat Kebangsaan 2023

Rujukan sunting

Pautan luar sunting