Sekolah Kebangsaan Seri Manggis

Sekolah Kebangsaan Seri Manggis atau nama ringkasnya SK Seri Manggis, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pos Parit Raja,.

Sekolah Kebangsaan Seri Manggis
Lokasi
 Malaysia Parit Raja,, 86400, Batu Pahat, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto1 PASUKAN 1 MATLAMAT
Kod sekolahJBA0041
Guru besarTUAN HAJI AEZIL SYUHEARI BIN ABDUL SUKOH
Tenaga pengajar11 ORANG
Jumlah penuntut88 ORANG
GPK Pentadbiran dan AkademikNORAZIMAH BINTI ASRAL
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridFARIZAH BINTI SALAMAT
Penolong Kanan KokurikulumSITI NURUL AINI BINTI AWANG
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Manggis memiliki 48 pelajar lelaki dan 57 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 105 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pada tahun 1945, hasil usaha beberapa orang Kampung Sungai Rambut, sebuah pondok berukuran 10 kaki lebar dan 16 kaki panjang telah didirikan. Pada mulanya, ia adalah untuk Balai Raya tetapi kemudiannya telah dijadikan tempat belajar pada waktu petang. Terdapat 10 orang murid yang mula mendaftar untuk belajar di sini. Pada masa itu, ketua Kampung Sungai Rambut ialah Allahyarham En. Masdar Bin Hj. Sirat telah bermurah hati untuk mengajar murid-murid itu secara percuma.

Pada tahun 1949, dengan diasaskan oleh beberapa orang penduduk Kampung Sungai Rambut, mereka berusaha untuk menjadikan Balai Raya tersebut kepda sebuah sekolah. Akhirnya mereka membeli sebidang tanah seluas 2 ekar untuk dijadikan kawasan persekolahan, mereka kerja bergotong-royong untuk mendirikan sebuah bangunan sekolah. Akhirnya kerja bergotong-royong untuk mendirikan sebuah bangunan sekolah dengan berukuran 100 kaki panjang dan 24 kaki lebar, bertiangkan kayu hutan, berlantaikan tanah liat. Murid-murid yang mula belajar di bangunan itu hanyalah seramai 80 orang dengan 2 orang guru. Guru-guru tersebut ialah En Rahmat Bin Haji Hassan selaku Guru Besarnya, manakala Guru Penolong ialah En. Adzim Bin Saman.

Mengikut ceritanya, tanah kawasan tapak sekolah ini dipenuhi dengan pokok manggis. Oleh itu Yang Mulia Tuan Syed Esa Bin Alwee, Nazir Sekolah-Sekolah Melayu, Daerah Batu Pahat, mengesorkan sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Seri Manggis.

Sekolah Melayu Seri Manggis ini talah dirasmikan oleh En. Seth Bin Md. Said, Pegawai Daerah Batu Pahat pada 15hb Januari 1950.

Pada tahun 1957, nama Sekolah Melayu Seri Manggis telah bertukar kepada Sekolah Umum Seri Manggis. Pada tahun 1960 pula, sekali lagi namanya bertukar kepada Sekolah Kebangsaan Seri Manggis dan ianya kekal hingga sekarang.

Bnagunan sekolah ini telah diubah suai dari masa ke semasa. Pada tahun 1952, lantai tanah liat telah digantikan dengan simen. 3 tahun kemudian iaitu pada 1955, atap rumbia tela ditukar kepada atap zink. Pada tahun 1957, panjang sekolah telah ditambah daripada 100 kaki kepada 120 kaki. Berikut pertambahan jumlah murid dari masa ke semasa.

Pada tahun 1957, seramai 215 orang murid telah didaftarkan di sekolah ini manakala gurunya pula berjumlah 5 orang. 2 tahun selepas itu, jumlah murid bertambah kepada 257 orang dan gurunya meningkat kepada 8 semuanya.

Oleh kerana pertambahan murid yang begitu menggalakkan, maka pada tahun 1966, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendirikan sebuah bangunan yang mengandungi 3 bilik darjah. Kemudian pada tahun 1969 pula, Kementerian Pelajarn Malaysia telah sekali lagi membina sebuah bangunan yang terdiri daripada 3 bilik darjah dan sebuah stor. Sekolah yang lama telah uzur dan diruntuhkan.

Namun begitu menjelang tahun 1970, bilangan murid sekolah ini berkurangan. Ini disebabkan kawasan kampung ini selalu dilanda banjir dan juga penghijrahan penduduknya ke Tanah Rancangan FELDA. Faktor-faktor ini merupakan penyebab utama kemerosotan jumlah murid. Pada tahun 2010 bilangan murid adalah 114 orang.

Pencapaian. sunting

2022/ 2023

- Johan Rejam Lembing (P) KEJOHANAN OLAHRAGA MSSC ZON Parit Raja

- Tempat Ketiga KEJOHANAN BOLA SEPAK ZON PARIT RAJA

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Manggis
Kampung Sungai Rambut
86400, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor, Malaysia
Telefon = Tiada
Fax = TIADA

Pautan luar sunting