Sekolah Kebangsaan Seri Padang Sari
Sekolah Kebangsaan Seri Padang Sari atau nama ringkasnya SK Seri Pdg Sari atau SKSPS, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Padang Sari , Mukim IV, jalan Simpang Lima - Parit Sulong, Batu Pahat. Sekolah ini termasuk dalam kategori sekolah kurang murid. Pada tahun 2022, jumlah murid terdiri dari 40 orang murid lelaki dan 40 orang murid perempuan, dan murid Pra sekolah seramai 25 orang. Jumlah keseluruhan 105 orang murid. Guru seramai 11 orang guru dan 4 orang anggota kakitangan perlaksana. Sekolah ni kekurangan 2 orang guru.
Sekolah Kebangsaan Seri Padang Sari | |
---|---|
Lokasi | |
Batu Pahat, 83000, Batu Pahat,, [Johor Darul Takzim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | USAHA JAYA |
Nombor sekolah | 6074131255 |
Kod sekolah | JBA0014 |
Pengerusi PIBG | Encik Ahmad Karzan bin Abri |
Guru besar | Encik Saufi Hatta bin Mohd Taib |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Mohd Khairul Azian bin Mahbob |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Anizah binti Aslam |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Nor Khalid bin Musi |
Laman sesawang | Facebook SK Seri Padang Sari |
1°54′12″N 102°53′08″E / 1.903279°N 102.885621°EKoordinat: 1°54′12″N 102°53′08″E / 1.903279°N 102.885621°E |
Sejarah sunting
Seorang dermawan iaitu Allahyarham Tuan Haji Munari Hamdani telah mendermakan sebidang tanah seluas 1 1/2 ekar untuk didirikan sebuah sekolah kerana keperihatinan beliau terhadap kepentingan menuntut ilmu bagi setiap manusia. Inisiatif beliau dengan sokongan rakan-rakan dermawan yang lain iaitu Encik Selar bin Hussin, Tuan Haji Salleh bin Haji Abdul Salam, Encik Yatim bin Rawi, Encik Idres bin Sadar Ali, Naib Nayan (wakil penduduk kampung Parit Awang) dan beberapa orang dermawan lagi. Mereka telah mendermakan wang bagi menjayakan projek pembinaan sekolah ini untuk memenuhi kepentingan pendidikan anak-anak tempatan.
Pembinaan dimulakan dengan gotong-royong oleh penduduk kampung. Pada tanggal 29 Januari 1952, tertubuhlah sebuah bangunan kayu yang dinamakan Sekolah Melayu Seri Padang Sari. Pada awal pembinaan, sekolah ini hanya mempunyai 4 bilik darjah dengan seorang guru yang bernama Encik Daud bin Othman (seorang guru rakyat). Bilangan murid ketika itu adalah seramai 80 orang. Kemudia pada tahun 1956 seorang lagi guru dihantar bertugas ke sekolah ini iaitu Tuan Haji Hamzah bin Haji Abd Karim. Beliau merupakan seorang guru terlatih merangkap guru besar pertama sekolah ini.
Sekitar tahun 60an, bangunan sekolah ini telah dibesarkan lagi dengan tambahan 2 bilik darjah. Bilangan guru dan murid juga bertambah.
Kedudukan guru-guru ketika itu adalah seperti berikut:
BIL | JAWATAN | NAMA |
1 | 1 orang Guru Besar | Tuan Haji Hamzah bin Haji Abd. Karim |
2 | 1 orang guru terlatih | Encik Daimon bin Haji Dahlan |
3 | 2 orang guru rakyat | Encik Saiful bin Juraimi
Encik Kadir bin Isnin |
4 | 2 orang guru sementara | Encik Mokhtaram bin Jamari |
Pada tahun 1972, sekolah ini telah mendapat satu bangunan baru 2 tingkat bernilai RM90,000.00 yang mengandungi 6 bilik darjah, 1 pejabat, 1 bilik Guru Besar, 1 bilik guru dan 2 bilik stor. Bangunan tersebut adalah seperti yang ada ketika ini.
Bangunan lama (bangunan kayu) telah dijual kepada Encik Yatim bin Rawi dengan RM 900.00. bagaimanapun wang tersebut digunakan untuk melengkapkan buku-buku dan alatan perpustakaan sekolah. Bangunan baru itu mula digunakan pada tahun 1973.
Seterusnya terdapat beberapa bangunan tambahan yang telah didirikan di sekolah ini. Antaranya ialah:
1 | Tahun 1990 | Bangunan Kantin berharga RM12,000.00 |
2 | Tahun 1991 | Balai basikal berharga RM2,000.00 dari peruntukan wakil rakyat. |
3 | Tahun 1993 | Bangunan bilik air tambahan berharga RM5,000.00 dari peruntukan Jabatan Pendidikan |
4 | Tahun 2014 | - Bangunan Pusat Sumber bernilai RM 15,000.00 dari peruntukan yang berhormat Encik Ruhanie bin Ahmad dan Yang Berhormat Dato’ Haji Redzuan bin Salim.
- Bangunan Surau yang bernilai RM 45,000.00 |
Sekolah ini telah diterajui oleh empat belas orang Guru Besar dari awal penubuhan sehingga ke hari ini. Berikut di bawah ini merupakan barisan Guru Besar yang pernah dan sedang berkhidmat di SK Seri Padang Sari.
SENARAI GURU BESAR
BIL | NAMA | TARIKH |
1 | En. Daud bin Othman | 29.9.1955-1956 |
2 | Tn. Hj. Hamzah bin Hj. Abd Karim | 1956-1964 |
3 | Tn. Hj. Sufian bin Hj. Abd Rasip | 1965-1972 |
4 | Tn. Hj. Jamil bin akil | 1972-1983 |
5 | Tn. Hj. Ali bin Salim | 10.9.1983-22.12.1990 |
6 | Pn. Hjh Suratmi binti Ahmad | 16.1.1991-25.7.1992 |
7 | Pn. Sa’ah binti Januri | 1.12.1992-15.3.1997 |
8 | Pn. Hjh. Asiah binti Salleh | 16.3.1997-15.6.1998 |
9 | Tn. Hj. Abd. Samad bin Awang | 16.6.1998-24.10.2000 |
10 | Tn. Hj. Mohamed bin Hj. Juhari | 25.10.2000-2013 |
11 | Tn. Hj. Mohd Zakaria bin Marsam | 2014-2015 |
12 | En Muhammad bin Sohaini | Jan 2016 hingga 31 Mei 2017 |
13 | Tn. Hj Abu Khan bin Misran | 01.08.2017 hingga 30.11.2018 |
14 | Pn. Hanita binti Hj Ali | 01.12.2018 hingga 31.9.2021 |
15 | En. Saufi Hatta binti Mohd Taib | 01.10.2021 hingga sekarang |
Pencapaian sunting
Alamat sunting
- Sekolah Kebangsaan Seri Padang Sari
- Mukim IV, Kampung Padang Sari
- 83000, Batu Pahat
- Johor, Malaysia
- Telefon: 074131255
- Email: jba0014@gmail.com #sederapusahamelangkahjaya #skseripadangsari