Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas

Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas atau nama ringkasnya SK Seri Pematang Rengas, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Parit Karjan,Seri Medan.

Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas
Lokasi
Parit Karjan,Seri Medan,83400, Batu Pahat, [Johor Darul Takzim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Jaya
Ditubuhkan1951
Nombor sekolah+6074858048
Kod sekolahJBA0080
PengetuaPn Mazniha bte Selamat
GPK Pentadbiran dan AkademikMasrum bin Sy'on
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridIsmail bin Sahari
Penolong Kanan KokurikulumMohd Yazi bin Jasman
FaksTiada
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Pematang memiliki 105 pelajar lelaki dan 112 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 217 orang. Ia mempunyai seramai 17 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas telah ditubuhkan pada tahun 1951. Persekolahan secara formal telah dimulakan pada 1hb. April 1952. Tertubuhnya Sekolah ini adalah hasil usaha Ahli Jawatankuasa Kampung Parit Karjan yang diketuai oleh Tuan Haji Amin bin Haji Ekhsan.

Sekolah ini telah dibina di atas tapak Lot 4502 seluas satu suku ekar yang dibeli oleh penduduk kampung dengan harga RM1,000.00. Pembinaannya dilakukan secara bergotong-royong. Pada pemulaannya bangunan yang didirikan berukuran 60 × 20 kaki, beratapkan rumbia dan struktur bangunan dibuat daripada kayu hutan yang ditebang sendiri. Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas terletak berhampiran tebing Sungai Simpang Kiri di Kampung Parit Karjan kira-kira 6 km dari Pekan Seri Medan atau kira­-kira 27 km dari bandar Batu Pahat.

Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Syed Esa bin Alwee yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Nazir Sekolah­-sekolah Melayu Daerah Batu Pahat dan diberi nama SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PEMATANG RENGAS. Nama Seri Pematang Rengas adalah mengambil sempena nama lima pohon rengas yang tumbuh di tebing sungai berhampiran dengan bangunan sekolah.

Nama itu kekal digunakan hingga ke hari ini. Ketika mula ditubuhkan sekolah ini mempunyai seramai 60 orang murid dengan seorang guru besar dan seorang guru penolong.

Pengasas sunting

Terdapat beberapa orang tokoh yang telah bekerja keras untuk menjayakan pembinaannya. Setalah mengadakan beberapa mesyuarat khas. Bagi penubuhannya satu kata sepakat telah diambil bagi melantik seorang ketua. Atas kegigihan dan cadangan beliau untuk penubuhan sekolah ini serta jasa dan sumbangan yang diberikan tanpa mengira penat lelah, Tuan Haji Amin bin Haji Ekhsan telah dipilih sebagai ketua dan dianggap pengasas kepada sekolah ini.


Menaiktaraf sunting

Pada tahun 1961 sekolah ini telah mendapat bantuan kerajaan sebanyak RM5,000 00. Dengan wang sebanyak itu, panjang sekolah ini telah ditambah kepada 140 kaki dan atapnya telah diganti dengan zing.

Pada tahun 1968 pentadbiran sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan. Pada tahun 1971 penduduk kampung telah memohon kepada kerajaan agar tapak sekolah ini dipindahkan ke satu tapak yang telah di pilih kerana tapak asalnya sering ditenggelami air ketika musim tengkujuh.

Setelah mendapat persetujuan dari pihak kerajaan Y.B. En. Mohamed bin Rahmat ketika itu Setiausah Parlimen Kementerian Pelajaran dengan diiringi oleh Wakil Rakyar Parlimen Parit Sulong telah membuat lawatan tinjauan ke tapak cadangan yang di tetapkan terletak di kawasan anak bukit lot 8114 seluas 6 ekar yang telah dibeli oleh kerajaan.

Pada tahun 1977 terbinalah sebuah bangunan dua tingkat dan sebuah kantin di atas sebuah anak bukit bagi menggantikan bangunan sekolah yang lama. Jarak tapak bangunan baru dengan tapak bangunan lama hanya kira-kira 1.3 km. Dengan itu maka berakhirlah masalah yang dihadapi oleh anak-anak penduduk kampung waktu persekolahan musim tengkujuh.

Selepas itu beberapa bangunan tambahan telah di bina bagi menambahkan lagi keselesaan dan keperluan bagi anak-anak belejar di sekolah ini . Pada tahun 1995 sebuah bilik untuk Pelajaran Kemahiran Hidup dengan keluasan 24 × 30 kaki hasil sumbangan Wakil Parlimen Parit Sulong Y.B. En. Ruhanie bin Ahmad.

Pada tahun 1999 sekolah ini telah menerima tambahan bangunan daripada pihak kerajaan yang memuatkan dua bilik darjah bagi menampung kekurangan bilik darjah yang di hadapi. Selain daripada itu pada tahun 2001 pihak PIBG telah berjaya membina sebuah bangunan yang digunakan sebagai Bilik Latihan Fardu ain. Kini awal tahun 2002 sebuah lagi parasarana sedang dalam pembinaan iaitu sebuah makmal komputer dan kini telah berfungsi sebagai pembelajaran ICT.

Pencapaian sunting

Senarai Guru Besar sunting

Daripada tarikh ditubuhkan hingga ke hari ini Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas telah ditadbirkan oleh beberapa orang guru besar. Antara guru besar yang pernah bertugas di sekolah ini ialah:-

  • En. Abdul Wahab bin Rabu - 1 April 1952 – 31 Disember 1955
  • En. Hamim bin Abd. Manan -1 Januari 1956 – 31 Disember 1962
  • En. Jaini bin Haji Ismail - 1 Januari 1963 – 31 Mac 1989
  • En. Badron bin Haji Sabor - 1 April 1989–31 Disember 1996
  • En Abdul Rahim bin Nolah - 1 Januari 1997–17 Mac 2001
  • En. Abdul Moen bin Abdul Rahman - 18 Mac 2001 – 16 Jun 2006
  • En. Hazali bin Hassan - 2 Ogos 2006 – 15 April 2008
  • Pn Mazniha bte Selamat - 16 April 2008 - 21 Januari 2011
  • En. Azman bin Hussien - 1 April 2011 - 18 Ogos 2014
  • Pn. Hjh. Nafsiah binti Hussin - 1 Disember 2014 hingga sekarang

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Pematang Rengas
Rengas Parit Karjan,Seri Medan
83400, Batu Pahat
Johor, Malaysia
Telefon = 07-4858048
Fax = 07-4858048

Pautan luar sunting