Sekolah Kebangsaan Sintuong-Tuong

Sekolah Kebangsaan Sintuong-Tuong atau nama ringkasnya SK Sintuong-Tuong, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 27,Pejabat Pendidikan Daerah.

Sekolah Kebangsaan Sintuong-Tuong
Lokasi
Peti Surat 27,Pejabat Pendidikan Daerah, 89657, Tambunan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA1227
Guru besarEn. Hamim Sulaiman
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sintuong-Tuong memiliki 14 pelajar lelaki dan 16 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 30 orang. Ia mempunyai seramai 11 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sk Sintuong Tuong merupakan sebuah sekolah yang terletak di sebuah perkampungan yang bernama Kampung Sintuong Tuong yang jauhnya kira-kira 75 km atau mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan pacuan empat roda dari pekan Tambunan. Sekolah ini didirikan d…alam tahun 70-an. Guru Besar pada ketika itu ialah En. Uliti dan dibantu oleh 6 orang guru iaitu 4 orang guru terlatih dan 2 orang guru sandaran.

Memandangkan pada ketika itu sekolah ini agak terpencil dan hanya dapat dihubungi secara berjalan kaki dengan menyusuri hutan atau sungai sahaja maka sekolah ini telah dipindahkan ke sebuah tapak baru. Lokasi yang baru ini terletak di antara kampung Sintuong Tuong Tambunan dan Kampung Kiporing Tambunan dengan keluasan kira-kira 5 ekar.

Perpindahan sekolah ini bertujuan untuk memudahkan penduduk-penduduk kampung yang berhampiran menghantar anak mereka ke sekolah. Kini sekolah ini boleh dihubungi melaluai jalanraya dan boleh dilalui menggunakan kereta pacuan 4 roda.

Kemudahaan sekolah ini ialah terdiri daripada 1 blok bangunan iaitu meliputi 5 bilik darjah, sebuah pusat sumber dan bilik guru. Sebuah pondok kecil dibina berhampiran bilik guru dan dijadikan sebagai bilik tahun 1. Sebuah rumah kembar untuk guru, dua buah bangunan kecil yang dibina oleh PIBG dengan menggunakan papan dan bambu, bangunan ini digunakan sebagai rumah kediaman guru, stor dan kelas pemulihan. 5 buah tandas dibina bersambungan untuk kemudahan murid dan juga guru. Sekolah ini menggunakan tenaga solar hybrid sebagai janakuasa elektrik dan kemudahan komputer yang mempunyai jaringan internet yang menggunakan parabola hasil daripada projek schoolnet.

Jumlah keseluruhan murid pada 2013 ialah 30 orang murid. Tenaga pengajar ialah seramai 11 orang termasuk Guru Besar dan 1 orang kakitangan bukan mengajar.

Profile sunting

  1. Nama Sekolah: Sk. Sintuong Tuong Tambunan.
  2. Alamat Sekolah: D/A Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan P/S 27, 89657 Tambunan Sabah.
  3. No. Telefon Sekolah: -
  4. Alamat E-Mail: xba1227@moe.edu.my | skstt.tambunan@gmail.com

  1. Web Sekolah: http://skstt.wordpress.com/
  2. Lokasi (Bandar / Luar Bandar): Luar Bandar
  3. Nama Guru Besar: En. Hamim Sulaiman
  4. Nama GPK 1: En. Willfred Gisil
  5. Nama GPK Hem: Pn. Lina Petrus
  6. Nama GPK Kokurikulum: En. Sabinus Sunggip
  7. Guru Data & ICT: En. Mazlan Abdul
  8. Gred Sekolah: Gred B (SKM)
  9. Bilangan Guru Lelaki: 10 Perempuan: 2
  10. Kelayakan Profesional Guru Siswazah: 4 Bukan Siswazah: 8
  11. Bilangan Kelas: 6 Buah Kelas + 1 Bilik Kelas Prasekolah
  12. Purata Saiz Kelas: 4 Orang
  13. Jumlah Murid: 30 Orang Murid (2010), 30 Orang (2011), 20 org + 5 org prasekolah (2012), 15 org (2018)

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sintuong-Tuong
Peti Surat 27,Pejabat Pendidikan Daerah
89657, Tambunan
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA
Facebook: https://www.facebook.com/groups/skstt/

[Peta sekolah]

Pautan luar sunting