Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (2)

Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (2) atau nama ringkasnya SK Sultan Ismail (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Long Yunus, Off Jalan Bayam.

Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (2)
Lokasi
Jalan Long Yunus, Off Jalan Bayam, 15200, Kota Bharu,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Maju Jaya
Nombor sekolah6097483269
Kod sekolahDBB1116
Guru besarEn.Amiruddin Sham bin Yusoff
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Mohd Azman bin Ibrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Rohaya bt Muhamad
Penolong Kanan KokurikulumPn.Sakinah bt Mohd Kassim
Faks6097484269


Pada 2023, Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (2) memiliki 257 pelajar lelaki dan 173 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 430 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 2 ditubuhkan pada 1961. Ia mengambil sempena nama KDYMM Sultan Ismail Ibni Al Marhum Sultan Muhammad IV yang memerintah Kelantan pada Tahun 1920-1944. Sekolah ini adalah pecahan daripada Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1). Bangunan yang digunakan ialah berkongsi dengan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1) iaitu di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Jalan Telipot sekarang ini.

Pada 1hb Januari 1962 bersama dengan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1) telah berpindah dan berkongsi bangunan baru di Batu 2 Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. Di sini juga terpaksa bergilir dengan SK Sultan Ismail 1 belajar bergilir-gilir sesi pagi dan berikutnya sesi petang.

Hanya pada 1hb Januari 1987, Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (2) telah mempunyai bangunan baru yang diduduki sekarang ini di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan.

Memiliki bangunan sendiri tanpa berkongsi dengan sekolah lain. Ia hanya kekal selama 6 tahun sahaja. Pada Disember 1992, SK Sultan Ismail 2 dipecahkan dua dengan mewujudkan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (4).

Sekolah yang baru ini juga menggunakan bangunan yang sama di Jalan Long Yunus.

Pada tahun 2003, barulah SK Sultan Ismail 2, berdiri sendiri tanpa berkongsi dengan sekolah lain hingga sekarang.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (2)
Jalan Long Yunus, Off Jalan Bayam
15200, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097483269
Fax = 6097484269

Pautan luar sunting