Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Selangor

Sekolah Kebangsaan Sg Limau atau nama ringkasnya SK Sg Limau, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor.

Sekolah Kebangsaan Sg Limau
Lokasi
Kampung Sungai Limau, SUNGAI BESAR, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah332243320
Kod sekolahBBA6005
Faks332243320


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sg Limau memiliki 233 pelajar lelaki dan 218 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 451 orang. Ia mempunyai seramai 34 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pada pertengahan tahun 1946, orang-orang kampung telah bermuafakat untuk mendirikan sebuah sekolah demi untuk membolehkan anak-anak mereka dapat mengenal huruf dan mempelajari selok-belok agama islam.

Bangunan sekolah ini telah didirikan diatas sebidang tanah yang luasnya kira-kira 0.72 hektar sumbangan Tuan Hj. Hashim Bin Ronosentono selaku ketua kampung ketika itu. Beliau juga adalah merupakan orang yang paling bertanggungjawab dalam pembinaan sekolah ini.

Setelah bangunan sekolah ini siap pembinaannya, ianya terbiar begitu sahaja selama lebih kurang setahun lamanya. Masalah besar yang dihadapi ketika itu ialah ketiadaan murid dan ketiadaan guru sebagai tenaga pengajar. Hanya pada tahun 1949, atas usaha gigih Tuan Haji Hashim selaku ketua kampung telah mendapatkan seorang guru iaitu En. Salimon Bin Haji Yunus. Dengan kedatangan guru tersebut maka persekolahan dapat dijalankan dengan muridnya seramai 120 orang ( jumlah keseluruhan bagi 1 tahun ).

Keadaan pertambahan murid ini telah menyebabkan keadaan belajar yang kurang selesa dan En. Salimon telah meminta jasa baik Tuan Haji Hashim untuk memujuk En. Salikon bin Mufrad untuk bertugas disekolah ini. Meskipun pada mulanya En. Salikon merasa keberatan, namun kerana mengenangkan inilah satu-satunya cara untuk beliau berkhidmat kepada bangsa maka akhirnya beliau bersetuju.

Pada masa ini sekolah ini lebih dikenali dengan panggilan sekolah Fardhu Ain kerana pelajaran agama adalah dititik beratkan disamping pelajaran membaca & menulis. Setelah enam bulan sekolah ini berjalan dengan lancar, sekolah ini telah didatangi oleh Guru Pelawat Sabak Bernam dan menasihatkan supaya nama sekolah ini ditukar sekolah Melayu dan didaftarkan. Maka sejak dari itu sekolah ini terus didaftarkan dan ditadbirkan dibawah pengawasan Pejabat Pelajaran. Seorang guru besar telah dihantar bertugas iaitu En. Mohd Thani Bin Arif. PERLUNYA DIDIRIKAN SEKOLAH DIKAMPUNG INI

Memandangkan sekolah-sekolah yang ada ketika itu agak jauh dari kampung ini, maka Tuan Haji Hashim telah memikirkan bahawa dikawasan ini perlu didirikan sebuah sekolah demi untuk kemudahan anak-anak penduduk kampung ini mungkin tidak terjamin sekiranya anak-anak penduduk kampung ini terpaksa belajar ditempat yang jauh. Selain dari masalah itu, kedudukan kampung ini yang terletak diantara kampung-kampung yang berdekatan juga mempengaruhi penubuhan sekolah ini. Kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Tebuk Marso,Kampung Parit Chabang, Kampung Baroh dan Kampung Parit 1,2 dan 3.

NAMA SEKOLAH

Pada asalnya sekolah ini dinamakan sekolah Fardhu Ain Sungai Limau kerana pelajaran yang diajar adalah menitikberatkan pelajaran keagamaan. Kemudian sekolah ini ditukar nama Sekolah Rakyat Sungai Limau selaras dengan nama sekolah-sekolah yang berhampiran. Setelah sekolah ini didaftarkan, nama sekolah ini bertukar lagi kepada Sekolah Melayu Sungai Limau dan sekali lagi mengalami pertukaran atas arahan Jabatan Pelajaran Selangor kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Limau.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Sg Limau
Kampung Sungai Limau
Selangor, Malaysia
Telefon = 332243320
Fax = 332243320

Pautan luar sunting