Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1

Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1 atau nama ringkasnya SK Tanjung Aru 1, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 64 Tanjung Aru.

Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 64 Tanjung Aru, 88858, Kota Kinabalu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088215910
Kod sekolahXBA4061
Faks6088211266


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1 memiliki 475 pelajar lelaki dan 487 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 962 orang. Ia mempunyai seramai 81 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sejarah Sekolah SK.Tanjung Aru 1 Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru telah dibina pada tahun 1952, dikenali sebagai Government Primary School Tanjung Aru. Pembinaan ini diasaskan oleh Kerajaan British yang pada waktu itu memerintah negeri Sabah. Penubuhan sekolah ini adalah atas kemahuan dan permintaan penduduk di sekitar pekan Tanjung Aru. Blok bangunan yang pertama dibina pada tahun 1952 dikenali sebagai Government Primary School Tanjung Aru dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Pada tahun 1954 dibina blok banguan yang kedua dibina bersebelahan padang sekolah. Bangunan ini siap untuk digunakan setahun kemudian iaitu pada tahun 1955. Blok bangunan ini dikenali dengan nama Government Primary English School Tanjung Aru (G.P.E.S), menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pada peringkat awal pembukaan Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru bilangan guru dan murid tidak begitu ramai. Peningkatan yang ketara hanya selepas tahun 1970 dan tahun-tahun berikutnya. Mulai tahun 1970, Government Primary English School Tanjung Aru telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk darjah satu. Menjelang tahun 1976 kedua-dua blok ini telah bergabung dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjung Aru. Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru adalah sekolah kerajaan yang memiliki keunikannya yang tersendiri. Selain merupakan sekolah kerajaan yang tertua di daerah Kota Kinabalu, penempatan blok bangunan sekolah ini terbahagi kepada dua kawasan utama. Kedua-dua kawasan bangunan ini dipisahkan oleh padang sekolah. Wujudnya pembinaan bangunan yang terpisah adalah disebabkan pada asalnya sekolah ini dua buah sekolah yang berlainan pentadbiran. Bahasa pengantarnya juga berbeza iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Pada 20 Februari 1995, sekolah baru telah dibina berhampiran sekolah dengan nama Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 2. Oleh itu Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru , ditukarkan kepada nama yang baru iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1. Sehingga ke hari ini bangunan asal SK.Tanjung Aru 1 masih tidak berubah. Oleh itu SK.Tanjung Aru 1 dikenali sebagai Sekolah Bersejarah. Pada tahun 2003 blok bangunan ICT dibina yang menempatkan dua buah makmal komputer. Guru Penyelaras Bestari GPB yang pertama pada ketika itu ialah Encik Mohd Adie Bin Haim. Pada tahun 2010 sekolah asalnya dua sidang ditukarkan menjadi satu sidang yang diusahakan oleh guru besar iaitu Hj.Md.Yussof Mattaim. pada tahun 2012, blok bangunan baru untuk bilik guru dibina. Begitu juga pembinaan laluan pejalan kaki yang menghubungkan Sri Gading dan Sri Pinang siap dibina pada 2012. [ adiehaim 2002 ]

Pencapaian sunting

2011 Pencapaian SSQS Smart School Qualification Standards Penarafan 5 Bintang

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1
Peti Surat 64 Tanjung Aru
88858, Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088215910
Fax = 6088211266

Pautan luar sunting