Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat

Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat atau nama ringkasnya SK Tanjung Batu Keramat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 1474.

Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 1474, 91008, Tawau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089765413
Kod sekolahXBA3072
Faks6089755416


Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat, Tawau telah diberikan nama sedemikian kerana dahulunya dijangkakan bangunan kekal sekolah ini akan dibina di Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau. (yang kini telah pun berpindah ke bangunan kekal)

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat, Tawau telah diberikan nama sedemikian kerana dijangkakan bangunan kekal sekolah ini akan dibina di Kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau. Pada masa ini bangunan sementara yang ada terletak di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Tawau yang terdiri dari sebuah Bilik Guru dan 3 Buah Bilik Darjah (Bangunan Konkrit + Papan) 4 Buah Bilik Darjah dan Sebuah Setor (Bangunan Projek Kilat) Sumbangan Y.B. Datuk Abdul Ghaffur Bin Hj. Salleh.

Sekolah ini diwujudkan pada 11 Mei 2000 dan Jawatan Guru Besar telah disandang oleh En. Alias Bin Ali. Ianya mula beroperasi pada 21 Julai 2000 dengan bilangan guru seramai 10 orang termasuk Guru Besar dan pengambilan pertama murid seramai 289 orang terdiri daripada 152 orang murid tahun 1 dan 137 orang murid tahun 2. Manakala bangunan sekolah hanya ada sebuah Bilik Guru dan 3 Buah Bilik Darjah.

Pada Tahun 2002, bilangan pelajar telah bertambah seramai 424 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 4 dengan tenaga pengajar seramai 18 orang dan 2 orang kakitangan bukan mengajar. Memandangkan bilangan pelajar yang bertambah dan bilangan bilik darjah yang tidak mencukupi bagi menampung bilangan pelajar maka Y.B. Datuk Gaffur Bin Hj. Salleh telah menyalurkan bantuan membina semua bangunan baru (Projek Kilat) 4 buah bilik darjah dan 1 buah setor. Projek tersebut mula dibina pada bulan Disember 2001 dan siap digunakan pada 1 Mac 2002. Pada masa itu, pelajar di Sidang Pagi terdiri dari Tahun 1 & Tahun 4, dan di Sidang Petang Tahun 2 & 3.

Pada 5 Januari 2004, bilangan pelajar telah bertambah seramai 470 orang terdiri dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan tenaga pengajar seramai 20 orang dan 2 orang kakitangan bukan mengajar.Berdasarkan maklumat terkini bilangan murid sekolah ini seramai 292 orang.Lelaki 166 orang manakala perempuan 126 orang. Sekolah kami sekarang mempunyai 1 buah bilik Pejabat yang berkongsi dengan Bilik Guru Besar dan Penolong-penolong kanan, 1 buah bilik guru yang menempatkan seramai 15 orang guru, 1 buah bilik Pusat Sumber yang berkongsi dengan Bilik Bimbingan & Kaunseling. Bilik Ini juga dijadikan Bilik Mesyuarat, bilik Rawatan dan sebagai bilik serbaguna, 6 Buah bilik darjah dan 1 buah setor yang berkongsi, iaitu Setor SPBT, Setor Sukan, Setor Alatan Pejabat, Setor KH, Setor Alatan Makmal Sains dan sebagainya.

Pada 1 Januari 2006, bilangan murid kami seramai 398 orang yang terdiri dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan tenaga pengajar seramai 26 orang dan 2 orang kakitangan bukan mengajar. Jumlah kelas sebanyak 12 kelas. Pada hari ini kami telah memiliki 1 buah pejabat yang berkongsi dengan Bilik Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan, 1 buah Bilik Guru, 1 buah Pusat Sumber, 1 buah Bilik Bimbingan & Kaunseling, 1 buah Setor SPBT (BOSS), 1 buah Setor Pejabat, 7 Buah Bilik Darjah, 1 buah Makmal Sains / Bilik KH / Bilik Muzik / Bilik Seni dan 1 buah Setor PJK / Setor KH / Setor Pejabat.

Keputusan UPSR 2005 telah mendapat 33.3% dengan 1 orang murid mendapat 5A.

Pada 1 Januari 2007, Bilangan murid kami seramai 298 orang yang terdiri dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan tenaga pengajar seramai 26 orang guru, 3 orang guru j-QAF, 1 orang guru BSM dan 2 orang kakitangan bukan mengajar. Jumlah kelas sebanyak 10 kelas. Pada hari ini, kami telah memiliki 1 buah Pejabat yang berkongsi dengan Bilik Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan, 1 buah Bilik Guru, 1 buah Pusat Sumber, 1 buah Bilik Bimbingan & Kaunseling, 1 buah Setor SPBT (BOSS), 1 buah Setor Pejabat, 1 6 Buah Bilik Darjah, 1 buah Bilik Pemulihan, 1 buah Bilik Aktiviti Agama (Solat, j-QAF dsb), 1 buah Makmal Sains / Bilik KH / Bilik Muzik / Bilik Seni dan 1 buah Setor PJK / Setor KH / Setor Pejabat.

Keputusan UPSR 2006 telah mendapat 50% dengan 1 orang mendapat 5A.

Pada 1 Januari 2008, Bilangan Murid kami seramai 300 orang yang terdiri dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dengan tenaga pengajar seramai 24 orang guru, 3 orang guru j-QAF, 1 orang guru BSM dan 2 orang KTBM. Jumlah kelas sebanyak 12 kelas dengan bilangan bilik darjah sebanyak 7 buah bilik.

Keputusan UPSR 2007 telah mendapat 44% dimana 1 orang mendapat 4A 1B.

Keputusan UPSR 2008 telah mendapat 40% dimana 1 orang mendapat 5A dan 3 orang mendapat 4A 1B.

Keputusan UPSR 2009 kekal 40 % dimana 1 orang 4A 1B

Keputusan UPSR 2010 meningkat dari 40 % kepada 63.23% dimana 1 orang mendapat 5A dan 2 orang 4A 1B

Senarai nama Guru Besar yang telah Berkhidmat di SK. Tanjung Batu Keramat Tawau. Encik Alias Bin Ali mula berkhidmat sebagai Guru Besar pada 1 Mei 2000 hingga 31 Julai 2001 manakala Puan Paiyam Bte Rahmat mula berkhidmat pada 1 Ogos 2001 hingga Sekarang.

Sekolah ini telah berpindah ke bangunan sekolah baru pada tahun 2011. Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat ini agak unik kerana lokasinya yang begitu strategik di kawasan yang agak terpencil jauh dari kesibukan jalan raya di bandar Tawau. Begitu indah kerana terletak betul-betul di kaki Bukit Kukusan sehingga ada yang memanggilnya Sekolah Bukit Kukusan.

Dibina dengan bentuk model sekolah yang terkini dan paling moden sehingga ramai merasakan sekolah ini begitu cantik dan moden ini lebih sesuai untuk dijadikan sekolah kluster, sekolah bestari atau Sekolah Cemerlang khas untuk pelajar-pelajar cemerlang. Amat membazirkan jika sekolah yang dibina dengan peruntukan yang besar ini dijadikan sebagai sekolah biasa sahaja.

Namun kewujudan sekolah ini memanglah dinantikan oleh rakyat di sekitar kawasan Tanjung Batu ini setelah bertahun-tahun mereka hanya memiliki sebuah sekolah papan beratap zink akhirnya impian mereka tertunai kerana lahirnya sebuah sekolah yang indah berdinding konkrit yang menjadi simbol kebanggaan rakyat tempatan.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu Keramat
Peti Surat 1474
91008, Tawau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089765413
Fax = 6089755416

Pautan luar sunting