Sekolah Kebangsaan Tok Jiring

Sekolah Kebangsaan Tok Jiring (SKTJ) atau SK Tok Jiring merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Tok Jiring, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Tok Jiring
Lencana Sekolah Kebangsaan Tok Jiring.png
Lokasi
Kampung Tok Jiring,, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman
 Malaysia Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoPENGETAHUAN SULUH KEMAJUAN
Slogan
SUNGGUH SOKMO
Nombor sekolah609-666 4637
Kod sekolahTBA3059 (Kod Lama), TBA7014[1]
Pengerusi PIBGTuan Haji Muhammad Ramli Nuh[2]
Guru besarEn. Abdul Aziz Deraman[3]
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPn. Rozilawati bt. Mokhtar
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Abdullah bin Abd. Ghani
SingkatanSKTJ
Faks609-666 6479


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Tok Jiring memiliki 704 pelajar lelaki dan 651 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1355 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru.2009

SejarahSunting

Di awal penubuhannya pada tahun 1952, SKTJ hanyalah terdiri daripada sebuah bangsal beratapkan nipah berukuran 20 x 30 kaki tanpa dinding dan dibina hasil kerjasama antara YM Tuan Taib bin Tuan Dalam (Penghulu Mukim pada masa itu) bersama dengan Tuan Ismail bin Abdullah (Ketua Kampung Tok Jiring, penduduk Kampung Padang Air dan penduduk Kampung Batu Enam.

Pada tanggal 5 Mei 1952, bermulalah detik bersejarah bagi penduduk sekitar dengan 2 orang tenaga iaitu En.Wan Mansor bin Abu Bakar sebagai Guru Besar yang pertama dan YM Tuan Syed bin Tuan Dalam sebagai pembantunya. Bilangan murid pada ketika itu seramai 70 orang dan dibahagikan kepada 2 kelas, iaitu satu kelas di dalam bangsal dengan bangku panjang dan satu kelas lagi di bawah pokok. Malang tak berbau, tidak sempat menjangkau 6 bulan penubuhan, bangsal tersebut hangus dijilat api. Maka terhentilah seketika aktiviti persekolahan sehingga dibangunkan semula bangsal lain. Dari sebuah bangsal tanpa dinding, SKTJ kini telah berkembang dengan pesatnya menjadi sebuah institusi pendidikan formal yang mempunyai 8 blok bangunan yang dilengkapi dengan Makmal Komputer, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Perpustakaan, Bilik Tayang, Bilik Media, Bilik Rawatan, Bilik Guru, Surau, Pejabat, Pondok RMT, 40 buah kelas, Bilik j-QAF, Bilik Kaunseling dan juga Bilik Gerakan.

Selain itu, sekolah ini juga dilengkapi dengan sebuah taman yang dikelilingi kolam ikan dan juga pondok-pondok kecil yang membolehkan murid-murid berehat setelah penat menelaah pelajaran. Semua kemudahan ini ditempatkan di atas sebuah kawasan seluas 11.84 ekar tanah.[4]

Senarai Guru BesarSunting

  • En. Abdul Aziz Deraman (???-sekarang)
  • En. Ahmad Zohir bin Harun (???-???)
  • En.Wan Mansor bin Abu Bakar (1952-???)

PencapaianSunting

2019Sunting

  • Kejohanan Taekwondo Kebangsaan Durling 2019 - Pingat Perak[5]
  • 14th Nestle Koko Krunch Junior Taekwondo Championship 2019 - Eastern Region - Pingat Perak[6]
  • Majlis Tilawah Al-Quran PETRONAS Zon Pantai Timur - Johan Hafazan[7]
  • Pertandingan MTQ Peringkat Daerah Kuala Nerus - Johan Hafazan[8]
  • 1st Leg Sportexcel NSC Milo National Circuit 2019 - Pingat Gangsa[9]
  • Pertandingan Mizanis Robotic Sumo Battle 2019 Peringkat Kebangsaan - Anugerah Gangsa[10]
  • 16th Carnival Kelab SARA Taekwondo Martial Art Negeri Kelantan Open Championship 2019[11]
    • Pingat Emas
    • Pingat Perak
  • Pertandingan Choral Speaking Pandu Puteri Sempena Hari Peringatan Dunia (World Thinking Day) Peringkat Kebangsaan - Tempat Kedua[12]
  • Kejohanan Bola Jaring MSSD Kuala Nerus 2019 - Kategori Bawah 12 Tahun - Juara[13]
  • Kejohanan Merentas Desa MSSDKN 2019 - Tempat Ke-11 Keseluruhan[14]

2018Sunting

  • Smart School Qualification Standards (SSQS) - 5 Bintang[15]
  • Smart School Qualification Standards (SSQS) DOMAIN PSS - 5 Bintang[16]
  • Pertandingan Silat Olahraga DINI dan Pemilihan Dewasa - Kategori Kelas J Putra - Pingat Emas[17]
  • 10th Anniversary Milo Putrajaya Taekwondo Championship 2018 - Pingat Gangsa[18]
  • Karnival MATHsTARI 3.0 Peringkat Kebangsaan 2018:
    • Catur - Saguhati[19]
    • Pidato Matematik - Pingat Perak[20]
    • Inovasi Matematik - Johan[21]
    • Confirm A - Pingat Emas[22]
  • Pertandingan Eureka Peringkat Negeri Terengganu 2018 - Tempat Kedua[23]
  • Karnival SMathEn Peringkat Kebangsaan 2018[24]
    • Science Challenge - Tempat Kedua
    • English In Track - Tempat Ketiga
    • Explorace Challenge - Tempat Kelima
  • Kejohanan Badminton Jemputan Peringkat Negeri Terengganu[25]
    • Beregu Perempuan Bawah 11 Tahun - Tempat Ketiga
    • Perseorangan Lelaki Bawah 11 Tahun - Tempat Keempat
  • Pertandingan Mewarna Karnival Kanak-Kanak Bersama SSPN Dengan Kerjasama PPD Kuala Terengganu[26]
    • Tempat Pertama
    • Tempat Ketiga
  • Kejohanan Taekwondo Dur-Ling Kebangsaan 2018 - Kategori Junior (9-12 Tahun) - Pingat Perak[27]
  • Showmekids Festival 2018
    • Say It Right - Tempat Ketiga[28]
    • Lego A Like - Tempat Kedua & Saguhati[29]
  • Pertandingan Cilik Di Petronas (Explorace) Sempena Wow BhAru - Petronas Wakaf Bharu - Tempat Pertama[30]
  • English Day ETP Kuala Terengganu 2018 - Tempat Pertama[31]
  • Piala Serdang Open Invitational Taekwondo Championship 2018[32]
    • Kategori Senior - Pingat Emas
    • Kategori Junior - Pingat Emas
    • Kategori Junior - Pingat Emas
    • Kategori Junior - Pingat Perak
    • Kategori Junior - Pingat Gangsa
  • Karnival Pembangunan Merentas Desa & Olahraga MSSD Kuala Nerus 2018[33]
    • Merentas Desa Bawah 14 Tahun - Tempat Keempat
    • Acara 200M Perempuan Bawah 11 Tahun - Tempat Ketiga
  • Anugerah Kecemerlangan Jalinan SKK-UA 2018 - Anugerah Emas[34]
  • Pertandingan Mewarna Baby & Kidz Fair
    • Kategori 8 hingga 10 Tahun - Tempat Pertama[35]
    • Kategori 6 hingga 7 Tahun - Tempat Pertama[36]
  • Pertandingan Mewarna Karnival Online Networking Enterpreneur ~ Online SSM 2018 - Kategori 10 hingga 12 Tahun - Tempat Kedua[37]
  • Program Jati Diri Puteri Daerah Kuala Nerus 2018[38]
    • Kategori Ikatan - Johan
    • Kategori Khemah - Naib Johan
  • Pertandingan Mewarna Sempena Famillenia Carnival[39]
    • Tempat Kedua
    • Tempat Ketiga
  • Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan ROBO360 "RAJA BUKIT" 2018 - Saguhati[40]
  • 10th Gemilang Taekwondo Championship 2018 - Kategori 10 hingga 12 Tahun - Johan Keseluruhan[41]
  • Pencapaian Frog Championships Daerah Kuala Nerus Kategori Sekolah Bagi Subjek Matematik - Tempat Kedua[42]
  • Pertandingan Mewarna Hari Malaysia - Tempat Pertama[43]
  • Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu Peringkat Antarabangsa - Kategori Endurance 40km - Johan[44]
  • Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2018 - Kategori 5km - Johan[45]
  • Kejohanan Grand Final Sportexcel - NSC/MILO/TM - National Junior & Senior Taekwondo Circuit 2018 - Pingat Gangsa[46]
  • Run From Diabetes 2018 - Tempat Keempat[47]
  • Pertandingan Mewarna Sempena Jualan Murah Aidil Adha[48]
    • Tempat Pertama
    • Tempat Kedua
  • Pertandingan Merdeka Warna[49]
    • Kategori 7 hingga 9 Tahun - Tempat Keempat
    • Kategori 10 hingga 12 Tahun - Tempat Kelima
  • Pertandingan Mewarna Sempena Asian Food Festival[50]
    • Tempat Pertama
    • Tempat Kedua
    • Saguhati
  • Pertandingan Taekwondo Antarabangsa Heroes 2018 - Pingat Perak[51]
  • Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2018 Peringkat Negeri Terengganu - Anugerah Gangsa[52]
  • Kejohanan TM (WTF) Sportexcel National Senior & Junior Taekwondo Circuit Second Leg 2018 - Kategori Bantam 21-24 Kg - Pingat Perak[53]
  • Pertandingan Kalam Sya'bi Peringkat Daerah Kuala Nerus - Tempat Ketiga[54]
  • Karnival Citra Bahasa Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2018[55]
    • Pertandingan Bercerita Tahap 1 - Tempat Keempat
    • Pertandingan Syair - Tempat Kelima
    • Pertandingan Roda Kata - Tempat Kelima

2017Sunting

  • Kejohanan Taekwondo - Wisma Belia Kuantan & TTDI Shah Alam[56]
    • Pingat Emas
    • Pingat Perak
    • Pingat Gangsa

AlamatSunting

Sekolah Kebangsaan Tok Jiring ( Sekolah Kluster Kecemerlangan )
Bandar Al-Wathiqu Billah, 21060 Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 609-666 4637
Fax = 609-666 6479

RujukanSunting

  1. ^ Kod baru SKTJ
  2. ^ Ucapan Oleh Tuan Haji Muhammad Ramli Nuh, YDP PIBG
  3. ^ Guru Besar SKTJ
  4. ^ Sejarah SKTJ
  5. ^ Pemenang Pingat Perak Kejohanan Taekwondo Kebangsaan Durling - 2 hingga 4 Mei 2019
  6. ^ Pingat Perak Nestle Koko Krunch Junior Taekwondo Championship 2019 - 24 April 2019
  7. ^ SKTJ Johan Hafazan Al-Quran - 16 & 17 April 2019
  8. ^ Johan Hafazan MTQ - 10 April 2019
  9. ^ Pingat Gangsa Sportexcel - 22 hingga 24 Mac 2019
  10. ^ Penghargaan Kepada Guru Pengiring & Para Peserta Pertandingan Mizanis Robotic Sumo Battle 2019 Peringkat Kebangsaan Pada 16 & 17 Mac 2019
  11. ^ Carnival Kelab SARA Taekwondo Martial Art Negeri Kelantan - 8 & 9 Mac 2019
  12. ^ Tempat Kedua Pasukan Choral Speaking Pandu Puteri Terengganu - 22 Februari 2019
  13. ^ Tahniah Pasukan Bola Jaring SK Tok Jiring - 19 Februari 2019
  14. ^ Kejohanan Merentas Desa MSSDKN 2019 - 24 Januari 2019
  15. ^ Pencapaian 5 Bintang Dalam Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) - 27 Januari 2019
  16. ^ Pencapaian 5 Bintang Dalam Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) DOMAIN PSS
  17. ^ Muhammad Athir Rakin bin Muhd Rushdi Pingat Emas (Kategori Kelas J Putra) 15 Disember 2018
  18. ^ Bronze Medal Nur Aina Safiyya binti Abdullah - 8 & 9 Disember 2018
  19. ^ Muhammad Hafy Syahmi bin Mohd Rosli & Muhammad Adiq Irfan bin Saharudin - Saguhati - Catur - 21 November 2018
  20. ^ Muhammad Zain Zharief bin Zainan - Perak - Pidato Matematik - 21 November 2018
  21. ^ Nur Amrina Rashada binti Mohd Fadil - Johan ~ Inovasi Matematik - 21 November 2018
  22. ^ Emas ~ Confirm A ~ Karnival MATHsTARI 3.0 - 21 November 2018
  23. ^ Pertandingan Eureka Peringkat Negeri Terengganu - 18 November 2018
  24. ^ Karnival SMathEn Peringkat Kebangsaan 12 & 13 November 2018
  25. ^ Kejohanan Badminton Jemputan Peringkat Negeri Terengganu - 12 November 2018
  26. ^ Pertandingan Mewarna Karnival Kanak-Kanak Bersama SSPN Dengan Kerjasama PPD Kuala Terengganu - 10 November 2018
  27. ^ Nur Shamiha binti Yusof ~ Silver ( Kategori Junior ) ~ Kejohanan Taekwondo Dur-Ling Kebangsaan Kali Pertama - 26 & 27 Oktober 2018
  28. ^ Nuraisyah Humaira binti Mohd Azrul Tempat Ke 3 (Say It Right) - 27 Oktober 2018
  29. ^ Nurul Amalia binti Nor Anuar Tempat Ke 2 (Lego A Like) & Nurul Adlina binti Nor Anuar Saguhati - 27 Oktober 2018
  30. ^ Pemenang Cilik Di Petronas Sempena Program Wow bhAru - 24 Oktober 2018
  31. ^ First Place - English Day ETP Kuala Terengganu - 23 Oktober 2018
  32. ^ Piala Serdang Open Invitational Taekwondo Championship - 20 & 21 November 2018
  33. ^ Karnival Pembangunan Merentas Desa & Olahraga MSSD Kuala Nerus
  34. ^ Anugerah Emas & Perak Pelan Tindakan - 16 Oktober 2018
  35. ^ Pertandingan Mewarna Baby & Kidz Fair - 6 Oktober 2018
  36. ^ Pertandingan Mewarna Baby & Kidz Fair - 6 Oktober 2018
  37. ^ Pertandingan Mewarna Karnival Online Networking Enterpreneur - Online SSM - 5 Oktober 2018
  38. ^ Program Jati Diri Puteri Daerah Kuala Nerus - 29 September 2018
  39. ^ Pertandingan Mewarna Sempena Famillenia Carnival - 28 September 2018
  40. ^ Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan ROBO360 "RAJA BUKIT" 29 September 2018
  41. ^ 10th Gemilang Taekwondo Championship - 21 & 22 September 2018
  42. ^ Pencapaian Frog Championships Daerah Kuala Nerus Kategori Sekolah Bagi Subjek Matematik
  43. ^ Pertandingan Mewarna Hari Malaysia di Giant Gong Badak - 16 September 2018
  44. ^ Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu Peringkat Antarabangsa - 7 hingga 9 September 2018
  45. ^ Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud - 8 September 2018
  46. ^ Kejohanan Grand Final Sportexcel - NSC/MILO/TM - National Junior & Senior Taekwondo Circuit di Arena Indoor Stadium Pada 1 & 2 September 2018
  47. ^ Run From Diabetes di Dataran Batu Buruk - 18 Ogos 2018
  48. ^ Pertandingan Mewarna Sempena Jualan Murah Aidil Adha di Stadium Negeri - 18 Ogos 2018
  49. ^ Pertandingan Merdeka Warna di Perkarangan Syarikat Din Mega Enterprise - 18 Ogos 2018
  50. ^ Pertandingan Mewarna Sempena Asian Food Festival di Dataran Shahbandar - 15 Ogos 2018
  51. ^ Pertandingan Taekwondo Antarabangsa Heroes di Stadium MABA - 27 hingga 30 Julai 2018
  52. ^ Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2018 Peringkat Negeri Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu - 21 & 22 Julai 2018
  53. ^ Kejohanan TM (WTF) Sportexcel National Senior & Junior Taekwondo Circuit Second Leg di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) - 20 hingga 22 Julai 2018
  54. ^ Pertandingan Kalam Sya'bi Peringkat Daerah Kuala Nerus di SMKADHA - 18 Julai 2018
  55. ^ Karnival Citra Bahasa Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan di Dewan Al- Muktafi Billah Shah UniSZA - 14 Julai 2018
  56. ^ Tahniah Puteri-Puteri Taekwondo SKTJ

Pautan luarSunting