Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan Perak

Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Perak atau nama ringkasnya SMK Perempuan Perak, merupakan sebuah Sekolah perempuan menengah jenis kebangsaan yang terletak di No.247 Jln Raja Permaisuri Bainun.

Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Perak
Lokasi
 Malaysia No.247 Jln Raja Permaisuri Bainun, 30250, Ipoh,, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6052548116
Kod sekolahAEB2051
Faks6052548116


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Perak memiliki 0 pelajar lelaki dan 1499 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1499 orang. Ia mempunyai seramai 79 orang guru.2009

Sejarah sunting

SMJK Perempuan Perak diasaskan pada tahun 1917 atas nama Sekolah Perempuan Zhong Hua di Jalan Lahat.

Pada tahun 1918 ditukar nama sebagai Sekolah Perempuan Jun Xiu.

Pada tahun 1921 sekolah berpindah ke Wuleng Street dan bertukar nama kepada New Zhong Hua Girls School.

Pada tahun 1922, sekolah ini telah dipindah ke tokong Cina di Kampong Paloh dan bertukar nama kepada Ipoh Girls School. 

Pada tahun 1923, sekolah ini ditambah lapan buah bilik darjah di belakang tokong Cina. 

Pada tahun 1933, sukatan pelajaran menengah diperkenalkan dan sekolah ini dinamakan Sekolah Perempuan Perak (Menengah dan Rendah). 

Pada tahun 1936, sekolah ini dipindah ke Bunglo Leong Sin Nam di Jalan Gopeng untuk menampung lebih ramai pelajar Sekolah Menengah. 

Pada tahun 1947, tanah bagi tapak sekolah di Jalan Kampar sekarang dibeli. 

Keluasan tanah adalah 7 ekar sahaja. 

Pada tahun 1956, blok yang pertama (Blok A) bangunan sekolah di Jalan Kampar siap dibina. 

Pejabat pentadbiran, bilik Pengetua, bilik Penolong Kanan dan bilik guru terletak di Blok A. 

Pada tahun 1957, sekolah ini memulakan kelas tingkatan empat yang ulung. 

Pada tahun 1960, blok yang kedua (Blok B) bangunan sekolah siap dibina. 

Blok ini terdiri daripada 12 buah bilik darjah termasuk 2 bilik masakan dan 2 bilik jahitan.

Pada tahun 1963, nama sekolah ditukar kepada SMJK Perempuan Perak.

Pada tahun l968, projek pembinaan dewan dan perpustakaan dilancarkan di Blok C. 

Perpustakaan dinamakan Perpustakaan En Lee Kong Chian dan dibuka secara rasmi oleh Datuk Chan Siang Sun, Timbalan Menteri Pendidikan pada masa itu.

Pada tahun 1970, blok yang ketiga (blok C) bangunan sekolah siap dibina

Pada tahun 1978, blok makmal sains baru (BLok D) siap dibina dan dinamakan Makmal Sains Dato' Chong Kok Lim, Pengerusi Lembaga Pengurus sekolah pada masa itu. 

Makmal sains ini merangkumi makmal Fizik, Kimia dan Biologi untuk kegunaan pelajar aliran Sains Tingkatan 4 dan 5.

Pada tahun 1980, Lembaga Pengurus Sekolah meluluskan rancangan membina satu blok bangunan sekolah bertingkat empat. 

Sekolah ini diiktiraf sebagai sekolah kelas A pada tahun 1983. 

Pada 19-01-1985, blok empat tingkat (BLok E) dibuka secara rasmi oleh Datin Rosmary Chong, Timbalan Menteri Pendidikan pada masa itu. 

Blok E merangkumi bilik masakan, bilik jahitan, bilik pendidikan seni dan bilik gerakan /bilik mesyuarat.

Blok E merangkumi 18 bilik temasuk Bilik Gerakan dan Bilik Kemahiran Hidup.

Pada tahun 1996, tambahan dua buah makmal Sains dibina atas nama Tan Sri Lee Loy Sang.

Pada 02-09-1998, dewan terbuka dibina untuk kegunaan tapak perhimpunan pelajar.

Dengan sumbangan Puan Sri Lee Leong Wan Chin, Bilik Multimedia dan Makmal Komputer Leong Wan Chin dilengkapkan pada tahun 2001.

Pada 30-07-2008, perasmian Dewan Leong Wan Chin SMJK Perempuan Perak.

Pada 01-03-2009, Blok Pentadbiran sekolah siap dinaik taraf.

Pada bulan Mac 2010, perasmian Gelanggang Bola Keranjang Chin Pek Soo Holding Sdn. Bhd diadakan

Pada 18-04-2023, perasmian Pusat Serbaguna Leong Khuen Nyean (Gelanggang Bola Keranjang berbumbung) dan Bengkel Kemahiran Hidup Blok F

Pada tahun 2015, 2016, 2017 dan 2018, proses pembinaan bangunan tiga tingkat di tapak kantin bermula dan siap dibina pada bulai Julai 2018

Pada 02-01-2019, bangunan tiga tingkat yang baharu mula digunakan oleh murid-murid termasuk pusat sumber dan bilik darjah

Pada 22-11-2019, penutupan persekolahan sesi petang secara rasmi

Pada 02-01-2020, SMJK Perempuan Perak bermula sekolah satu sesi iaitu sesi pagi sahaja.

Kini SMJK PEREMPUAN PERAK mempunyai 1079 orang murid, 81 orang guru, 8 orang ahli kumpulan pelaksana dan 10 orang pekerja swasta keselamatan dan kebersihan

Bilangan kelas yang ada sekarang ialah 8 kelas Tingkatan 5, 8 kelas Tingkatan 4, 8 kelas Tingkatan 3, 8 kelas Tingkatan 2, 8 kelas Tingkatan 1 dan 1 kelas Peralihan.

Bil. Nama Pengetua Sekolah Tempoh Perkhidmatan
1. Puan Lim Fong Lan Jan 1933-Dis 1934
2. Puan Lan Wai Kee Jan 1935-Dis 1935
3. Puan Lim Wai Jan 1936-Dis 1950
4. Encik Yau Fen Nam Jan 1951-Dis 1953
5. Puan Peng Shih Lin Jan 1954-Okt 1978
6. Puan Saw Soon Leng PJK nee Ng Wai Cheng Ogos 1979-Ogos 1996
7. Cik Tan Huai Chew Sept 1996-Julai 2001
8. Cik Lim Yit Chee Julai2001-Dis 2008
9. Cik Lee Puay Eng Mac 2009 - Jan 2016
10. Tiada Pengetua Feb - Nov 2016
10. Cik Wong Sook Kuin Dis 2016 - Nov 2023

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Perak
No.247 Jln Raja Permaisuri Bainun
30250, Ipoh
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6052548116
Fax = 6052548116

Pautan luar sunting