Sekolah Menengah Kebangsaan (BM) Saratok

Sekolah Menengah Kebangsaan (BM) Saratok atau nama ringkasnya SMK (Bm) Saratok, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 51 Saratok.

Sekolah Menengah Kebangsaan (BM) Saratok
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 51 Saratok, 95407, Saratok,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6083436216
Kod sekolahYEA2201
Faks6083438467


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (BM) Saratok memiliki 725 pelajar lelaki dan 779 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1504 orang. Ia mempunyai seramai 115 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bahasa Malaysia, Saratok memulakan sejarah perkembangannya sebagai sekolah yang beraliran Bahasa Melayu penuh pada awal Januari, 1975 dengan dua buah kelas Peralihan untuk menampung keperluan penuntut sulungnya yang berjumlah 63 orang.

Sejak ianya ditubuhkan hingga hujung tahun 1978, sekolah ini tidak mempunyai bangunan sendiri tetapi menumpang di Sekolah Rendah Abang Abdul Rahman, Saratok. Sekolah ini telah diasaskan oleh dua orang guru, iaitu Encik Shokeran Mohidden (Guru Besar SMK (BM) Saratok dari 1975 hingga 1977) dan Encik Yusof Arab.

Seramai 59 orang penuntut kumpulan pertama sekolah ini telah menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran 1978. Mereka telah mencapai keputusan yang memuaskan dengan 36 orang calon mendapat A, 8 orang calon mendapat B dan 2 orang mendapat C. Peratus kelulusan ialah 77.96%. Dengan keputusan sedemikian rupa, SMK (BM) Saratok dihadiahkan Sijil Keputusan SRP Terbaik Bagi Sekolah-Sekolah Menengah Sarawak Gred C 1978 pada Perayaan Hari Guru 1979.

Pada 5 Jun 1979, hari Selasa bersamaan 10 Rejab 1399 merupakan tarikh bersejarah sekolah ini kerana bangunan barunya telah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Yang Berhormat Dato’ Musa Bin Hitam.

Pencapain

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan (BM) Saratok
Peti Surat 51 Saratok
95407, Saratok
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6083436216
Fax = 6083438467

Lokasi Sekolah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bahasa Malaysia Saratok terletak di Pekan Saratok, Bahagian Betong. Saratok terletak di tengah-tengah perjalanan Trans – Borneo (Kuching – Miri). Jika anda dalam perjalanan dari Kuching (Selatan) ke Miri ( Utara ), anda boleh singgah di Saratok yang jaraknya 6 km dari jalan utama ini. Jarak antara Saratok dengan Bandar Sri Aman ialah sejauh 130 km, sementara jarak antara Saratok dengan ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching pula ialah sejauh 307 km.

Sekiranya anda berada di Kuching, anda boleh pergi ke Saratok dengan dua cara. Pertama, anda boleh menggunakan bas yang disediakan oleh Sarawak Transport Company (STC) yang berpengkalan di Terminal Bas Batu Tiga, Kuching.

Perkhidmatan bas Kuching - Saratok ini disediakan dua kali sehari dengan tambang sekali perjalanan sebanyak RM 24.30 sen. Anda boleh menaiki bas pada sebelah pagi, iaitu bertolak pada jam 7. 45 pagi atau pada sebelah tengah hari, iaitu bertolak pada pukul 1: 30 tengah hari. Perjalanan menggunakan bas ini memakan masa selama 5 jam.

Cara kedua pula ialah anda menggunakan perkhidmatan van yang disediakan oleh penduduk tempatan Saratok sendiri. Mereka beroperasi setiap hari dan perjalanan dari Kuching – Saratok biasanya pada sebelah tengah hari sahaja. Perjalanan menggunakan van memakan masa selama 4 hingga 5 jam dan tambangnya pula ialah RM 25.00 seorang.

Pautan luar sunting