Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said atau nama ringkasnya SMKA Tun Said, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Beg Berkunci No. 4, 89159 Kota Belud,Sabah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said
Lokasi
Beg Berkunci No. 4, 89159, Kota Belud, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088971185
Kod sekolahXRA5301[1]
PengetuaDr Japran Bin Hj Kusin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridRosnani Binti Sidin
Faks6088971364


Pada 02 Februari 2000, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said memiliki 229 pelajar lelaki dan 238 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 467 orang. Ia mempunyai seramai 44 orang guru.2009

Sejarah sunting

SMKA TUN SAID merupakan salah sebuah sekolah menengah kebangsaan agama di Negeri Sabah yang pertama diwujudkan di Daerah Kota Belud.

Terketak di atas Bukit Maharaja di Kampung Pengkalan Abai, Kota Belud dengan keluasan 50 ekar. Tapak sekolah ini telah didermakan oleh YB Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, Ahli Parlimen P148 Kota Belud, Sabah merangkap ADUN N6 Usukan.

Proses pembinaan sekolah ini telah dimulakan pada 01 Oktober 1997. Sekolah yang bernilai RM17 juta ini telah mula digunakan pada 13 Januari 2001 dengan pendaftaran pertamanya seramai 210 orang pelajar Tingkatan 1.

Menjelang tahun 2001, jumlah pelajar bertambah kepada 300 orang. Pada tahun 2002 jumlah pelajar terus bertambah kepada 410 orang. Sehingga 2013 pelajar sekolah ini adalah seramai 419 orang murid.

Pada Oktober 2002 calon PMR yang pertama menduduki peperiksaan. Sehubungan dengan itu pada tahun 2003, Aliran Sains Tulen, Teknik dan Akaun mula diperkenalkan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4. Manakala pada Oktober 2004, calon SPM kali pertamanya menduduki Peperiksaan SPM di sekolah ini.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said
Beg Berkunci No. 4,
89159, Kota Belud
Sabah,   Malaysia
Telefon = 6088971185
Fax = 6088971364

Rujukan sunting

Pautan luar sunting