Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat


Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Mukim Ayer Hangat, Pulau Langkawi, Kedah.

Lokasi
Mukim Air Hangat,, Langkawi, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBerwatak Kemas dan Beradab
Nombor sekolah+6049561170
Kod sekolahKEA6014
PengetuaEN KU AZIZAN BIN KU BAHARUM
GPK Pentadbiran dan AkademikEN SHAKER B ABDUL MAJID
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN AZMI B HUSSIN
Penolong Kanan KokurikulumTN HJ ISMAIL B ABDULLAH
Faks+6049561172
Laman sesawang

Sejarah sunting

Sekolah ini mula diasaskan pada Januari 1986. Terdiri daripada tiga bilik darjah dan sebuah pejabat dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad. Sesi pengajian dijalankan pada sebelah petang. Pada pertengahan tahun 1988, sebuah bangunan lima bilik darjah siap dibina. Bangunan ini digunakan sebagai bilik darjah (tiga bilik), bilik guru (satu bilik) dan Makmal Sains (satu bilik). Akhir tahun 1989, sebuah lagi bangunan siap dibina. Bangunan ini menempatkan Bengkel Kemahiran Hidup (dua bilik), Pusat Sumber (satu bilik) dan surau (satu bilik).

Menjelang tahun 1992, Kerajaan Persekutuan telah membeli tanah seluas 18 ekar di Padang Ragut bernilai RM 900,000.00 sebagai tapak baru SMKAH. Bagaimanapun, projek yang bernilai RM 4.78 juta hasil pinjaman Bank Dunia telah tergendala kerana masalah setinggan di tapak projek tersebut. Bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah, Jabatan Pendidikan Kedah telah membina sebuah lagi bangunan mengandungi tiga bilik darjah dan siap pada akhir tahun 1993.

Tender projek SMKAH telah dikeluarkan pada 12 Mei 1994. Projek mula dilaksanakan pada 19 Disember 1994 oleh Kontraktor Konsortium Indera Sdn. Bhd. Dari Perlis. Alhamdulillah, bangunan sekolah baru dapat diduduki sepenuhnya pada akhir tahun 1996.

==Visi

BERWATAK KEMAS DAN BERADAB

Pencapaian sunting

27 Disember 2011 - 1 dari 34 pelajar dari sekolah-sekolah dari Pulau Langkawi mendapat 8A didalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah

Pengetua Sekolah sunting

En Nor Azman Bin Hamid

Lokasi sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat
Mukim Ayer Hangat,
07000, Langkawi,
Kedah, Malaysia.

Lagu Sekolah sunting

BERWATAK KEMAS DAN BERADAB

ITU WAWASAN KAMI

SATU AZAM SATU CITA

SATU HASRAT MENEMPA JAYA

ISTIQAMAH JADI PEGANGAN

DISIPLIN TERAS DIRI

KEBERANIAN TERTANAM DI JIWA

KEYAKINAN DI HATI

RUKUN NEGARA KAMI JUNJUNG

MEMBELA NUSA BANGSA TERCINTA

Alumni sunting

Selebriti sunting

Ahli Politik sunting

Rujukan sunting

Utusan 27 Dis 2011 - 34 pelajar Langkawi dapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah