Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri Simpang Gelami
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri atau nama ringkasnya SMK DUSAJ, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampung Simpang Gelami iaitu kira-kira 8 km dari pekan Kuala Klawang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Bt 4 1/2 Peradong Simpang Gelami, 71600, Kuala Klawang, Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | SMK DUSAJ Namamu Di Persada Negara |
Nombor sekolah | 6066136895 |
Kod sekolah | NEA0026 |
Pengerusi PIBG | Tn. Haji Azhar bin Awaluddin |
Pengetua | Pn. Aini Rozita binti Ahmad |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Mazni binti Mohamed Isa |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Samsiah binti Hassan |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Ruslan bin Md Isa |
Faks | 6066138318 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri memiliki 207 orang pelajar lelaki dan 215 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 422 orang. Ia mempunyai seramai 34 orang guru.2009
SMK DUSAJ mempunyai pelajar yang pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asli menjadikan sekolah menarik dengan pelbagai budaya.
Sekolah ini mempunyai Kelas Aliran Agama (KAA) untuk tingkatan 1, 2 dan 3. Pada 2023, sekolah ini mencatat sejarah apabila membuka KAA pertama untuk tingkatan 4. Subjek Sains Tulen Agama yang ditawarkan ialah Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah di samping subjek sains iaitu Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi serta subjek teras. Semua pelajar KAA ditawarkan tempat tinggal di asrama yang amat selesa.
Sejarah
suntingSMK DUSAJ siap dibina pada tahun 1983 dan mula beroperasi pada 13 Januari 1984 di atas tanah seluas 6075 hektar. Nama pertama sekolah ini ialah Sekolah Menengah Rendah Simpang Gelami sebelum ditukar kepada SMK Simpang Gelami (SMK SG) pada tahun 2002. Pada tahun 2012, SMK SG ditukar kepada SMK DUSAJ setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui penukaran nama ini, diharapkan warga sekolah dapat mencontohi tokoh tersebut.
SMK DUSAJ merupakan sebuah sekolah yang telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan malahan di peringkat antarabangsa. Pada 2011, Sekolah ini telah menerima anugerah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sekaligus telah melonjakkan imej sekolah ini.
Antara pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah Tn. Haji Rosdin bin Kasim (2006-2012), Pn. Hajah Azizah binti Musa (2013-2014), Tn. Norazman bin Mohd Amin (2014-2017) dan Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom (2017-2019). Pn. Hafsah binti Haji Mohd Isa mula mengetuai sekolah ini sejak 2019 sehinggalah ke hari ini.
SENARAI PENGETUA SMK DUSAJ:
1. Tuan Haji Abdullah bin Saffar (1984-1986)
2. Tn. Mahadi bin Abdul Rahman (1986-1991)
3. Tn. Chor Swee Meng (1992-1994)
4. Tn. Amir Shariffudin bin Ahmad (1995-1998)
5. Tn. Abdul Hamid bin Ibrahim (1998-2003)
6. Pn. Junaidah binti Ibrahim (2003-2004)
7. Pn. Aziza binti Abdul Aziz (2004-2006)
LAGU SEKOLAH:
Riang Bersama Menuju
Ke Suatu Destinasi
Pelbagai Bangsa Setia Berbakti
Keranamu SMK DUSAJ Tercinta
Berjayalah Anak Negeri
Bersama Menggapai Cita-cita
Budaya dan Budi Etika Bersama
Belajar Berusaha dan Berjaya
Kata Keramat Kami Semua
Belajar Berusaha dan Berjaya
Lagu : Md Taha Amri
Lirik : SMK Simpang Gelami
Pencapaian
suntingAnugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) pada tahun 2015.
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Syed Ali Al-Jufri,
- Simpang Gelami,
- 71600 Kuala Klawang
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 6066136895
- Faks = 6066138318