Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Melaka

sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia


SMJK Katholik Melaka ialah sebuah sekolah lelaki yang terletak di Gajah Berang di Melaka Tengah. Nama rasmi sekolah ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Katholik (M) atau Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Melaka.

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Melaka
马六甲公教国民型华文中学
Catholic High School, Melaka
Pintu masuk sekolah
Alamat
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Melaka is located in Bumi
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Melaka
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Melaka (Bumi)
251, Jalan Gajah Berang
Kampung Tujuh
Bandaraya Melaka, 75200, Melaka Tengah, Melaka
Malaysia
Koordinat2°12′24″N 102°14′31″E / 2.20666°N 102.242°E / 2.20666; 102.242
Maklumat
Nama lamaSekolah Tinggi Cina St. Francis
Jenis sekolahSekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah menengah jenis kebangsaan
Moto勤学业、重功德、富理想
(Berilmu, Berakhlak, Berwawasan)
Ditubuhkan04 Januari 1958 (1958-01-04)
PengasasMarist Brothers
Autoriti pendidikanPPD Melaka Tengah
Nombor sekolah06-2831261
Kod sekolahMEB2099[1]
PengetuaLai Swee Ho
Tenaga pengajar64
JantinaLelaki
Jumlah penuntut749
Penuntut tingkatan enamTidak menerima
Kelas31
Bahasa pengantarBahasa Melayu
BahasaBahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Slogan亲爱忠诚
(Penyayang dan Taat)
LaguLagu Sekolah SMJK Katholik
GPK Pentadbiran dan AkademikTan Sze Chee
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridChong Nyong Soon
Penolong Kanan KokurikulumAzhar bin Rejab
Faks06-2921995
Laman sesawang
"Senarai sekolah". MOE. Dicapai pada 2021-06-11.
Map
Kali terakhir dikemaskinikan: Templat:Subst

Sejarah sunting

1958 Januari 4, SMJK Katholik ditubuhkan dan dikenali sebagai Sekolah Tinggi Cina St. Francis.[2][3] Sekolah ini bermula dengan 2 buah kelas peralihan yang terdiri daripada 71 orang pelajar yang merupakan bekas murid Sekolah Rendah Katholik. Kumpulan ini terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Batu asas sekolah ini telah diletakkan secara rasmi oleh Gabenor Melaka, Tun Leong Yew Koh.

1959-akhir, bangunan Blok A yang terdiri daripada 8 buah bilik darjah telah siap dibina. Kos pembinaan telah dibiayai oleh Gereja Katholik.

1960, SMJK Katholik berhenti menerima kemasukan pelajar perempuan kerana SMJK Notre Dame telah ditubuhkan untuk menerima pelajar perempuan.[3]

1961, Blok B yang terdiri daripada 3 buah bilik darjah dan 3 buah makmal sains telah siap dibina dan dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan, Encik R.A. Wilson. Pada 1 April, sekolah ini bertukar nama kepada Sekolah Tinggi Katholik, Melaka. Pelajar-pelajar sekolah ini telah menduduki LCE untuk julung-julung kalinya.

1962 Mac, Blok C yang terdiri daripada 9 buah bilik darjah dan sebuah perpustakaan turut siap dibina.

1963, pelajar-pelajar sekolah ini menduduki Peperiksaan OSC bagi pertama kali.

1973, sekolah ini terpaksa menjalankan 2 sesi persekolahan, iaitu sesi pagi dan sesi petang kerana kekurangan bilik darjah memandangkan bilangan pelajar bertambah.

1985, satu blok 4 tingkat yang terdiri daripada pejabat pengetua, bilik guru, bilik perpustakaan, bilik tayang, dan 8 buah bilik darjah telah mula dibina. Blok baru ini telah dikongsi guna oleh kedua-dua pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.

1988, dengan terbinanya blok yang baru, semua kelas telah diadakan pada sesi pagi sahaja.

1992, blok baru empat tingkat yang menempatkan bengkel Kemahiran Hidup, kantin dan Bilik Tayang telah siap dibina pada akhir tahun ini.

Perkembangan sunting

1999, bilangan pelajar bertambah melebihi 1000 orang.[3] 3 buah bilik darjah Blok C terpaksa diubahsuai supaya menjadi 4 buah bilik darjah. 3 buah bengkel Kemahiran Hidup juga digunakan sebagai bilik darjah.

2001, kelas komputer diadakan. Persatuan Murid-Murid Tua SMK menderma RM10000 untuk membeli 10 buah komputer.

2002, SMJK Katholik dikategorikan sebagai Sekolah Menengah Gred A.

2003, Persatuan Murid-Murid Tua SMJK Katholik Melaka memberi berpuluh-puluh biasiswa kepada pelajar-pelajar sekolah ini setiap tahun sejak tahun ini.

2005, PIBG telah mengadakan Parenthon untuk mengutip derma. Hasil kutipan sebanyak RM70000 ini digunakan untuk membeli komputer dan meja, mengecat bangunan sekolah, dan mengubahsuai Pusat Sumber.

2008 April 20, bersempena dengan sambutan ulangan tahun ke-50 satu jamuan makan malam telah diadakan untuk mengutip dermabdemi pembangunan kemudahan asas sekolah. Hasil kutipan lebih kurang RM100000.[4]

2009 Mac, Hermen Heng Guan Yang mendapat keputusan 14 A dalam peperiksaan SPM, iaitu dua belas 1 A dan dua 2A. lni merupakan keputusan perseorangan yang terbaik dalam sejarah sekolah ini.

2010 Oktober 21, LPS, PIBG, Persatuan Murid-murid Tua dan pihak sekolah dengan kerjasama Kumpulan Akhbar Nanyang dan Syarikat Carlsberg telah mengadakan Konsert Amal Jamuan Makan Malam mengutip derma bagi tabung pembinaan dewan serba guna sekolah. Hampir 1 juta ringgit berjaya dikutip.[4]

2010 Disember 19, projek pembinaan dewan serbaguna sekolah bermula.

2011 Jun 11, Pasukan Pancaragam Sekolah mengadakan konsert muzik sempena sambutan ulang tahun ke-40.

2011 Jun 22, lawatan Pasukan Pancaragam Sekolah Menengah Chong Qing, Taiwan, ke sekolah ini.

2011 Julai 30, dewan serbaguna siap dibina. Upacara pemberkatan dan majlis perasmian dewan telah diadakan. Bilik Disiplin juga telah ditubuhkan pada tahun ini.[4]

2012 Disember, Pasukan Pancaragam Sekolah kita melawat 5 buah sekolah menengah di Taiwan.[5][6]

2013 Julai 7, lawatan Pasukan Pancaragam Sekolah Menengah Chong Qing, Sekolah Menengah An He dan Sekolah Menengah Gong Guan, Taiwan ke SMJK Katholik.[7]

2013 Ogos 30, Kumpulan Sokongan lbu Bapa Pasukan Pancaragam sekolah ditubuhkan.

2013 Disember, kerja penaiktarafan Makmal Sains dan Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling dijalankan. Bilik Unit B&K terdiri daripada pejabat, 2 bilik kaunseling individu dan 1 bilik kaunseling kelompok.[4]

2014 Ogos 1, pasukan pancaragam kita berinteraksi dengan dua pasukan dari Sekolah Menengah Zhong Xin, Taiwan, iaitu Pasukan Pancaragam Zhuang Wo dan Pasukan Senapang Wanita Shan Qian. Dalam konsert yang diadakan pada malam itu, Pasukan Pancaragam Zhuang Wo telah membuat persembahan beberapa lagu dan mendapat sanjungan tinggi. Pasukan Senapang Wanita Shan Qian pula telah membuka mata para pengunjung dengan membuat persembahan parade yang istimewa.[8]

2014 Disember, tandas murid telah dinaiktaraf secara keseluruhan untuk memberi kemudahan yang lebih bersih dan selesa kepada para murid.[4]

2015 Disember, lantai dan paip air Makmal Biologi, Fizik dan Kimia dinaiktaraf.[4] Selain itu, Bilik darjah Abad 21 telah didirikan dengan bantuan dan sokongan Lembaga Pengelola Sekolah, Persatuan lbu Bapa dan Guru serta Persatuan Bekas Murid.

2016 Disember, lantai dan wayar Makmal Sains dinaiktaraf.

2017, sekolah kita diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan DLP, iaitu menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa lnggeris untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik Tingkatan 1 KSSM.[9]

2017 Jun 30, SMJK Katholik mempunyai 32 buah kelas dengan 960 orang murid.

2018 May 25, dengan kerjasama Syarikat Tiger, SMJK Katholik telah mengadakan Konsert Amal Jamuan Makan Malam mengutip derma bagi tabung pemasangan 'Smart Classroom'. Jamuan tersebut telah berjaya mengutip RM571660.[10]

2018 Julai 14, bersempena dengan ulangan Tahun Ke-60, Pasukan Pancaragam SMJK Katholik telah mengadakan konsert di Sekolah Menengah Pay Fong.[11]

2018 Oktober, Pasukan Pancaragam SMJK Katholik telah menyertai Pertandingan Pancaragam yang berlangsung di Shenzhen, China.

2018 November, perpustakaan SMJK Katholik dinaiktaraf.

2019 Februari 1, perasmian Perpustakaan SMJK Katholik.[12]

2019 April 12, pelancaran 'Smart Classroom' seluruh sekolah.

Alamat Surat sunting

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik,
251, Jalan Gajah Berang,
75200 Melaka, Malaysia.

Kakitangan Sekolah sunting

Pengetua
Rev. Bro. Valentin 1.1.1958 - 31.12.1958
Rev. Bro. Francis Kerk 1.1.1959 - 31.8.1960
Rev. Bro. Albert Tien 1.1.1960 - 31.12.1965
Rev. Bro. Paul Auguste 1.1.1966 - 31.12.1966
Rev. Bro. Anthony Cheng T. C. 1.1.1967 - 17.7.1969
Rev. Bro. Paul Clet 18.7.1969 - 31.12.1970
Rev. Bro. Paul Lim 1.1.1971 - 30.6.1973
Rev. Bro. Joachim Heng 1.7.1973 - 31.12.1973
Rev. Bro. Paul Lim 1.1.1974 - 28.2.1974
Rev. Bro. Michael Lim 1.3.1974 - 31.12.1981
Rev. Bro. Anthony Cheng Y. C. 1.1.1982 - 31.12.1983
Rev. Bro. Thomas Chin 1.1.1984 - 31.12.1995
En. Song Kuan Kong 1.1.1996 - 15.1.1998
En. Tan See Boon 16.1.1998 - 4.6.2001
En. Ng Siew Hong 5.6.2001 - 4.5.2008
En. Lim Hiang Lam 16.10.2008 - 31.12.2020
En. Lai Swee Ho 1.3.2021 - sekarang


GPK Pentadbiran
Rev. Bro. Francis Kerk 1958
Rev. Bro. Albert Tian 1959 - 1960
Rev. Bro. Thaddieus Wong 1961 - 1964
Rev. Bro. Paul Chai 1965
En. Lim Koon Luck 1966
Rev. Bro. Marie Valentin 1967 - 1969
Rev. Bro. M. Roch 1970 - 1975
En. Soh Kong Eng 1976 - 1993
En. Choo Yan Tong 1994 - 1997
En. Goh Ah Nam 1998 - 2003
Pn. Tan Deh Hua 2004
En. Tan Bock Wah 2004 - 2008
En. Ho Beng Tat 2008 - 2011
En. Yong Kiang Yeow 2011- 2018
En. Peong Poh Boon 2018 - 2019
En. Lui Wan Swee 2019 - 2020
En. Tan Sze Chee 2020 - sekarang


GPK Hal Ehwal Murid
En. Mohtar Abdul Rahman 1988 - 1990
En. Seow Ah Ghee 1991 - 1994
En. Lim Hiang Lam 1994 - 2008
En. Sim Kim Tiah 2008 - 2011
En. Lui Wan Swee 2011 - 2019
En. Lai Swee Ho 2019 - 2021
Pn. Tang Poh Yap 2021 - 2023
En. Chong Nyong Soon 2023 - sekarang


GPK Kokurikulum
En. How Khye Hong 1991 - 2001
En. Lim An Soon 2001 - 2002
En. Tan Bock Wah 2003 - 2004
En. Azman bin MD. Ghauth 2004 - 2009
En. Bahari bin Harun 2009 - 2015
En. Amran bin Abu Bakar 2015 - 2019
En. Hazlani bin Abu Talib 2019 - sekarang

Rujukan sunting

  1. ^ "Senarai sekolah". MOE. Dicapai pada 2021-06-11.
  2. ^ "公教中学校友会明年庆母校建校60周年". e南洋 (dalam bahasa Cina). 2017-10-21. Dicapai pada 2021-06-11.
  3. ^ a b c 美芹, 姚 (2018-02-19). "【今日馬六甲頭條】增加生源‧方便載送 公教小學考慮收女生". 中国报 China Press (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2021-06-11.
  4. ^ a b c d e f "林兴南获赠31寸封装藤鞭.公中别开生面欢送校长". 星洲网 Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 2020-12-28. Dicapai pada 2021-06-11.
  5. ^ "公教中学管乐团抵台湾 · 多间高中管乐交流". Facebook (dalam bahasa Cina). 2012-12-12. Dicapai pada 2021-06-11.
  6. ^ "Newspaper clip, exchange between Wind Band of CHS Melaka and Taiwan high schools" (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2021-06-11.
  7. ^ "2013年7月7日(知音雅集音樂會)". Facebook (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2021-06-11.
  8. ^ "林兴南:塑造崇高品德优良校风.公中强调管乐教育". 星洲网 Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 2014-08-03. Dicapai pada 2021-06-11.
  9. ^ "20中学15小学.35校英教数理". 星洲网 Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 2016-09-28. Dicapai pada 2021-06-11.
  10. ^ "许春:新政府新气象.盼制度化拨款华校". 星洲网 Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 2018-05-26. Dicapai pada 2021-06-11.
  11. ^ 现场直播公教中学管乐音乐会 ‘三天三夜’ (dalam bahasa Cina), dicapai pada 2021-06-11
  12. ^ "公教中学获教部拨21万 图书馆设智能教室". 星洲网 Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 2019-02-01. Dicapai pada 2021-06-11.
  • 60周年校庆《忆起回家》纪念特刊 1958-2018 [Isu Khas Peringatan Ulang Tahun ke-60 "Mengenang Rumah" 1958-2018] (dalam bahasa Cina dan Bahasa Melayu). 2018. m/s. 20–23.
  • Pei Fen, Chong; Siew Chu, Lim; Azmi, bin Ishak; Noor Maslin, binti Borhan; Annamma, a/p Matthew; Lee Ching, Chong; Zhi Ming, Mah; Han Sheng, Yap, penyunting (2019). 烈焰(第二十五期) Semarak ke-25 2019 [Semarak 2019 (Edisi ke-25)] (dalam bahasa Cina dan Bahasa Melayu). m/s. 11–14.