Sekolah Menengah Kebangsaan Kayu Ara Pasong

Sekolah Menengah Kebangsaan Kayu Ara Pasong atau nama ringkasnya SMK Kayu Ara Pasong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di mukim Pulai Sebatang, Pontian, Johor Darul Takzim.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kayu Ara Pasong
Lokasi
Jln Kayu Ara Pasong, 82010 Pontian,  Johor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha Berilmu Beramal
Nombor sekolah07-6952080
Kod sekolahJEA6011
PengetuaSuriati Binti Sailin
Faks07-6952335


Sejarah sunting

Kampung Kayu Ara Pasong, Mukim Api-Api, terletak dalam kawasan Parlimen Pontian P144 dan kawasan DUN Pulai Sebatang N39, lebih kurang 15km dari Bandar Pontian ke Benut. Mukim Api-Api, Pontian, Johor, telah diterokai pada tahun 1911 oleh beberapa orang yang diketuai oleh Tn. Hj. Siraj Bin Abu Yamin. Nama kampung ini adalah mengambil sempena nama sebatang pokok kayu ara. Ia terdiri daripada 8 buah kampung berangkai seperti Jalan Parit Sulaiman, Jalan Parit Hj. Wahab, Jalan Kolam Air, Jalan Parit Hj. Siraj, Jalan Parit Kayu Ara Pasong, Jalan Lapis Satu Barat, Jalan Lapis Satu Timur, dan Jalan Parit Sikom dan Jalan Parit Lapis 1.

Sejarah penubuhan sekolah sunting

  • Jan 1988 - Sekolah ditubuhkan dengan menumpang di SMK Sri Perhentian
  • Jun 1989 - Berpindah ke bangunan sendiri
  • 1990 - Kumpulan pelajar pertama menduduki PMR
  • 1993 - Kelas tingkatan 4 diwujudkan.
  • 22 Mac 1993 - Sekolah dirasmikan oleh YAB En Abdul Ghafar Baba, Timbalan Perdana Menteri.
  • 1994 - Kumpulan pelajar pertama menduduki SPM
  • 1997 - Pembinaan surau sekolah
  • 1999 - Kelas tingkatan 4 sains tulen diwujudkan.
  • 2000 - Melaksanakan program literasi komputer dengan menerima 20 unit komputer sumbangan Yayasan Iskandar Johor.
  • 2001 - Pembinaan laluan pejalan kaki berbumbung dari pintu pagar ke kantin hasil usaha YB Haji Malik Ibrahim wakil rakyat Pulai Sebatang.
  • 2001 - Baik pulih dan penyelenggaraan menyeluruh bangunan sekolah.
  • 4 Okt 2001 - Lawatan kerja rombongan  Menteri Besar Johor yang diwakili oleh Tn Hj Ahmad Zahir Jamil, Exco Pendidikan Negeri Johor.
  • Sept 2001 - Pemeriksaan menyeluruh Jemaah Nazir Johor mengenai SMKKAP.
  • Jan 2002 - Persekolahan dua sesi dilaksanakan.
  • Jan 2003 - Baik pulih tempat letak motorsikal pelajar sumbangan YB Ong Ka Ting, Ahli Parlimen Pontian.
  • Mac 2003 - Baik pulih surau sekolah sumbangan YB En Adam Abdul Hamid, Exco Jabatan Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor.
  • Mei 2003 - Menerima sumbangan 1 unit komputer sempena program Kembara Mahkota Johor.
  • Ogos 2003 - Dua buah blok tambahan siap diduduki.
  • Dis 2003 - Bilik Pengetua dan pejabat berpindah ke bilik guru lama
  • Jan 2004 - Persekolahan satu sesi dilaksanakan.
  • 5 Jan 2004 - Permulaan mata pelajaran MPV Grafik Berkomputer
  • 12 Dis 2006 - Gelanggang serbaguna telah siap hasil sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Johor.

Senarai pengetua sunting

HJ MD ALI BIN ABDULLAH MULAI 8 JAN 2019

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kayu Ara Pasong
Jln Kayu Ara Pasong,
82010 Pontian
Johor,   Malaysia
Telefon = 07-6952080
Fax = 07-6952335

== Pautan luar ==