Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil atau nama ringkasnya SMK Kuala Ketil, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Batu Pekaka.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil
Lokasi
Batu Pekaka, 09300 Kuala Ketil, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSMK Kuala Ketil sebagai Pusat Pencapaian Kemajuan dan Pembentukan Akauntabiliti Pelajar
Ditubuhkan10 Januari 1965
Nombor sekolah6044434251
Kod sekolahKEE0038
Faks6044430589


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil memiliki 651 pelajar lelaki dan 596 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1247 orang. Ia mempunyai seramai 101 orang guru.2009

Sejarah sunting

SMK Kuala Ketil adalah sebuah sekolah gred A dan dikategorikan sekolah luar Bandar. Ditubuhkan pada 10 Januari 1965 dengan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Batu Pekaka, Kuala Ketil. Ia dibina di atas tanah seluas 9.5 ekar di mana, sejarah asalnya tapak sekolah merupakan tapak landasan kapalterbang di zaman tentera Jepun dahulu. Penggal persekolahan pertamanya bermula pada 10 Januari 1965 dengan 297 orang pelajar dan 17 orang guru. SMK Kuala Ketil telah dirasmikan oleh YB Tun Hj. Abdul Razak b. Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran pada ketika itu pada 26 Januari 1968.

Berasal daripada 2 blok bangungan 2 tingkat yang dibina pada tahun 1966,kini SMK Kuala Ketil yang terletak di Batu Pekaka Kuala Ketil telah mempunyai 9 blok bangunan bilik darjah, 6 makmal sains, 2 makmal pendidikan seni, 1 bangunan makmal komputer, Pusat Akses Sekolah dan 2 makmal ERT. Bilangan pelajar di sekolah ini telah mencecah 1248 orang berserta 109 orang guru dan 10 staf sokongan. Sesi persekolahan hanyalah pada waktu pagi.

Pencapaian sunting

Sekolah ini telah berjaya memenangi pertandingan bola tampar 6-3 melawan sekolah kebangsaan kuala merah

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Ketil
Batu Pekaka
09300, Kuala Ketil
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044434251
Fax = 6044430589

Pautan luar sunting