Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sibu

Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist atau nama ringkasnya SMK Methodist, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg,Sibu.

Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist
Lokasi
Jalan Tun Abang Haji Openg,Sibu, 96000, Sibu,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSeek, Find and Serve
Nombor sekolah6084330414
Kod sekolahYFB3101
Faks6084333421


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist memiliki 1208 pelajar lelaki dan 1211 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2419 orang. Ia mempunyai seramai 159 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sejarah SMK Methodist Sibu boleh dilihat seawal 1903,apabila Reverend James Hoover,seorang Paderi Methodist dari Amerika Syarikat membuka 'Anglo-Chinese School' untuk pelajar lelaki di Sungai Merah,Sibu.

Pada 1905,lokasi Sekolah tersebut telah berpindah ke Bandar Sibu,dan pada 1913,ianya dinamakan Yiik Ing Girls' School,dimana pelajar perempuan ditawarkan pendidikan rendah Cina,manakala Sekolah Pertanian di Bukit Lan digunakan oleh pelajar lelaki.

1925 menyaksikan permulaan kelas aliran Bahasa Inggeris,namun begitu ianya ditutup buat sementara waktu sehingga ianya diperkenalkan semula pada 1940.Pada 1941,Puan J.B. Chong dan Reverend Gerald Summers mewujudkan Anglo-Chinese School for Boys di Jalan Pulau (kemudian dinamakan SK Methodist)dengan jumlah pelajar 98 orang.

Perang Dunia Ke-2 menyaksikan penutupan sekolah atas arahan Pihak Berkuasa Tentera Jepun dari 1942 hingga 1945. Pada 1946,cadangan untuk mewujudkan Sekolah Menengah Methodist oleh Rev.Ling Kai Cheng telah diterima oleh Methodist Church Council.1947 menyaksikan pembukaan semula Anglo-Chinese School for Boys oleh Rev.E.O. McGraw,dan Yiik Ing Girls School telah ditukar namanya kepada Methodist Primary and Secondary School (SK & SMK Methodist),dan mula menerima kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan.Tapak SMK Methodist telah diperolehi melalui usaha Rev.Ling Kai Cheng.Pada 1948,Jabatan Pendidikan Sarawak meluluskan pembinaan SMK Methodist sebagaimana yang telah dirancang.

1949 menandakan permulaan bersejarah SMK Methodist (atau dikenali sebagai Methodist Secondary School),dengan Majlis pembukaan rasmi pada 19 Januari 1949,di Gereja Methodist Masland,Jalan Pulau.35 orang pelajar pertama memulakan pembelajaran mereka di Bangunan Memorial Hoover,dengan Rev.Ling Wen Tsung selaku Pengetua pertama.

Pencapaian sunting

Pada tahun 2016, seorang bekas pelajar SMK Methodist Sibu, Cik Courtney Tang, yang telah memperoleh 10A+ dalam SPM 2015, telah dianugerahkan biasiswa berprestij Kijang Emas tajaan Bank Negara Malaysia, yang membolehkannya melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang yang diminatinya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Sibu agak terkenal dalam komuniti negeri Sarawak kerana telah melahirkan ramai pelajar-pelajar A penuh dan A+ penuh untuk semua subjek.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist
Jalan Tun Abang Haji Openg,Sibu
96000, Sibu
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6084330414
Fax = 6084333421

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting