Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1)


Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1) adalah sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Presint 5, Putrajaya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1)
Lokasi
Jalan P5A/5, Presint 5,, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan
MotoBerilmu, Beramal, Bertakwa
Nombor sekolah0122319559
Kod sekolahWEA2010
Pengerusi PIBGYDP Dr Ahmad Kamarul Bin Juperi
PengetuaPuan Thalsiah
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Salleha Salleh
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Roslan Hassan
Penolong Kanan KokurikulumPuan Sartini
Laman sesawang

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1) siap dibina pada tahun 2012. Sekolah ini mula beroperasi pada 02 Januari 2013 di bawah kepimpinan Puan Um Taksiah binti Ismail yang merupakan Pengetua yang pertama. Barisan pentadbir adalah yang baharu dilantik dan menimba pengalaman untuk mengurus sebuah organisasi. Memulakan sesi persekolahan dengan lapan orang guru dan empat puluh orang murid yang berdaftar pada awal pembukaannya pada 2013 dengan ambilan murid tingkatan satu dan dua sahaja. Selepas sebulan beroperasi JPWPP menambah seorang guru kaunseling, seorang pembantu makmal dan pembantu pejabat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1) terdiri dari empat blok yang dinamakan sebagai Blok A, B, C dan D, mengikut yang dicatatkan di dalam pelan sekolah. Blok A adalah Blok Pentadbiran, Bilik Darjah, Bilik-bilik Khas dan dilengkapi dengan kemudahan tandas serta Bilik Persalinan. Blok B adalah Bilik-Bilik Khas dan Makmal-makmal, termasuk Surau Sekolah, di tengah-tengahnya adalah Gelanggang Sepak Takraw. Blok C adalah Dewan Sekolah dan Blok D adalah Kantin Sekolah. Blok C dan D bercantum dengan Dewan Sekolah sebelah atas dan Kantin di bawahnya. Mempunyai padang serba guna yang berkongsi dengan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1)

Pada 1 Disember 2014 kepimpinan Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1) diterajui oleh  Tuan Mohd Zarrawi Ravi bin Abdullah. Beliau merupakan satu-satunya pengetua lelaki yang pernah berkhidmat di sekolah ini.

Bermula tahun 2016 sehingga sekarang, kepimpinan sekolah tampuk kepimpinan diterajui oleh Puan Helena binti Osman.Barisan pentadbir ini dibantu pula  guru-guru yang berdedikasi dan bersemangat tinggi untuk mendidik anak bangsa bagi mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 5(1)juga telah diberi penghargaan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menjadikan sekolah ini sebagai satu-satunya Pusat Tingkatan Enam bagi Putrajaya, di bawah Kategori C MOD 3.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

SMK Putrajaya Presint 5(1)
Jalan P5A/5, Presint 5,
62000 WP PUTRAJAYA
Telefon : +603-8861 0132
Faks : +603-8861 0630
Email: p.skpp51@gmail.com