Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Teja

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Teja atau nama ringkasnya SMK Seri Teja, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Bt 1 Jln Kota Bharu.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Teja
Lokasi
Bt 1 Jln Kota Bharu, 31600, Gopeng,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6053591264
Kod sekolahAEA2303
Faks6053595845


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Teja memiliki 515 pelajar lelaki dan 488 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1003 orang. Ia mempunyai seramai 77 orang guru.2009

Sejarah sunting

Asalnya SMK Seri Teja dikenali sebagai SM Lawan Kuda. Sekolah ini dengan rasminya telah bertukar nama kepada yang baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Teja pada 20 Februari 1980 dan telah dirasmikan dalam upacara yang gilang-gemilang oleh YAB Menteri Besar Perak, Hj Wan Mohamed b Hj Wan Teh SPCM,PJK,JP.

SMK Seri Teja terletak di Batu 1, Jalan Kota Bharu, 31600 Gopeng, Perak; lebih kurang 25 KM dari bandar Ipoh. Keluasan kawasan sekolah ialah kira-kira 10 ekar. Pada awalnya sekolah ini hanya terdiri daripada 4 blok iaitu blok A, B, blok Kemahiran Hidup dan kantin. Pada tahun 1979 sebuah bangunan tambahan iaitu blok C telah dibina. Pada tahun ini juga peperiksaan SRP dan SPM pertama kali diadakan di sekolah ini.

Untuk menampung pertambahan bilangan pelajar yang semakin meningkat, blok tambahan iaitu Blok D mula dibina pada tahun 1997 dan siap digunakan pada tahun 1998. Pada tahun 2002 sekolah ini menyambut ulangtahun ke-25 dan Perayaan Jubli Perak telah diadakan.

Info Sekolah sunting

 

Warna

HIJAU  : Mencerminkan ketenangan dan kedamaian

KUNING  : Mencerminkan kedaulatan Negara


Lambang

BINTANG : Simbol 4 bintang melambangkan pendidikan pembentukan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

BULAN  : Melambangkan kehidupan yang menjadi agama sesorang

PADI  : Mencerminkan akhlak mulia dan tidak sombong

BUKU  : Menggambarkan ilmu sebagai penerang kehidupan

OBOR  : Melambangkan semangat kesukanan

HARIMAU : Menggambarkan keberanian menempuh pelbagai dugaan


VISI SEKOLAH

SMKST PEMANGKIN MODAL INSAN BERKUALITI MENJELANG 2015.


MISI SEKOLAH

Berusaha menbentuk kemenjadian murid secara holistik melalui penggembelengan semua sumber dengan cekap bagi menangani pelbagai cabaran dengan;

Membudayakan sistem pengurusan dan kepimpinan instruksional yang cekap, efektif, telus dan tulus. Memupukkan keperibadian pelajar melalui penghayatan Rukun Negara. Meningkatkan pencapaian akademik pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan. Membentukkan sahsiah cemerlang dan cergas melalui program pembangunan sukan dan kokurikulum secara berterusan. Memantapkan LINUS dalam kalangan warga sekolah untuk penambahbaikan pengurusan, dan latihan. Membelanjakan wang secara berhemat untuk mencapai impak program yang dilaksanakan. Menggunakan kecanggihan prasarana dan fizikal sekolah yang kondusif untuk memacu peningkatan kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Menjalinkan hubungan erat antara ibu bapa, masyarakat setempat, dan pihak luar melalui pelbagai aktiviti


MATLAMAT SEKOLAH

Melahirkan warga SMKST yang DINAMIK berlandaskan Falfasah Pendidikan Kebangsaan iaitu:

D – Displin diri yang tinggi dan boleh dicontohi

I – IQ dan EQ diseimbangkan semasa bertindak

N – Nekad, berani dan tabah menghadapi berbagai-bagai cabaran

A – Aktif dalam bidang kurikulum dan kokurikulum

M – Menghormati warga sekolah, ibu bapa, dan pemimpin

I – Insan yang beriman dan bertakwa

K – Kerjasama memburu kejayaan dan kecemerlangan


MOTTO SEKOLAH

ILMU SULUH KEMAJUAN

Senarai Pengetua sunting

Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Abdul Rahim B. Abdul Hakim yang bertugas sehingga Disember 1979. Pengetua berikutnya ialah En. N.S. Selvamany dari Januari– Februari 1981, En. Azmi B. Surip dari Februari 1981-Mac 1983, Tuan Hj. Yusop B. Sam dari Mac 1983-Disember 1989, En. Yaacob B. Abd. Hamid mulai Januari 1990-Januari 1993, Tuan Hj. Zambri B. Hj. Mohd. Noor dari Februari 1993-Mac 1994, Tuan Hj. Zainal Abidin B. Mohd. Noor dari Februari 1995-Oktober 1995, Puan Hajah Maymon Bt. Hj. Arif mulai November 1995-Februari 1997, En. Suppiah A/L Ramasamy mulai Mac 1997-Mac 1999, Tuan Hj. Sallih B. Hj. Hassan mulai Mac 1999-Mac 2003, En. Abu Makhfud B. Hj. Abdullah dari Disember 2003-September 2004, Cik Rusnani Bt. Sharuddin pada Januari 2006– Ogos 2007 ,Pn Norani Bt. Ibrahim pada September 2007 - 2013, Pn Hjh Jamaliah bt Ibrahim pada 2013- Disember 2015, Tn. Hj Idris bin Ngah Mat Ariffin pada Januari 2016 sehingga 2021, Pn Khairulaniza binti Khairuddin Okt 2021sehingga sekarang.

Pencapaian sunting

 

“Kejohanan sukan SMK Seri Teja kali ke-33 luar biasa” itulah tajuk yang terpapar di dada akhbar Sinar Harian bertarikh 8 Mac 2010. Rasa terbayar segala penat lelah sepanjang menjayakan majis berkenaan melihat hasil yang memuaskan.

Tahniah kepada semua warga SMK Seri Teja yang telah menjayakan program berkenaan yang telah dilangsungkan pada 4 Mac 2010. Tahniah juga kepada semua pelajar yang telah berjaya memenangi acara masing-masing dan telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Berikut adalah beberapa keputusan utama kejohanan Olahraga SMK seri teja kali ke-33.

Johan keseluruhan = Rumah Merah (747 markah)

Naib Johan = Rumah Kuning (736 markah)

Tempat ke-3 = Rumah Hijau (677 markah)

Tempat ke-4 = Rumah Biru (653 markah)

Olahragawan kelas 1 : Mohd Ezwan (Rumah Kuning)

Olahragawati kelas 1 : Shenacharan Kaur A/P Chanchel Singh (Rumah Hijau)

Olahragawan kelas 2 : Mohd Amar Qushairi (Rumah Hijau)

Olahragawati kelas 2: Norani Noorsam (Rumah Merah)

Olahragawan kelas 3: Suresh (Rumah Biru)

Olahragawati kelas 3: Sandya A/P Selvam (Hijau

Kurikulum sunting

BIDANG KURIKULUM

1. JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Pengerusi : Pengetua

Tim. Pengerusi : Pen. Kanan Pentadbiran, Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Bidang

Setiausaha : Pn. Roslina Binti Shahrul

Pen. Setiausaha : Cik Azlinah Binti Bidin

AJK : Ketua Panitia, Guru Media/Penyelaras Pusat Sumber, Setiausaha Peperiksaan, Semua Guru Bimbingan Kaunseling, Semua Penyelaras Ting,Guru Penyelaras Jadual Waktu, Setiausaha Kecemerlangan Akademik, Setiausaha Perkembagan Staf,Setiausaha PPSMI, Guru Penyelaras ICT dan Setiausaha Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)

2. BIDANG BAHASA (KETUA BIDANG : PN. KHAIRUL ANIZA BT KHAIRUDDIN)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Ketua Panitia : Cik Mahanum Bt. Abd Karim

Pen. Ketua Panitia : Pn. Noraini Bt. Idris

Mata Pelajaran : Bahasa Inggeris

Ketua Panitia : Cik Premila Verma a/p Khaptan Lal

Pen. Ketua Panitia : En. Noorhasmissham Bin Baharom

Mata Pelajaran : Bahasa Cina

Ketua Panitia : Cik Chong Lai Yean

Pen. Ketua Panitia : Pn. Yap Beng Hui

Mata Pelajaran : Bahasa Tamil

Ketua Panitia : En. PErthisvararaj a/l Raj

Pen. Ketua Panitia : En. Deva Kumaran

3. BIDANG SAINS (KETUA BIDANG : EN. SAIFUL AZMAN BIN MAZLAN)

Mata Pelajaran : Sains

Ketua Panitia : Cik Nurhidayah Bt Anjang Hashim

Pen. Ketua Panitia : Cik Norhasnida Bt Harman

Mata Pelajaran : Matematik

Ketua Panitia : Cik Shamzalina Bt. Azahar

Pen. Ketua Panitia : En. Ab Karim Bin Ali

Mata Pelajaran : Matematik Tambahan

Ketua Panitia : Pn. IIIyana Bt. Bustanuddin

Mata Pelajaran : Fizik

Ketua Panita : En. Ahmad Ridwan Bin Mamat

Mata Pelajaran : Kimia

Ketua Panitia : Cik Nurul Syuhadah Bt. Bustanuddin

Mata Pelajaran : Biologi

Ketua Panitia : En. Syafrul Nizam Bin Zainuddin

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Teja
Bt 1 Jln Kota Bharu
31600, Gopeng
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6053591264
Fax = 6053595845

Pautan luar sunting