Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok atau nama ringkasnya 'SMK Telok Datok' merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) yang terletak di Jalan Sultan Abdul Samad.

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok
Lokasi
Jalan Abdul Samad, BANTING, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah331871303
Kod sekolahBEA1066
Faks331871303
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok mempunyai seramai 460 pelajar lelaki dan 525 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 985 orang. Ia mempunyai seramai 111 orang guru.2009

Sejarah sunting

SMK Telok Datok ditubuhkan pada tahun 1959 di Bandar Banting dengan nama ‘Darjah Menengah Melayu Banting . Pada tahun 1963, sekolah ini bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok. Sekolah ini dirasmikan pembukaannya pada 6 Disember 1963 oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu iaitu Yang Berhormat Kapten Haji Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan.

Sekolah ini ditubuhkan bertujuan untuk menampung keperluan pelajar-pelajar beraliran Melayu kerana pada masa itu hanya ada sebuah sekolah beraliran Inggeris (MES) dan sebuah sekolah aliran perdagangan yang kemudiannya dikenali sebagai SMK Sungai Manggis. Daerah Kuala Langat mempunyai ramai penduduk daripada kaum bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar. Kebanyakan mereka yang bekerja sebagai petani dan tidak mampu menghantar anak-anak mereka bersekolah di sekolah aliran Inggeris yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

•Pada asalnya, sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Umum Banting(PPD sekarang)Kemudian, berpindah dan menumpang di bangunan Sekolah Rendah Chung Hwa,Banting. Pada tahun 1963, sekolah ini berpindah ke bangunan sekarang di Telok Datok.

Lokasi sunting

Jika dilihat dari segi lokasi, sekolah ini memiliki lokasi yang sangat strategik kerana terletak bersebelahan jalan raya utama Banting. Lokasi ini mudah dihubungi kerana merupakan laluan utama bas dan teksi. Kemudahan infrastruktur seperti jejantas juga telah disediakan bagi keselamatan para pelajar melintas jalan sewaktu pergi dan balik daripada sekolah.


Sekolah ini asalnya terdiri daripada 3 blok bangunan tetapi kini telah bertambah menjadi 6 blok , A, B, C, D, E dan F. Selain itu terdapat 2 blok bangunan yang dijadikan asrama puteri dan putera, sebuah dewan makan, sebuah dewan sekolah , sebuah kantin,sebuah rumah kediaman pengetua, sebuah bengkel kemahiran hidup,sebuah surau baru dan enam buah rumah sederet untuk pekerja am sekolah (dijadikan stor peralatan kerusi meja yang rosak)*


‘Primiere School’ di daerah Kuala Langat ini dipilih sebagai perintis program Sekolah Bestari bersama-sama 90 buah sekolah lain yang terdiri daripada 38 buah SBP,38 buah sekolah menengah harian,5 buah SMKA,3 buah sekolah di Putrajaya dan 6 buah sekolah baru di bawah Program Penswastaan.


Berdasarkan Rancangan Malaysia Kesembilan,(RMK9) sekolah telah mendapat bangunan baru sebagai menggantikan semula bangunan setingkat menempatkan Bilik-Bilik Khas Kemahiran Hidup serta makmal sains serta bilik guru baru yang lebih sistematik. Pusat Sumber yang lebih selesa dan interaktif turut disediakan di aras tiga sebagai memenuhi hasrat warga SMKTD yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.

Bangunan tambahan yang dimulakan pembinaan pada 16 Disember 2009 dijangkakan boleh digunakan sepenuhnya menjelang pertengahan tahun 2010 selepas selesai segala urusan pemeriksaan keselamatan dan sijil layak menduduki bangunan (CF).

Ujian keselamatan dan kelulusan bomba telah diadakan pada awal bulan Mei yang lalu untuk menentukan tahap keselamatan banagunan baru ini. Selain itu beberapa buah kabin telah dijadikan bilik darjah untuk menampung kekurangan kelas bagi para pelajar tingkatan 6 atas.

Lagu sunting

Sekolah sunting

Ilmu pelajaran dituntut

Tugas pelajar dan penuntut

Di laut, di darat, di udara,

Sinar ilmu bercahaya

Taat setia,rajin dan usaha

Waspada sabar asas jaya

Sikap jujur,ikhlas dan berjasa

Alat pembangunan Negara

Putera puteri nan jaya sakti

Semat ilmu isi di dada

Bela ibu pertiwi

Bekal perwira berjasa

Dengan lambang warna pilihan

Megah berdiri berkibaran

Gambaran suci kemenangan

Pelajaran suluh penghidupan.

Lirik oleh : Encik Kadri bin Demo

Sekolah Bestari sunting

JIWA DAN MINDA

Bermula disini

Hadapi cabaran dunia

Sehati sekata

Untuk jadi insan berjaya

Suasana harmoni

Menghormati menyayangi

Menggapai cinta bintang kejora

Demi masa hadapan

Amal nilai murni

Dengan cara tersendiri

Didik jiwa minda

Berteraskan ICT

Sekolah Bestari

Namamu sentiasa di hati

Keranamu Malaysia

Sebangsa, bersama kita kecapi

Malaysia Negara Jaya..

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok
Jalan Abdul Samad
Selangor,   Malaysia
Telefon = 331871303
Fax = 331871303

Pautan luar sunting