Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin atau nama ringkasnya SMK Tunku Besar Burhanuddin, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Kelab Golf Diraja Seri Menanti.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6064979005 |
Kod sekolah | NEE1086[1] |
Faks | 6064970418 |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google | |
![]() |
Pada 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 454 orang. Ia mempunyai seramai 49 orang guru.Januari 2018[1]
SEJARAH
suntingSMK Tunku Besar Burhanuddin,Seri Menanti telah dibuka pada 11 Jnuari 1956 dan dikenali dengan nama SMK Seri Menanti. Pada 1976 sekolah ini telah dirasmikan oleh Paduka Seri Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,Tuanku Jaafar Al-Haj Ibn Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman.
Namam sekolah ini telah ditukar kepada SMK Tunku Besar Burhanuddin mengambil semperna nama salah seorang kerabat Diraja Negeri Sembilan yang juga ayahanda mertua ke Bwah Duli Almarhum Tuanku.
SMK Tunku Besar Burhanuddin merupakan sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan.Sekolah ini terletak di Pekan Diraja Seri Menenti iaitu 16km dari Pekan Kuala Pilah dan 40km dari Bandar Seremban.
MAKSUD LOGO
suntingPadi - Hasil ekonomi utama kawasan Seri Menanti suatu ketika dahulu yang terkenal dengan hasil padi.
Obor - Lambang Sukan
Jalinan 5 Bulatan - Ketaatan dan kesetiaan kepada 5 prinsip Rukun Negara
Merah - Warna merah bendera Negeri Sembilan, lambang keberanian.
Kuning - Lambang Di Raja. Ini kerana sekolah ini terletak berdekatan dengan Istana Seri Menanti.
Biru - Lambang Perpaduan.
VISI
suntingPendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
sunting
Melestarikan Sistem Pendidikan Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
MOTO
suntingPelajaran Membentuk Kehidupan
SLOGAN
suntingSMKTBB Namamu Di Atas!
ALAMAT
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin
- Jalan Kelab Golf Diraja Seri Menanti
- 71550, Seri Menanti
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 6064979005
- Fax = 6064970418
Rujukan
sunting- ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018