Sekolah Menengah Sains Banting

sekolah Berasrama Penuh


Sekolah Menengah Sains Banting atau juga dikenali sebagai BASIS (Banting Science School) merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terlatak di Jugra iaitu 6 km dari Bandar Banting. Sekolah Menengah Sains Banting dibina di atas tanah berkeluasan 24.35 ekar persegi di Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra dengan kos pembinaan berjumlah RM 54 juta. Sekolah Menengah Sains Banting merupakan satu-satunya SBP di daerah Kuala Langat.

Sekolah Menengah Sains Banting
Alamat
Sekolah Menengah Sains Banting, Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra
Banting, 42700, Selangor Darul Ehsan
 Malaysia
Maklumat
Nama lainBASIS
Jenis sekolahSekolah Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh
MotoBerilmu, Beramal, Berbakti (Knowledgeable, Charitable, Dedicated)
Autoriti pendidikanKuala Langat
Nombor sekolah0331201597
Kod sekolahBEA1074
Pengerusi PIBGTn Haji Nasirus Sofwan bin Md. Yusof
PengetuaEn Yusanizan bin Shafie
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Perancis.
SloganInspiring Excellence, Leading Others (Menginspirasikan Kecemerlangan, Memimpin Orang Lain)
AlumniBASIS Old Student Society (BOSS)
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Hasniza bt Marsidi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Mohd Zaki bin Othman
Penolong Kanan KokurikulumPn Suhaila binti Sualman
Faks0331201623
Laman sesawang
Map

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Sains Banting dirasmikan pada 17 November 2011. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya 22 Januari 2012. Tuan Haji Muhamad Kamaludin bin Taib merupakan pengetua pertama Sekolah Menengah Sains Banting. Pada masa itu, sekolah hanya mempunyai dua tingkatan. Menjelang 31 Januari 2012, sekolah ini telah menerima kira-kira 200 pelajar baru Tingkatan 4 (2012). Sekolah Menengah Sains Banting memulakan tahun pertamanya dengan tiga tingkatan iaitu Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat. Di bawah pengurusan Tuan Haji Kamaludin bin Taib, bekas pengetua Sekolah Sultan Alam Shah dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, nama sekolah ini telah mula meningkat seiring dengan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum dan akademik serta pencapaian yang cemerlang dalam peringkat daerah Kuala Langat dan peringkat SBP. Pada tahun 2012, sekolah ini menggunakan moto "From Zero to Hero". Pada tahun 2014, keputusan SPM yang pertama sekolah ini diumumkan. Batch Xenith 1213 telah berjaya membawa nama BASIS ke tempat ke-22 daripada 68 SBP. Pada tahun 2015, batch Khattab 1314 telah meletakkan BASIS di tempat ke-13 daripada 68 SBP sekali gus menjadi antara 20 sekolah terbaik untuk SPM 2014 di Malaysia.

Pengenalan sunting

Sekolah Menengah Sains Banting terletak 6 km daripada pekan Banting. Sekolah ini dibina berhampiran dengan institusi pendidikan lain seperti Kolej Komuniti Kuala Langat, Kolej Matrikulasi Selangor, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat dan MITS Istana Bandar. Sekolah Menengah Sains Banting mempunyai sebuah dewan serbaguna (Dewan Perdana Al-Khawarizmi), dua buah blok akademik, dua buah blok asrama (satu blok asrama putera, satu blok asrama puteri), kuarters guru dan staf, sebuah surau (Surau Al-Fateh), sebuah dewan makan dan sebuah kantin. Fasiliti dan kemudahan sukan termasuk padang bola sepak, padang ragbi, padang hoki, 2 gelanggang bola keranjang, 2 gelanggang tenis, 2 gelanggang sepak takraw, 2 gelanggang bola tampar, 3 gelanggang badminton di dalam dewan dan sebuah astaka. Beberapa pengubahsuaian telah dilakukan di Surau Al-Fateh untuk menampung jumlah pelajar yang lebih ramai.

Pentadbiran Sekolah sunting

JAWATAN NAMA GURU
Pengetua EN YUSANIZAN BIN SHAFIE
GPK Pentadbiran PN HAJAH HASNIZA BINTI MARSIDI
GPK HEM EN MOHD ZAKI BIN OTHMAN
GPK KOKU PN SUHAILA BINTI SUALMAN
GKMP Bahasa EN MOHD FAUZI BIN MAULAN
GKMP Sains dan Matematik PN HAJAH HILEZAN BINTI ZAINAL
GKMP Kemanusiaan PN JOANA SUHADA BINTI KAMARUDIN
GKMP Teknik dan Vokasional TN HJ ZEFRY HANIF BIN BURHAM@BORHAN


Sistem rumah sunting

Seperti SBP lain, Sekolah Menengah Sains Banting juga mengamalkan sistem rumah dalam setiap aspek kehidupan pelajar sekolah. Sistem rumah dapat mendidik dan membangunkan individu yang cemerlang dan berjaya. Nama rumah sukan diambil daripada nama unsur-unsur kimia. Semua pelajar dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan iaitu :

  • [🟩] PLUTONIUM ( HIJAU )
  • [🟥] RADIUM ( MERAH )
  • [🟨] TITANIUM ( KUNING )
  • [🟦] URANIUM ( BIRU )

Senarai Pengetua sunting

BIL NAMA TEMPOH BERKHIDMAT
1 Tuan Haji Kamaludin bin Taib 2011 - 2017
2 Puan Norsham binti Noordin 2017 - 2020
3 Encik Rijaludin bin Che Mat 2021 - Januari 2022
4 Encik Yusanizan bin Shafie Oktober 2022 - kini

Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) 2024/2025 sunting

- Majlis Tertinggi

KETUA PELAJAR I : MUHAMMAD ZAHIRUL ZAHID BIN MOHD ZALI ZAM

KETUA PELAJAR II : NURUL BAZLA NABILA BINTI MOHD ROSDI

- Badan Pengawas

KETUA PENGAWAS I : AIMAN BIN AHMAD KAMIRI

KETUA PENGAWAS II : NURSAILA NASUHA BINTI MOHD KHAIROSALLEH

SETIAUSAHA : WAN EMIL ZACHARY BIN WAN ZAMZURI

BENDAHARI : MUHAMMAD IRFAN DANIEL BIN IRWAN

- Librarian Squad (LS)

PRESIDEN : MUHAMMAD ZULHILMI BIN SANAIDI

NAIB PRESIDEN : HANI SOPHEA BINTI JAHARI

SETIAUSAHA : SASYA QASRINA BINTI SYUHAIMI

BENDAHARI : KHAIRUNNISA AISYAH BINTI KAMARUDIN

- Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

KETUA PRS I : KHAIRYEL IAN ASHRAFF BIN KHAIRUL HAKIMIN

KETUA PRS II : FATIMAH AZ-ZAHRAH BINTI SAMSUDDIN

SETIAUSAHA : ELISSA SOFIA BINTI LUVIS

BENDAHARI : NUR FARISHA NAJWA BINTI HAMDAN

- Badan Dakwah dan Tarbiah (BADAR)

KETUA BADAR I : MUHAMMAD MIQDAD BIN MOHD ZAMIR

KETUA BADAR II : NUR SHAKILA NATASHA BINTI ZULKIFLI

SETIAUSAHA : ZAIRUL IKHWAN BIN MD YAZID

BENDAHARI : MUHAMMAD AMIERUL BIN MOKHAMAD THANAWI

- Exco Tertinggi Asrama (EXTIRA)

KETUA ASRAMA I : MOHAMAD NAJMAN AFIQ BIN ZUHARIMI

KETUA ASRAMA II : AZWIN SHARMINE BINTI ROSLAN

SETIAUSAHA : NURUL BATRISYIA BINTI MOHD KHAIRUL RIZA

BENDAHARI : NURAIN NAJWA BINTI ZOLKIFLY

- Sistem Rumah

URANIUM (BIRU)

KETUA RUMAH : MUHAMMAD SYIRAZI HAFIY BIN ZAKARIA

TIMBALAN KETUA RUMAH : NIK MAIRA MYHANI BIN NIK SAMIRI

RADIUM (MERAH)

KETUA RUMAH : MUHAMAD ADIB BIN AZIZI

TIMBALAN KETUA RUMAH : NUR BATRISYIA FARHANA BINTI NORFATHI

PLUTONIUM (HIJAU)

KETUA RUMAH : NIK ALIF ZAKWAN BIN NIK ROSLAN

TIMBALAN KETUA RUMAH : NURAIN QISTINA BINTI AHMAD RAZMAN

TITANIUM (KUNING)

KETUA RUMAH : MUHAMMAD ZAHIRUL IMAN BIN MOHD ZUHDIE

TIMBALAN KETUA RUMAH : HUDA NAJIHAH BINTI HASNAL SHAM