Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 5

sekolah di Kota Damansara

Nama Sekolah

Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 5
Lokasi
Jalan Sepah Puteri 5/21, Kota Damansara, Petaling,  Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah rendah agama, Sekolah swasta
Sesi2 SESI PERSEKOLAHAN (PAGI & PETANG)

- Pagi : 7.30 - 10.45

- Petang : 2.30 - 5.35
Nombor sekolah03-61437651 (Pejabat 1) 011-72338209 (Pejabat 2)
Kod sekolah
  • Kod Sekolah Jakim: BYP8024
  • Kod Sekolah Negeri: BYP8024
Pengerusi PIBG1. S Ardi bin Hanadi (2016 - 2023) 2. Muhammad Nazreen Bin Zainudin (2023 - 2025)
Guru besar1. Maziah bt. Alias (2016 - 2017) [ meninggal ]

2. Abd Wahab bin Mat Saat (2018 - 2022) [ pencen ]

3. Hanip bin Wasiman (2022 - sekarang)
Tenaga pengajar33 orang guru (lelaki & perempuan)
JantinaLelaki & Perempuan
Jumlah penuntuthampir 1000 orang murid
Kelaslebih kurang 31 buah kelas
GPK Pentadbiran dan Akademik1. Norsilawati bt. Hairan (2016 - 2022) [ berpindah ] 2. Azizan bt. Mohni (2022 - sekarang)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid1. Azizan bt. Mohni (2016 - 2022) [ dulu ] 2. Rasiffah bt. Ramlan (2023 - sekarang)
Penolong Kanan KokurikulumAsrof bin Sapie (Penyelia pagi)

Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 5 atau SRAKD5 merupakan sekolah rendah agama negeri (SRAN) yang terletak di Kota Damansara, Petaling, Selangor.


Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 5 (SRAKD5) merupakan sebuah institusi pendidikan rendah yang berdaftar di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sekolah ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 2016 dan menerima murid dari darjah 1 hingga 6.


Kedudukannya adalah terletak bersebelahan dengan Masjid Kota Damansara yang juga lebih dikenali sebagai Masjid Kuning. Kedudukan sekolah ini adalah sangat strategik kerana bersebelahan dengan masjid yang menjadi pusat aktiviti keagamaan dan kebudayaan di kawasan tersebut.


SRAKD5 juga mempunyai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk membantu memajukan pendidikan di sekolah. PIBG memainkan peranan penting dalam mengatur dan menguruskan aktiviti-aktiviti seperti kempen derma, lawatan sambil belajar dan sebagainya.


SRAKD5 menggunakan silibus agama sebagai inti pendidikan, dengan mata pelajaran seperti ;

-         Al-Quran

-         Hafazan

-         Tauhid

-         Feqah

-         Akhlak

-         Sirah

-         Jawi

-         Imlak

-         Khat

-         Bahasa Arab

-         tajwid


SRAKD5 menawarkan beberapa peperiksaan besar, termasuk Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) bagi murid-murid darjah 5, dan Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) bagi murid-murid darjah 6. Dengan ini, sekolah ini menekankan kepentingan dalam penilaian dan pemantauan kejayaan akademik murid-muridnya.


Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 5 (SRAKD5) merupakan sebuah institusi pendidikan rendah agama yang terletak berdekatan dengan beberapa sekolah rendah agama lain di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Contohnya termasuk ;-

-         Sekolah KAFAI al-Mubarak yang terletak di Seksyen 8.

-         Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 7 yang terletak di Seksyen 7.


Visi dan Misi Sekolah SRAKD5 ialah ;

VISI :

Melahirkan Generasi Yang Beriman, Berakhlak Serta Cemerlang Dunia dan Akhirat.

MISI :

Hidup Berilmu Dunia dan Akhirat. Memiliki Sifat-sifat Mahmudah dan Mengamalkan Ajaran Berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.


Secara keseluruhannya, SRAKD5 adalah sebuah institusi pendidikan yang memberikan tumpuan yang tinggi kepada pembelajaran Agama Islam. Sekolah ini juga memberikan pengajaran dalam pelbagai mata pelajaran agama dan menawarkan beberapa peperiksaan besar untuk memantau kejayaan akademik murid-muridnya.

Alamat sunting

Sekolah Rendah Agama Kota Damansara 5,
Jalan Sepah Puteri 5/21,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
  Selangor Darul Ehsan,
  Malaysia

Infrastruktur sunting

Rujukan sunting