Sekolah Rendah Kebangsaan St. Agnes

Sekolah Rendah Kebangsaan St. Agnes atau nama ringkasnya SRK St Agnes, merupakan sebuah Sekolah rendah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 224,Pejabat Pos Likas, Jln Teluk Likas.

Sekolah Rendah Kebangsaan St. Agnes
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 224,Pejabat Pos Likas, Jln Teluk Likas, 88856, Likas,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah rendah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088423233
Kod sekolahXCA4047
Faks6088422822


Pada 2009, Sekolah Rendah Kebangsaan St. Agnes memiliki 662 pelajar lelaki dan 616 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1278 orang. Ia mempunyai seramai 75 orang guru.2009

Sejarah sunting

Titik Permulaan SRK. St. Agnes Dari rekod-rekod yang diperolehi, tidak terdapat tarikh yang tepat bilakah bermulanya sekolah St. Agnes. Akan tetapi pada tahun 1917, satu pasaria telah diadakan di Jesselton dengan tujuan mengumpul wang dan penjual-penjual benderanya adalah terdiri daripada murid-murid perempuan Sekolah Anglican.

Catatan Awal Mengikut maklumat yang diperolehi daripada bekas murid-murid sekolah St. Agnes, Miss Butcher adalah Guru Besar pertama yang bermula dengan sekumpulan kecil murid-murid perempuan pada tahun 1921. Beliau terpaksa balik ke England pada tahun 1925 atas sebab-sebab kesihatan . Tempat beliau terpaksa diganti oleh Miss Sabourne yang bertugas selama 3 ? 4 tahun. Kemudian Miss Giddings telah mengambil-alih tugas tersebut bagi satu tempoh yang singkat. Selepas itu, Miss Hartness pula mengambil tempat tersebut dan beliau diganti oleh Miss Perry. Pada tahun 1935, Miss Carlton adalah Guru Besar SRK. St. sehingga tahun 1941 apabila sekolah St. Agnes terpaksa ditutup akibat peperangan (Jepun telah menakluki Borneo). Setelah tamatnya peperangan, bangunan sekolah telah diperbaiki pada tahun 1946. Miss Carlton serta beberapa orang guru yang berdedikasi kembali bertugas semula di sekolah St. Agnes. Miss Carlton telah berkhidmat selama 24 tahun di sekolah ini dan telah mencatat rekod dengan perkhidmatan yang paling lama sebagai Guru Besar di sekolah St. Agnes. Tidak dapat dinafikan, bahawa beliaulah yang meletakkan asas kukuh bagi sekolah St. Agnes sehingga mencapai kemajuan yang begitu cepat. Miss Carlton bersara pada tahun 1960 dan kembali ke England. Tempat beliau digantikan oleh Miss Florence Martin. Ketika itu sekolah yang pada mulanya hanya mempunyai 20 orang murid perempuan telah bertambah bilangannya ke 500 orang murid. Sekolah St. Agnes tidak lagi merupakan sebuah sekolah budak perempuan sahaja.

Perpindahan ke Likas Sekolah St. Agnes pada asalnya terletak di atas bukit iaitu di belakang bangunan Palace Hotel yang ada sekarang dan sekolah All Saints pula terletak dibahagian bawahnya. Tiada sebatang jalan yang sempurna ke sekolah itu melainkan suatu lorong yang bengkang-bengkok yang akan becak apabila musim hujan. Disebabkan kawasan yang terhad di bukit itu serta pertambahan jumlah pelajar, satu keputusan untuk memindahkan sekolah itu ke kawasan yang lebih luas di Likas telah dibuat. Perpindahan bermula pada bulan Disember 1961. Guru-guru dan murid-murid telah menggembeling tenaga untuk membantu perpindahan itu. Apabila tibanya penggal baru pada bulan Januari 1962, semua murid telah memulakan persekolahan mereka di sekolah baru di Likas. Asrama-asrama murid perempuan siap dibina di sebelah bangunan sekolah pada bulan April dalam tahun yang sama.

Tahun-tahun Enam Puluhan dan Tujuh Puluhan Suatu perubahan telah berlaku dalam tahun enam puluhan. Miss Florence Martin telah ditukarkan ke sekolah Anglican di Tongod dan Rev. Franklin (paderi) menjadi Guru Besar sebagai penggantinya pada tahun 1964. Rev. Franklin merupakan lelaki pertama yang menjawat jawatan Guru Besar di SRK. St. Agnes. Setelah berkhidmat selama dua tahun, beliau diminta menjadi rektor gereja St.Michael di Sandakan. Untuk mengganti beliau, Seorang guru dari All Saints iaitu Encik Chin Hyen Kong telah dilantik sebagai Guru Besar. Encik Chin Hyen Kong berkhidmat selama lapan belas tahun iaitu dari tahun 1966 hingga tahun 1984. Pada masa itu SRK. St. Agnes mempunyai lima kelas bagi setiap aliran dengan bilangan murid seramai lebih daripada 1,500 orang. Pada tahun 1984, Encik Thomas Yong Tze Yin dilantik sebagai Guru Besar di SRK. St. Agnes dan beliau bertugas selama empat tahun dan pada tahun 1988, tempat beliau diambilalih oleh Encik Lim Fang Yin. Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Encik Lim telah bertukar SRJK. Chung Hwa, Likas dan tempat beliau digantikan oleh Encik Victor A. N. Yen pada tahun 1991 sehingga 1995. Mulai tahun 1996, Mary Lijonim menjadi Guru Besar di SRK. St. Agnes sehinggalah beliau bersara pada tahun 2006. Kemudian di ganti oleh Kuilim Minin pada 1 Mac 2007 hingga sekarang. Demikianlah bermulanya sebuah sekolah dengan bilangan kecil murid-murid perempuan yang telah berkembang dengan pesatnya sehingga menjadi sebuah sekolah Gred A yang disegani.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Rendah Kebangsaan St. Agnes
Peti Surat 224,Pejabat Pos Likas, Jln Teluk Likas
88856, Likas
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088423233
Fax = 6088422822

Pautan luar sunting

  • Laman Rasmi Sekolah : www.facebook.com/skstagnes