Semenanjung Hilir Michigan

Semenanjung Hilir Michigan atau dikenali sebagai Michigan Hilir merupakan salah satu daripada semenanjung yang membentuk negeri Michigan, Amerika Syarikat. Semenanjung ini dan Semenanjung Hulu dipisahkan melalui Selat Mackinac. Michigan Hilir dikekelilingi dengan jasad air kecuali di bahagian selatan yang bersempadan dengan negeri Indiana dan Ohio.

Kawasan-kawasan di Semenanjung Hilir.

Disebabkan bentuknya yang dikenali, Semenanjung Hilir digelar sebagai "sarung tangan" (miten), dengan daerah timurnya dikenal pasti sebagai "ibu jari". Semenanjung ini kadang-kala dibahagikan kepada Utara Semenanjung Hilir—dengan penduduk yang lebih sedikit dan lebih banyak kawasan hutan—dan Selatan Semenanjung Hilir—yang sebahagian besarnya merupakan kawasan bandar dan tanah pertanian. Selatan semenanjung itu ada kalanya turut dibahagikan kepada subkawasan ekonomi dan budaya.