Senapang

Senapang (disebut [sĕ.na.pang], Jawi: سناڤڠ) ialah sejenis senjata api terdiri daripada suatu laras panjang – lebih besar dan panjang daripada pistol dan lebih kecil serta pendek daripada meriam – yang diisi dengan peluru.[1]

Sepucuk senapang Minié pada abad ke-17

Perkataan ini meminjam dari Bahasa Belanda: snappaan iaitu sejenis senjata api mudah alih berlaras panjang dan berkancing batu api yang agak berbeza daripada apa yang biasa diketahui masyarakat setempat pada ketika itu.[2][3]

KegunaanSunting

Ia lazim digunakan sebagai alat mempertahankan diri atau mengawal keadaan (seperti menyuraikan rusuhan atau tunjuk perasaan) baik secara persendirian mahupun dalam kalangan pengawal keselamatan dan askar; senapang-senapang ini diisi peluru getah mengurangkan risiko kecederaan awam.

Alat ini juga cocok untuk memburu lagi-lagi di kawasan kurang berpenghuni.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ 'senapang'. Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ Mohd Dasuki Wan Hasbullah; Othman Mohd Yatim (2013). "Teknologi Istinggar: Beberapa Ciri Fizikal dalam Aplikasi Teknikalnya" (PDF). IMAN: International Journal of the Malay World and Civilisation. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1 (3): 51–59.[pautan putus]
  3. ^ Crawfurd, John (1856). A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries. Bradbury and Evans.