Senapang patah
Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Senapang patah (Jawi: سناڤڠ ڤاته ; bahasa Inggeris: shotgun ) ialah senjata api yang biasanya dirancang untuk ditembakkan dari bahu, yang menggunakan tenaga dari sebuah selongsong berbentuk silinder dan menembakkan sejumlah patah bulat kecil / gotri (bola timah kecil), atau sebuah projektil gotri padat. Senapang patah dapat ditemui dalam pelbagai ukuran, bermula daripada diameter lubang laras 5.5 mm (0.22 inci) sehingga 5 cm (2 inci), dan dalam pelbagai mekanisme operasi senjata api, termasuk breechloading (pengisian peluru secara sungsang / dari belakang), laras-tunggal, laras-ganda atau senjata kombinasi, aksi-pompa, aksi-baut, aksi-tuas, semi-automatik, malahan varian automatik penuh.
Sebuah senapang patah umumnya merupakan senjata api smoothbore (lubang laras halus), yang bermaksud bahawa bagagian dalam laras tidak mengalami proses rifling (pengaluran spiral di dalam lubang laras). Contoh senjata api lubang halus versi sebelumnya adalah senapan musket yang digunakan secara meluas oleh para tentara perang dalam abad ke-18. Nenek moyang senapang ini, pemuras, yang diisi dari depan dengan serbuk mesiu dan peluru gotri, juga digunakan dalam pelbagai peranan serupa, mulai dari pertahanan diri sehingga pengendalian huru-hara. Senapang ini sering digunakan oleh pasukan pasukan berkuda kerana panjangnya yang umumnya lebih pendek dan kemudahan penggunaan, dan oleh pemandu kereta kuda kerana daya tembaknya yang besar. Namun pada abad ke-19, sebahagian besar senjata-senjata ini digantikan di medan perang dengan senjata api jenis breechloading (pengisian sungsang), yang lebih tepat untuk sasaran jauh. Senapang patah ditemui kembali nilai ketenteraannya dalam Perang Dunia I, ketika Pasukan Penjelajahan Amerika yang dihantar ke Eropah menggunakan senapang patah aksi-pompa 12-tolok dalam Peperangan Parit yang merupakan pertempuran jarak dekat dengan efek yang memuaskan. Sejak itu, senapang patah telah diaplikasikan dalam plbagai peranan seperti keamanan awam, undang-undang, dan ketenteraan.
Gotri-gotri kecil yang ditembakkan dari senapang patah bergerak meluas setelah meninggalkan moncong laras, dan kekuatan dari ledakan mesiu terbahagi ke gotri-gotri tersebut, yang bermaksud bahawa tenaga dari setiap bola gotri yang ditembak tersebut cukup rendah. Dalam istilah berburu, sifat menyebarnya gotri ini membuatkan senapang patah berguna terutama untuk berburu burung dan binatang buruan kecil lainnya. Namun, dalam istilah ketenteraan atau perundangan, kebanyakan projektil gotri membuat senapang patah berguna untuk pertempuran jarak dekat atau senjata pertahanan. Senapang patah juga digunakan untuk sukan menembak sasaran seperti bidik skit, bidik jebakan, dan bidik lempar yang melibatkan menembak cakram tanah liat yang dilempar dengan berbagai cara.
Perwatakan
suntingSenapang patah dapat ditemui dalam pelbagai bentuk, dari yang sangat kecil sehingga sangat besar seperti senapang galah, dan juga dari hampir setiap jenis mekanisme operasi senjata api. Perwatakan umum yang membuat senapang patah unik adalah penggunaan peluru-peluru gotri. Ciri-ciri khas dari senapang patah juga penggunaan selongsong, peluru berbentuk silinder yang relatif pendek lebar yang berisikan gotri-gotri yang ditembak, dan beroperasi pada tekanan yang relatif rendah.
Di Amerika Syarikat, peluru untuk senapang patah disebut shotgun shells, shotshells, atau hanya shell. Di United Kingdom, cartridge adalah nama umum pelurunya.
Gotri-gotri tersebut biasanya ditembak dari laras smoothbore; jenis lainnya adalah slug barrel (laras peluru-gotri), yang menembak satu projektil sahaja yang lebih tepat (walaupun beberapa peluru-gotri juga dapat ditembak menggunakan senjata smoothbore).
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- Bob Brister (1976). Shotgunning, The Art and the Science. New Jersey: New Win Publishing. ISBN 0-8329-1840-7.
- Elmer Keith (1950). Shotguns. Pennsylvania: The Stackpole Company. ISBN 0-935632-58-1.
- Michael McIntosh (1999). Best Guns. Alabama: Countrysport Press. ISBN 0-924357-79-7.
- Jack O'Connor (1949, 1965). The Shotgun Book. New York: Alfred A. Knopf. ISBN 0-394-50138-1. Check date values in:
|year=
(bantuan)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Senapang patah |
- Senapan berburu FAQ
- Galeri foto senapan berburu
- "Shotgun Chokes and Gauges." Popular Mechanics, October 1947, p. 196-200. Excellent diagrams and drawings.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.