Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Shinhwa
rencana senarai Wikimedia
Ini adalah senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh kumpulan penyanyi lelaki Korea Selatan, Shinhwa. Kumpulan ini debut pada 24 Mac 1998 dengan enam anggota: Eric, Lee Min-woo, Kim Dong-wan, Shin Hye sung, Jun Jin, dan Andy. Shinhwa pada mulanya terbentuk di bawah SM Entertainment, namun, ia berpindah ke Good Entertainment pada Julai 2003, setelah kontrak mereka tamat. Sementara di bawah naungan Good Entertainment sebagai Shinhwa, setiap anggota memulakan kerjaya solo dibawah syarikat masing-masing.
Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh Shinhwa
Sidang akhbar Singapura untuk siri jelajah konsert Shinhwa Grand Tour pada 16 Jun 2012
(Dari kiri: Eric, Jun Jin, Lee Min-woo, Andy, Kim Dong-wan dan Shin Hye sung)
Pada tahun 2011, mereka menubuhkan 'Shinhwa Company' untuk terus beraktiviti secara aktif dalam industri muzik. Mereka kembali kepada industri muzik pada Mac 2012, setelah empat tahun berehat, di mana mereka menghabiskan khidmat tentera, dengan pelancaran album kesepuluh The Return dan siri jelajah konsert.
Anugerah Golden Disk adalah acara anugerah muzik yang ditubuhkan pada tahun 1986 yang disampaikan setiap tahun oleh Persatuan Industri Muzik Korea untuk menghargai pencapaian cemerlang artis-artis dan pengkarya dalam industri muzik di Korea Selatan. Hadiah Utama (Disk Bonsang) diberikan kepada 10 artis terbaik dengan mengira album dan jualan digital dengan pengundian atas talian dan penghakiman terakhir oleh panel hakim acara ini. Anugerah Utama (Disk Daesang) yang bersamaan dengan anugerah Artis Terbaik, dianugerahkan kepada artis yang mengeluarkan album penuh terbaik yang dicalonkan dalam kategori Disk Bonsang.
Anugerah Muzik Asia Mnet (Mnet Asia Music Awards, singkatan sebagai MAMA), dahulunya dikenali sebagai Festival Muzik KM M.net (MKMF) (1999-2008), merupakan satu acara anugerah muzik K-pop utama yang dianjurkan oleh Mnet Media secara tahunan di Korea Selatan. Anugerah Daesang (anugerah utama) bersamaan dengan anugerah artis terbaik.
Anugerah Muzik Seoul (Seoul Music Awards) adalah acara anugerah muzik tahunan yang ditubuhkan pada 1990 oleh Sports Seoul untuk menghargai pencapaian artis dan pengkarya muzik dalam industri muzik di Korea Selatan. Anugerah Daesang (Anugerah Utama) bersamaan dengan anugerah Artis Terbaik. Sementara Anugerah Bonsang (Hadiah Utama) diberikan kepada 10 artis terbaik dengan mengira jualan album dan jualan digital dengan pengundian atas talian dan penghakiman terakhir oleh panel hakim acara ini.
SBS Gayo Daejeon adalah rancangan muzik akhir tahun pada 29 Disember yang disiarkan setiap tahun oleh Sistem Penyiaran Seoul (SBS). Ia dimulakan pada tahun 1997 dan anugerah diberikan kepada artis-artis sehingga tahun 2007. Hadiah Utama (Bonsang) diberikan kepada beberapa artis terbaik pada tahun itu. Anugerah Utama (Daesang) yang bersamaan dengan anugerah Artis Terbaik, diberikan kepada artis yang mengeluarkan album penuh terbaik yang telah tersenarai dalam pencalonan Disk Bonsang.
^Choi, Bu-seok (30 May 2013). "Junjin 'We are #1'". Star News. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 June 2015. Dicapai pada 5 June 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
^Lee, Dong-hoon (24 May 2013). "Shinhwa 'We're #1!'". Star News. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2013. Dicapai pada 26 May 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)