The Return (album Shinhwa)

The Return adalah album studio kesepuluh kumpulan penyanyi lelaki dari Korea Selatan Shinhwa, untuk meraikan ulangtahun ke-14 mereka. Ia telah dilancarkan pada 23 Mac 2012[1] oleh Shinhwa Company dan diedarkan oleh CJ E&M Music.[2] Album dan konsert berkaitan, 2012 Shinhwa Grand Tour: The Return, menandakan kembalinya mereka ke industri muzik selepas berehat selama empat tahun, sejak konsert ulangtahun ke-10 dan album Volume 9 pada 2008, dimana empat tahun itu mereka sedang menjalani khidmat tentera.[3]

The Return
Fail:Shinhwa-The Return.jpg
The Return cover
Album studio oleh
Dilancarkan pada23 Mac 2012 (2012-03-23)
GenreK-pop, electropop, dance
Panjang37:23
BahasaKorean
SyarikatShinhwa Co., CJ E&M Music and Live, Universal Music Group
PenerbitShinhwa Company
Kronologi Shinhwa Edit the value on Wikidata
Volume 9
(2008)
The Return The Classic
(2013)
Single daripada The Return
  1. "Venus"
    Dikeluarkan: 23 March 2012
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ia dikeluarkan sebagai edisi terhad dan diikuti dengan edisi terima kasih pada 11 April. Menurut Carta Gaon, sehingga akhir Ogos 2013, album ini telah merekodkan jumlah jualan sebanyak 88,059 unit.

Album dan video muzik sunting

Album ini menampilkan lagu utama berjudul "Venus" yang bercirikan elektropop, diterbitkan oleh Gandalf dan ditulis oleh Andrew jackson, Gandalf Roudette-Muschamp dan Joshua Thompson. Liriknya ditulis oleh ahli Shinhwa Lee Min-woo, dikenali sebagai 'M', tentang lelaki yang telah mencapai 'nirvana' oleh seorang wanita. Pada 19 Mac 2012, teaser video muzik telah dikeluarkan, menunjukkan setiap ahli sedang mencari 'Venus' mereka dalam skrin hitam-putih. Ia diarahkan oleh Kim Kwang-suk, pengarah iklan disebalik iklan-iklan komputer riba Samsung Ultra dan kamera Nikon, bertemakan pontianak moden dan koreografi yang bertenaga. Dilaporkan penggambaran mengambil masa tiga hari dengan kos yang melebihi 200 juta won dengan enam set berbeza berskala besar yang ditempah khas. Video muzik penuh dilancarkan pada 28 Mac 2012 di laman Youtube rasmi Shinhwa. Pada 10 April versi tarian penuh juga dilancarkan. Pada 19 Julai 2012 dua buah video muzik telah dilancarkan berjudul "Be My Love" dan "Breathin"'yang menampilkan klip belakang tabir, konsert dan klip luar negara.[4][5]

Sumbangan lain oleh ahli Shinhwa termasuk lirik untuk lagu "Hurts" dan "Move With Me" oleh Eric Mun; lirik dan gubahan "Red Carpet" dan "Stay" oleh Lee Min-woo, yang juga menulis lirik "Be My Love". Serta lirik untuk lagu "Let It Go" oleh Shin Hye-sung.

"On the Road" adalah sebuah lagu pop Brit dengan ritma akustik yang banyak. Ia menceritakan pengorbanan yang terpaksa ahli-ahli buat semasa menunggu kembalinya mereka, perasaan terima kasih mereka kepada para peminat serta imbas semula terhadap perjalanan yang mereka telah tempuhi dan yang bakal ditempuhi. "Hurts" adalah sebuah lagu pop lapan-rentak, merupakan lagu balada utama dalam album ini dengan vokal diarahkan oleh Eric. Ia merupakan remake dari lagu Frankie J dengan gaya rap baru oleh Eric. "Red Carpet" dengan irama yang berat dan vokal synth, adalah satu lagi lagu dengan irama elektropop. Dihasilkan bersama oleh Lee Min-woo dan Kim Do-hyun. "Move with Me" satu lagu berirama hip hop yang mengetengahkan bakat menulis lirik rap oleh Eric dan vokal-vokal ahli-ahli Shinhwa yang lain. "Let It Go" adalah lagu istimewa yang diberi oleh ahli kumpulan Aziatix, Eddie Shin dan ahli kumpulan 1990 Solid, Jung Jae-yoon. Ia menampilkan irama R&B dan oriental, dengan alunan gitar elektrik yang menonjol di bahagian korus. Liriknya menceritakan seorang lelaki yang tahu beliau perlu meneruskan hidup namun masih merindui kekasih yang telah meninggalkan beliau. "Stay" bertujuan untuk menonjolkan lagi suara ahli-ahli, mempunyai ritma yang ceria dan melodi yang membuatkan rasa teruja. "Welcome" pula sebuah lagu yang mantap dan padu dengan bunyi yang menyegarkan dan bertenaga. "Be My Love" sebuah lagu yang menonjolkan melodi yang indah, gitar bass disko, meliputi suasana soul, funk dan disko zaman 1960-an dan 1970-an. "Re-Love" sebuah lagu balada R&B mempunyai bunyi synthesizer yang bertenaga dan irama hip hop hingga ke tempo perlahan, dengan harmonisasi vokal yang menonjol. Ia menceritakan tentang melupakan kesakitan dan kesusahan hidup dan memulakan hidup baru bersama, dari perspektif seorang individu kepada kekasihnya. "Breathin'" sebuah lagu elektropop, yang menampilkan gaya moden dan misteri dengan perasaan seperti mimpi.

Promosi dan penerimaan sunting

Pada 14 Mac 2012, gambar-gambar dari video muzik "Venus" telah dikeluarkan, menunjukkan ahli dalam foto-foto individu dan dalam kumpulan berpakaian dalam hitam. Pada 20 Mac, foto teaser secara individu untuk Eric dan Kim Dong-wan telah dikeluarkan, menunjukkan tema puntianak moden. Ini diikuti oleh gambar Jun Jin dan Lee Min-woo pada 21 Mac dan gambar terakhir untuk Andy dan Shin Hye-sung pada hari seterusnya, juga video di sebalik tabir pembuatan MV.

Pada hari pelancaran "Venus", ia mengambil tempat pertama di dalam pelbagai carta muzik atas talian, termasuk Mnet, Bugs Music, Olleh Music, MelOn, Soribada, Naver Music dan Daum Music.[6][7] Album ini debut di nombor tiga dalam carta Album Gaon untuk minggu 18 hingga 24 Mac 2012,[8] dan nombor 5 dalam Carta Album Bulanan Gaon untuk Mac dengan 32,500 unit terjual. Sehingga akhir tahun 2012, jualan terkumpul untuk album ini ialah 83,058 unit.

Pada 25 Mac, semasa persembahan ulangan di konsert 2012 Shinhwa Grand Tour in Seoul: The Return, Shin Hye-sung telah mengalami kecederaan pada lutut kanan dan dikejarkan ke bilik kecemasan sebelum berakhirnya konsert. Pada permulaan persembahan untuk lagu "Yo!", beliau telah lompat dari bawah pentas dan mendarat diatas pentas, namun pendaratan tersebut tidak menjadi dan telah mengoyakkan ligamen dan menyebabkan kecederaan teruk pada kartilaj dan ligamen yang menyelubungi meniskus, memerlukan pembedahan dan enam bulan rehat. Shin sebelumnya pernah cedera di tempat sama pada konsert 2001 dan telah menjalani pembedahan pembetulan pada lutut kirinya namun ligamen di lutut kanannya terus mengalami kerosakan. Namun, beliau telah menangguhkan pembedahan tetapi dengan kaedah rawatan berterusan, beliau terus terlibat hingga aktiviti promosi untuk album ini tamat. Maka mereka mengadakan persembahan lagu "Hurt" diatas kerusi dan dengan menggunakan penari gantian untuk persembahan lagu "Venus" untuk penampilan 29 Mac di M! Countdown. Ini juga menandakan persembahan TV pertama mereka dalam empat tahun.

Setelah empat minggu promosi, "Venus" menang di tempat pertama dalam rancangan muzik M! Countdown terbitan M.net pada 19 April, pertama untuk kumpulan ini sejak kemunculan semula mereka.[9][10]

Senarai Lagu sunting

No.TajukMasa
1."On The Road"4:10
2."Hurts"4:13
3."Venus"3:39
4."Red Carpet"3:39
5."Move With Me"3:20
6."Let It Go"3:44
7."Stay"3:19
8."Welcome"3:34
9."Be My Love"3:11
10."Re-Love"4:21
11."Breathin'"4:47
Jumlah masa: 37:23


Video Muzik sunting

  • "Venus" - 28 Mac 2012
  • "Venus" (versi tarian penuh) - 10 April 2012
  • "Be My Love" - 19 Julai 2012 - menampilkan klip-klip belakang tabir saat-saat penyediaan kemunculan semula
  • "Breathin'" - 19 Julai 2012 - menampilkan klip-klip belakang tabir semasa konsert

Sejarah Pelancaran sunting

Album ini pertama sekali dilancarkan sebagai edisi terhad sebanyak 30,000 unit dalam bekas keras dengan buku gambar bersaiz A4 setebal 80 mukasurat. Shinhwa Company mengumumkan pada 2 April yang satu edisi Terimakasih akan dilancarkan dengan pra-pesanan disediakan pada hari yang sama. Edisi baru direka oleh artis grafik Ikama; yang pernah bekerjasama dengan Shinhwa sebelum ini, projek solo Shin Hye-sung dan projek solo Lee Min-woo. Ia telah dibungkus semula dalam bekas berwarna putih dengan logo baru dan berlainan di muka hadapan bekas tersebut, serta buku gambar setebal 70 mukasurat. Namun pelancarannya terpaksa ditunda dari 6 April ke 11 April untuk memenuhi permintaan.

Album ini dilancarkan di Taiwan pada 27 April 2012 oleh Universal Music Taiwan dengan DVD bonus mengandungi video muzik lagu utama "Venus".[11]

Negara Tarikh Syarikat edaran Format
Korea Selatan 23 Mac 2012 Shinhwa Company
CJ E&M Music and Live
Muat turun Digital
Edisi terhad (CD) (CMCC-9891)[12]
11 April 2012 Edisi terimakasih (CD) (CMCC-9910)[13]
Taiwan 27 April 2012 Universal Music Group Edisi istimewa Taiwan (CD+DVD)

Carta sunting

Carta Album sunting

Carta Kedudukan Tertinggi Jualan
Album Mingguan Korea (Gaon)[14] 3
  • KOR: 88,059
Album Bulanan Korea (Gaon)[15] 5
Album Tahunan Korea (Gaon)[16] 17
Album J/K-Pop Mingguan Taiwan (G-Music)[17] 2

Rujukan sunting

  1. ^ "Shinhwa to release upcoming 10th album on March 23". 10 Asia. 16 March 2012. Dicapai pada 2012-03-26.
  2. ^ "10집 The Return" [10the album The Return]. Daum Communications (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-18. Dicapai pada 26 April 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Park, HyunMin (5 March 2012). "H.O.T. Members on Shinhwa". Mnet News. CJ E&M. Dicapai pada 2012-03-19.
  4. ^ "신화, 19일 오후 타이틀곡 '비너스' MV 티저 공개". Nate News (dalam bahasa Korean). 19 March 2012. Dicapai pada 2012-03-19.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Hong, Grace Danbi (20 July 2012). "Shinhwa Returns With Grand Tour Videos". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 15 January 2013.
  6. ^ Lee, Nancy (23 March 2012). "Shinhwa Sweeps Charts with 'Venus'". enewsWorld. CJ E&M. Dicapai pada 2012-03-26.
  7. ^ Sunwoo, Carla (26 March 2012). "Shinhwa's 'Venus' takes No. 1 spot". Joongang Daily. Dicapai pada 18 February 2013. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  8. ^ "SHINee's Sherlock debuts at No. 1 on Gaon's chart". 10Asia. 29 March 2012. Dicapai pada 2012-04-05.
  9. ^ Ho, Stewart (20 April 2012). "Shinhwa Wins First Place on M Countdown, Celebrates With BBQ Party". CJ E&M enewsWorld. Dicapai pada 22 April 2012. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)[pautan mati kekal]Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  10. ^ Hong, Lucia (20 April 2012). "Shinhwa No. 1 on Mnet's music show with "Venus"". 10 Asia. Dicapai pada 25 July 2012. More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan)Lebih daripada satu |work= dan |newspaper= dinyatakan (bantuan)
  11. ^ "The Return Taiwan Special Edition (CD+DVD) album info". Universal Music Taiwan (dalam bahasa Chinese). 27 April 2012. Dicapai pada 2012-05-24.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  12. ^ "The Return album info". Hanteo (dalam bahasa Korean). Dicapai pada 1 June 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  13. ^ "The Return (Thanks Edition) album info". Hanteo (dalam bahasa Korean). Dicapai pada 1 June 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  14. ^ "Gaon Album Chart for the week ending March 31, 2012". Gaon (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 February 2015. Dicapai pada 2 April 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  15. ^ "Gaon Album Chart for March 2012". Gaon (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2 April 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  16. ^ "Gaon Album Chart for 2012". Gaon (dalam bahasa Korean). Korea Music Content Industry Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2015. Dicapai pada 2 April 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  17. ^ "G-Music J/K-Pop Chart 2012/05/18 - 2012/05/24 (this is not the week the album peaked (it's at #9), but the archive is incomplete and this chart does show the album's peak position in the second column". G-Music (dalam bahasa Chinese). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 May 2012. Dicapai pada 2012-05-24.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)