Serebelum (Latin: "otak kecil") merupakan satu kawasan otak yang memainkan peranan penting dalam penyepaduan persepsi deria dan keluaran motor. Terdapat banyak laluan saraf yang menghubungkan serebelum dengan korteks motor—yang menghantar maklumat kepada otot supaya bergerak-dan-trek spinoserebelar—yang memaklum balas kedudukan badan dalam ruang (propriosepsi). Serebelum menyepadukan laluan-laluan ini dengan menggunakan maklum balas kedudukan badan untuk menala pergerakan motor.

Rajah 1a: otak manusia, dengan serebelum yang berwarna ungu