Sesi IOC ke-128 berlangsung dari 30 Julai hingga 3 Ogos 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia. [1][2] Bandar raya tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2020 telah dipilih semasa Sesi IOC ke-128 pada 31 Julai 2015. [3][4][5]

Pembidaan sunting

 
Bahagian luar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, Malaysia dan Lima, Peru telah membida untuk menganjurkan Sesi IOC ke-128. Kuala Lumpur pernah membida untuk Sesi IOC ke-125 yang berlangsung pada tahun 2013, tetapi telah dikalahkan oleh Buenos Aires .[6][7] Kuala Lumpur diumumkan sebagai penganjur Sesi IOC ke-128 pada Mac 2012.[8] Bandar Lima kemudian akan menganjurkan Sesi IOC ke-131 pada tahun 2017.

Pemilihan tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 sunting

Tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah dipilih semasa Sesi IOC ke-128. Proses pembidaan untuk temasya tersebut telah bermula pada tahun 2013. Pada tahun 2014, IOC telah membuat keputusan bahawa Almaty dan Beijing (disebabkan oleh penarikan Oslo daripada membida), akan menjadi calon bandar raya, setahun sebelum tuan rumah Sukan Olimpik 2022 dipilih.[9]

Keputusan sunting

Keputusan pembidaanSukan Olimpik Musim Sejuk 2022
Bandar Negara Undi
Beijing   Republik Rakyat China 44
Almaty   Kazakhstan 40

Pemilihan tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2020 sunting

Tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2020 turut dipilih semasa sesi IOC yang sama. Dua bandar calon, Lausanne, Switzerland, dan Brașov, Romania, telah disenaraikan sebagai calon pada awal Disember.[5]

Keputusan sunting

Keputusan pembidaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2020
Bandar Negara Undi
Lausanne    Switzerland 71
Brașov   Romania 10

Agenda lain sunting

Sukan baharu sunting

Semasa sesi ini berlangsung, sukan-sukan baharu yang akan ditambahkan ke program Tokyo 2020 telah dipertimbangkan.[10] Sebuah senarai pendek telah dikeluarkan pada 22 Jun 2015 dan lapan sukan telah diusulkan: besbol/sofbol, boling, karate, sukan luncur, sukan memanjat, squash, luncur air, dan wushu.[11]

Persekutuan bagi sukan-sukan tersebut telah membuat pembentangan di Tokyo pada 7-8 Ogos 2015. Pada bulan September 2015, pihak penganjur Tokyo 2020 akan mengesyorkan satu atau lebih daripada satu sukan kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk dimasukkan ke dalam program Sukan Olimpik 2020. Keputusan muktamad akan dibuat pada bulan Ogos 2016.[12]

Pengiktirafan Sudan Selatan sunting

IOC meluluskan kemasukan Sudan Selatan sebagai anggota penuh IOC. Hal ini membolehkan negara tersebut untuk menyertai Rio 2016 di bawah bendera kebangsaannya. Kod IOC untuk Pasukan Olimpik Sudan Selatan ialah SSD.[13][14][15][16][17]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ IOC Inspects 2015 Site; German Sports Hall of Fame; 2012 Qualification Update
  2. ^ Kuala Lumpur to host 2022 Games vote
  3. ^ Kuala Lumpur set to be city where 2022 Winter Olympics decided
  4. ^ "IOC shortlists two cities for 3rd Winter Youth Olympic Games in 2020". Olympic.org. Dicapai pada 2015-05-18.
  5. ^ a b Butler, Nick (2014-12-06). "Lausanne and Brașov shortlisted to host 2020 Winter Youth Olympic Games". Insidethegames.biz. Dicapai pada 2015-05-18.
  6. ^ OCM to bid for 127th IOC Session
  7. ^ News from the NOCs - South Africa Medal Targets; Kuala Lumpur for 2015 IOC Session?
  8. ^ Mackay, Duncan (13 Mac 2012). "Kuala Lumpur set to be city where 2022 Winter Olympics decided". insidethegames.com. Dicapai pada 10 Oktober 2021.
  9. ^ MENY. "Finner du ikke det du leter etter?" (PDF). Idrett.no. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-11-09. Dicapai pada 2015-07-26.
  10. ^ "KL Draws Global Attention As Host Of 128th IOC Session". Bernama. Dicapai pada 2015-07-26.
  11. ^ Baseball, softball among 8 sports proposed for 2020 Games
  12. ^ "Olympic Games: Snooker misses out on 2020 Tokyo place". BBC Sport. Dicapai pada 23 June 2015.
  13. ^ Butler, Nick (2015-07-07). "Exclusive: South Sudan set for Olympic recognition at IOC Session in Kuala Lumpur". Insidethegames.biz. Dicapai pada 2015-07-26.
  14. ^ "S. Sudan becomes newest Olympic committee member". 3 August 2015. Dicapai pada 6 August 2015.
  15. ^ "South Sudan Becomes 206th Olympic Country". 3 August 2015. Dicapai pada 6 August 2015.
  16. ^ "South Sudan to compete in 2016 Summer Olympics". 3 August 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 6 August 2015.
  17. ^ "South Sudan to compete in Rio after becoming 206th Olympic nation". 3 August 2015. Dicapai pada 6 August 2015.