Setasea ialah satu order yang merangkumi ikan paus, dolfin, dan ikan lumba-lumba. Cetus ialah perkataan bahasa Latin dan digunakan untuk nama biologi bagi bermaksud "ikan paus"; maksud asalnya, "haiwan laut yang besar" adalah lebih umum. Perkataan ini berasal daripada bahasa Greek ketos ("raksasa laut"). Setologi ialah cabang sains laut yang mengkaji setasea.

Setasea
frames
Paus kelasa
Pengelasan saintifik
Suborder

Mysticeti
Odontoceti
Archaeoceti (pupus)
(sila lihat teks untuk famili)

Setasea merupakan mamalia yang paling disesuaikan untuk kehidupan di dalam air. Badanya fusiform (bentuk spindel). Anggota hadapannya diubahsuaikan menjadi kaki sirip, sedangkan anggota belakangnya yang amat kecil adalah saki yang tidak bersendi dengan tulang belakang dan disembunyikan di dalam badan. Ekornya mempunyai fluk yang melintang. Setasea adalah mamalia yang hampir tidak berbulu, dan badannya ditebat dengan satu lapisan bluber yang tebal.

Order Setasea mengandungi melebihi lapan puluh spesies yang dibahagikan kepada dua suborder:

  • Mysticeti (paus balin); dan
  • Odontoceti (paus bergigi, yang termasuk dolfin dan ikan lumba-lumba).



Senarai taksonomiSunting

 
Pencerapan

Pengelasan ini menepati Mamalia Laut di Dunia: Sistematik dan Taburan (Marine Mammals of the World: Systematics and Distribution) (1998), oleh Dale W. Rice yang telah menjadi rujukan taksonomi piawai dalam bidang ini. Pengelasan ini adalah amat sama dengan Spesies Mamalia di Dunia: Edisi Ke-3 (Mammal Species of the World: 3rd Edition) (edisi Wilson dan Reeder, 2005). Sebarang perbezaan dicatatkan dengan masing-masing menggunakan singkatan "Rice" dan "MSW3". Perbezaan tambahan yang disebabkan oleh penemuaan yang terkini juga dicatatkan.

Lihat JugaSunting

RujukanSunting

  • Rice, Dale W. (1998). "Marine mammals of the world: systematics and distribution (Mamalia laut di dunia: Sistematik dan taburan)": 231 halaman. Unknown parameter |Journal= ignored (|journal= suggested) (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)
  • Mead, James G. dan Robert L. Brownell, Jr (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed) (penyunting). Mammal Species of the World (Spesies Mamalia di Dunia) (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 723–743. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)

Pautan luarSunting

Dichotomous Key Wikibooks mempunyai maklumat lanjut mengenai: