Shanty

Pelakon wanita Indonesia

Annisa Nurul Shanty Kusuma Wardhani atau yang lebih dikenal dengan nama artis Shanty (lahir di Jakarta, 30 Disember 1978; umur 45 tahun) ialah seorang pelakon, penari dan penyanyi Indonesia.

Shanty
Kelahiran
Annisa Nurul Shanty Kusuma Wardhani

(1978-12-30) 30 Disember 1978 (umur 45)
Nama lainShanty Paredes
Pusat pendidikanUniversitas Indonesia (Diploma)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Penari
  • Penyanyi
  • Deejay radio
  • Hos televisyen
Tahun aktif1996 - sekarang
PasanganSebastian Paredes (k. 2010)
Anak-anak
  • Arjuna Lucio Paredes
  • Enrico Satria Paredes
Ibu bapaEddy Heryadie (ayah)
Ratna Sutama (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait

Biografi sunting

Sejak kecil, Shanty memperlihatkan bakatnya di bidang nyanyian. Aktiviti kegemaranya ialah melihat acara lagu di televisyen. Shanty memulai kariernya sebagai penari latar. Salah satunya ialah menjadi penari latar wanita dalam video klip Inikah Cinta milik kumpulan vokal ME. Shanty kemudian menjadi deejay di radio Prambors. Tak lama kemudian, sebuah produk rokok menawarinya menjadi hos rancangan televisyen yang dirancang mereka. Shanty kemudian ditawari menjadi VJ MTV. Shanti diserah menjadi VJ untuk MTV 100 % Indonesia, MTV Kampus dan MTV SEA Indonesia.

Seusai kontraknya dengan MTV, beliau menekuni dunia nyanyian. Dua album dikeluarkannya, album pertama bertajuk Shanty (2000) dan album kedua Persembahan Dari Hati yang dilancarkan pada Disember 2002. Lagu hit dari album ini termasuk "Indah Hari Ini", "Persembahan Dari Hati", "Takkan Habis", "Di Belahan Langit Hati" dan "Tak Berawal Tak Berakhir".[1] Pada 2005, Shanty kembali mengeluarkan album ketiga bertajuk Seperti Langit. Album ketiga ini merupakan album yang paling berbeza dari kedua-dua album pendahulunya dengan gaya muziknya yang cenderung lebih keras. Namun, lagu Mencari Cinta Sejati yang berirama manis menjadi sebagai single hitnya.[2]

Selain bidang nyanyian, Shanty masuk ke seni lakonan. Filem pertamanya ialah Berbagi Suami (2006) arahan pengarah Nia Dinata. Walaupun ini filem sulungnya, Shanty mampu mendapat pencalonan sebagai pelakon wanita terbaik Festival Film Indonesia pada 2006.

Filem kedua Shanty ialah Kala (2007) besutan Joko. Filem ini menarik perhatian dan menjadi sensasi dalam perfileman Indonesia. Dalam “Kala”, Shanty berperanan sebagai isteri yang hendak saman cerai suaminya gara-gara sang suami mudah jatuh tertidur ketika menuju puncak hubungan intim. Seperti filem sebelumnya, filem ini pun memperoleh perhatian di festival-festival filem antarabangsa.

Shanty kini telah meninggalkan dunia hiburan. Beliau kini menjadi suri rumah dalam kehidupan barunya di Hong Kong.[3]

Pada 24 Julai 2010, Shanty bernikah dengan Sebastian Paredes asal Ecuador.[4] Pada 25 Februari 2011, Shanty melahirkan anak sulungnya, Arjuna Lucio Parades, dan Enrico Satria Paredes pada 3 November 2013).[5]

Pengaruh sunting

Shanty pengaruh Mariah Carey, Beyoncé, Britney Spears, Whitney Houston, Céline Dion, Alicia Keys, Kylie Minogue, Sophie Ellis Bextor dan Christina Aguilera.

Filemografi sunting

Tahun Judul Watak Keterangan
2005 Saat Terakhir
2006 Berbagi Suami Siti Segmen Cerita Siti
2007 The Photograph Sita Pencalonan – Aktres Terbaik Festival Film Indonesia 2008

Pencalonan – Aktres Terfavorit Festival Film Indonesia 2008

Pencalonan – Pasangan Terbaik (bersama Lim Kay Tong di Festival Film Indonesia 2008

Pencalonan – Pasangan Terfavorit (bersama Lim Kay Tong di Festival Film Indonesia 2008

Aktres Terpuji di Festival Filem Bandung 2008

2007 Maaf, Saya Menghamili Isteri Anda Butet Pemeran Pembantu Wanita Terpilih di Festival Filem Jakarta 2007

Pencalonan – Piala Citra untuk Pemeran Penyokong Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia 2007

Pencalonan – Aktres Pembantu Terbaik di Festival Film Indonesia 2008

2007 Kala Sari Pencalonan – Piala Citra untuk Pemeran Penyokong Wanita Terbaik di Festival Filem Indonesia 2007
2007 Perempuan Punya Cerita Esi Segmen Cerita Cibinong
2008 Takut: Faces of Fear Sarah Segmen The List
2009 Meraih Mimpi Minah Hanya suara
2010 Madame X Kinky Amalia
2010 Laskar Pemimpi Wiwid
2010 Red CobeX Ipah
2011 Arisan! 2 Kameo
2016 Ini Kisah Tiga Dara Gendhis

Diskografi sunting

Album
  • Shanty (2000)
  • Persembahan dari Hati (2002)
  • Seperti Langit (2005)
  • 9907 (2007)
  • Bintang Utara (2010)

Bibliografi sunting

Bersama Ve Handojo, Shanty telah menerbitkan bukunya dengan judul "Bongkar Rahsia, Bagi Cerita" tentang kehidupannya.[6]

Televisyen sunting

Hos sunting

  • Muzik Mingguan ANteve
  • Pall Mall Light Up the Night
  • VJ MTV (hingga 31 Disember 2002)

Rujukan sunting

  1. ^ Album info: Persembahan Dari Hati Diarkibkan 2008-05-12 di Wayback Machine, diakses 29 November 2007
  2. ^ Album info: Seperti Langit Diarkibkan 2010-01-04 di Wayback Machine, diakses 29 November 2007
  3. ^ "Menjemput Rindu Bersama Shanty". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-27. Dicapai pada 2012-06-12.
  4. ^ [1], diakses 1 Agustus 2010
  5. ^ http://www.wowkeren.com/seleb/shanty/profil.html#sthash.lf9Je11F.dpuf
  6. ^ "Shanty : Words of warning for celebrity wannabes". September 19, 2011.