Sharifah Hayaati Syed Ismail

Ahli akademik Malaysia

Profesor Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail (lahir 2 Februari 1969) ialah seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau merupakan pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, sebagai Ketua Jabatan Siasah Syar'iyyah di akademi tersebut[1][2]. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam Malaysia (PISWI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 2019[3]. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Kumpulan Kerja Mobilisasi Masyarakat Madani, Panel Perunding Perpaduan Ummah (PPPU) Majlis Dakwah Negara pada 2016[4]. Beliau pernah menjadi Felo Penyelidik Pelawat di Pusat Pengajian Islam Oxford, Univeristi Oxford di bawah Program Fellowship Persatuan Universiti Komanwel (ACU) pada tahun 2015[5].


Sharifah Hayaati Syed Ismail

J.M.W (2019)
Kelahiran
Sharifah Hayaati binti Syed Ismail

(1969-02-02) 2 Februari 1969 (umur 55)
Pendidikan
  • B.A Syariah, Universiti Malaya
  • M.A Perbandingan Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  • Ph.D Universiti Bristol
PekerjaanKetua Jabatan Siasah Syar'iyyah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Pendidikan sunting

Sharifah Hayaati melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda bidang Syariah di Universiti Malaya (1988-1992), dan menyambung pengajian sarjana dalam bidang perbandingan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1993. Sejurus tamat pengajian sarjana, beliau melanjutkan pengajian ijazah kedoktoran dalam bidang pengajian dasar dan pentadbiran awam dan memperoleh Doktor Falsafah di Universit Bristol, England pada 1997[5].

Anugerah dan pencapaian sunting

Tokoh Maulidur Rasul sunting

  • Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 2018 - Anugerah Khas Individu[6]
  • Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2015[7]

Darjah kebesaran sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Muzakarah Pakar "Peranan Saling Melengkapi Antara Lelaki Dan Wanita Menatijahkan Kemakmuran"". IKIM. 9 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2021. Dicapai pada 22 Julai 2021.
  2. ^ Latifah Arifin (15 Februari 2019). "Berhikmah nasihat wanita 'tanggal' tudung". Dicapai pada 22 Julai 2021.
  3. ^ "Naib Presiden Helwa ABIM Jadi Panel Penasihat Isu-Isu Semasa Wanita Islam". ABIM. 17 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2020. Dicapai pada 22 Julai 2021.
  4. ^ "Ahli panel dalam kumpulan-kumpulan kerja PPPU dibentuk". YADIM. 20 Jun 2016. Dicapai pada 22 Julai 2021.
  5. ^ a b LinkedIn Sharifah Hayaati Syed Ismail.
  6. ^ Latifah Arifin (27 November 2018). "Tauke Ali Maju dinobat Tokoh Maulidur Rasul WP". HMetro. Dicapai pada 21 Julai 2021.
  7. ^ Mohd Husni Mohd Noor (3 Januari 2015). "Imam Besar Masjid Negara diiktiraf". HMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2021. Dicapai pada 21 Julai 2021.
  8. ^ "Agong kurnia 200 pingat, hanya seorang ahli politik dapat". Malaysiakini. 19 Februari 2019. Dicapai pada 22 Julai 2021.