Shehbaz Sharif

Perdana Menteri Pakistan

Mian Muhammad Shehbaz Sharif (Bahasa Punjabi dan Urdu: میاں محمد شہباز شریف‎, disebut [miˈãː mʊˈɦəmːəd ʃɛhˈbaːz ʃəˈriːf] ; lahir 23 September 1951) merupakan seorang ahli politik Pakistan yang berkhidmat sebagai perdana menteri negara tersebut ke-24 sejak Mac 2024, sebelumnya ke-23 dari April 2022 hingga Ogos 2023.[1] Beliau merupakan presiden bagi Liga Muslim Pakistan (N) (PML-N). Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Punjab sebanyak tiga kali, sekaligus menjadi Ketua Menteri Punjab paling lama berkhidmat.[2]

Shehbaz Sharif
Sharif pada 2022
Perdana Menteri Pakistan ke-23 dan 24
Memegang jawatan
4 Mac 2024
PresidenArif Alvi
Asif Ali Zardari
Didahului olehAnwaar ul Haq Kakar (pemangku)
Dalam jawatan
11 April 2022 – 14 Ogos 2023
PresidenArif Alvi
Didahului olehImran Khan
Digantikan olehAnwaar ul Haq Kakar (pemangku)
Pemimpin Pembangkang (Pakistan)
Dalam jawatan
20 Ogos 2018 – 10 April 2022
PresidenMamnoon Hussain
Arif Alvi
Didahului olehKhursid Ahmed Shah
Ahli Perhimpunan Kebangsaan Pakistan
Memegang jawatan
13 Ogos 2018
Kawasan pilihan rayaNA-132 (Lahore-X)
Ketua Menteri Punjab
Dalam jawatan
8 Jun 2013 – 8 Jun 2018
GabenorMohammad Sarwar
Malik Muhammad Rafique Rajwana
Didahului olehNajam Sethi (memangku)
Digantikan olehHasan Askari Rizvi (memangku)
Dalam jawatan
8 Jun 2008 – 26 Mac 2013
GabenorMakhdoom Ahmed Mehmood
Latif Khosa
Salmaan Taseer
Didahului olehDost Muhammad Khosa
Digantikan olehNajam Sethi (memangku)
Dalam jawatan
20 Februari 1997 – 12 Oktober 1999
GabenorShahid Hamid
Zulfiqar Ali Khosa
Didahului olehMian Muhammad Afzal Hayat
Digantikan olehChaudhry Pervaiz Elahi (2002)
Presiden Liga Muslim Pakistan (N)
Memegang jawatan
13 Mac 2018
Didahului olehNawaz Sharif
Dalam jawatan
2009–2011
Didahului olehNisar Ali Khan
Digantikan olehNawaz Sharif
Butiran peribadi
Lahir (1951-09-23) 23 September 1951 (umur 72)
Lahore, Pakistan
Parti politikLiga Muslim Pakistan (N)
PasanganBegum Nusrat (k. 1973)
Tehmina Durrani (k. 2003)
Anak-anak4 org, termasuk Hamza
PendidikanUniversiti Kolej Kerajaan, Lahore

Shahbaz telah dipilih bagi Dewan Wilayah Punjab pada tahun 1988 dan Perhimpunan Kebangsaan Pakistan pada tahun 1990. Pada tahun 1993, beliau sekali lagi dipilih ke Perhimpunan Punjab dan dinamakan sebagai Ketua Pembangkang. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Menteri di wilayah Punjab iaitu wilayah dengan penduduk teramai di Pakistan buat pertama kali pada 20 Februari 1997. Selepas rampasan kuasa Pakistan pada tahun 1999, Shehbaz bersama keluarganya mengasingkan diri ke Arab Saudi dan kembali semula ke Pakistan pada tahun 2007. Shahbaz telah dilantik sebagai Ketua Menteri untuk penggal kedua selepas kemenangan PML-N di wilayah Punjab dalam pilihan raya umum Pakistan 2008. Semasa memegang jawatan sebagai Ketua Menteri, beliau dilihat sebagai pentadbir yang cekap dan rajin.[3] Beliau telah memulakan projek infrastruktur yang bercita-cita tinggi di Punjab dan terkenal dengan tadbir urusnya yang cekap.[4][5][6] Shehbaz telah dicalonkan sebagai Presiden Liga Muslim Pakistan-N selepas abangnya, Nawaz Sharif, hilang kelayakan daripada memegang jawatan berikutan kes Panama Papers. Beliau dicalonkan sebagai Ketua Pembangkang selepas pilihan raya 2018.[7]

Pada Disember 2019, Biro Akauntabiliti Nasional (NAB) membekukan 23 hartanah milik Shehbaz dan anaknya, Hamza Sharif atas tuduhan mereka melakukan pengubahan wang haram. Pada 28 September 2020, NAB menangkap Shehbaz di Mahkamah Tinggi Lahore dan mendakwanya atas tuduhan pengubahan wang haram. Beliau dipenjarakan sementara menunggu perbicaraan.[8][9] Pada 14 April 2021, Mahkamah Tinggi Lahore membebaskannya dengan ikat jamin dalam rujukan pengubahan wang haram.[10] Di tengah-tengah krisis politik Pakistan 2020–2022, beliau telah dipilih sebagai Perdana Menteri pada 11 April 2022 selepas usul undi tidak percaya terhadap Imran Khan.

Perdana Menteri Pakistan sunting

Pada 10 April 2022, Sharif telah dicalonkan sebagai calon Perdana Menteri oleh parti pembangkang berikutan undi tidak percaya terhadap penyandang Perdana Menteri Imran Khan selepas krisis perlembagaan Pakistan 2022.[11][12]

Beliau telah dipilih sebagai Perdana Menteri Pakistan pada 11 April 2022.[13][14] Beliau mengangkat sumpah jawatan pada hari yang sama, ditadbir oleh Pengerusi Dewan Negara, Sadiq Sanjrani, bertindak bagi Presiden Arif Alvi, yang sedang bercuti selepas mengadu "tidak sedap badan".[15]

Rujukan sunting

  1. ^ Saifi, Sophia; Mogul, Rhea. "Pakistan's parliament votes in opposition leader Shehbaz Sharif as Prime Minister". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2022. Dicapai pada 11 April 2022.
  2. ^ "Shehbaz Sharif: 10 things to know about 'hands on' PM frontrunner of Pakistan". Firstpost. 10 April 2022. Dicapai pada 13 April 2022.
  3. ^ Ellis-Petersen, Hannah; Baloch, Shah Meer (12 April 2022). "Shehbaz Sharif: the diligent administrator now PM of Pakistan". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2022. Dicapai pada 12 April 2022.
  4. ^ Simon, Maite Fernández (12 April 2022). "What to know about Shehbaz Sharif, Pakistan's new prime minister". Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2022. Dicapai pada 12 April 2022.
  5. ^ "Pakistan: Shehbaz Sharif chosen as PM after week-long uncertainty". BBC. 11 April 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2022. Dicapai pada 12 April 2022.
  6. ^ "Pakistan's Parliament Elects Shahbaz Sharif as Prime Minister After Khan Exit". Time. 11 April 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2022. Dicapai pada 12 April 2022.
  7. ^ "PML-N chief Shahbaz Sharif set to become leader of opposition in NA". The Asian Age. 19 Ogos 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Disember 2020. Dicapai pada 28 November 2020.
  8. ^ "Accountability court indicts PML-N President Shahbaz Sharif in money laundering case". www.thenews.com.pk (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2020. Dicapai pada 28 November 2020.
  9. ^ "Shehbaz Sharif arrested after LHC rejects bail in money laundering case". BOL News (dalam bahasa Inggeris). 28 September 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2020. Dicapai pada 28 November 2020.
  10. ^ "LHC grants bail to Shahbaz Sharif in money laundering reference". GNewsNetwork – Janta Hai (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2021. Dicapai pada 14 April 2021.
  11. ^ "Pakistan to Vote in New PM as Ousted Khan Rallies Supporters". Bloomberg News. 11 April 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2022. Dicapai pada 10 April 2022.
  12. ^ Shahzad, Asif; Hassan, Syed Raza (11 April 2022). "Political change in Pakistan as Shehbaz Sharif seeks to become PM". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2022. Dicapai pada 10 April 2022 – melalui www.reuters.com.
  13. ^ "Shehbaz Sharif, Pakistan Opposition Leader, Elected New PM". NDTV.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2022. Dicapai pada 11 April 2022.
  14. ^ "Shehbaz Sharif elected prime minister of Pakistan". DAWN.COM (dalam bahasa Inggeris). 11 April 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2022. Dicapai pada 11 April 2022.
  15. ^ "Shehbaz Sharif takes oath as prime minister of Pakistan". www.geo.tv. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2022. Dicapai pada 11 April 2022.

Pautan luar sunting