Buka menu utama

Sievert (disebut [si-vĕt], simbol: Sv) ialah suatu unit terbitan SI untuk sinaran pengion yang mengukur kesan dos rendah sinaran ini kepada kesihatan manusia.

Sievert
Sistem unitUnit terbitan SI
Unit bagiKesan kesihatan sinaran pengion
SimbolSv 
Dinamakan sempenaRolf Maximilian Sievert
1 Sv dalam ...... adalah sama dengan ...
   unit asas SI   m2s−2
   Tenaga diserap jisim   Jkg−1
   unit CGS (bukan SI)   100 rem

Unit ini dinamakan sempena Rolf Maximilian Sievert, seorang ahli fizik perubatan Sweden yang dikenali atas kerja penyelidikannya terhadap sukatan dos radiasi serta kajian terhadap kesan biologi akibat radiasi.

TakrifanSunting

Mengikut Jawatankuasa Timbangan dan Ukuran AntarabangsaSunting

Jawatankuasa Timbangan dan Ukuran Antarabangsa (Comité international des poids et mesures, CIPM) menyatakan takrifan sievert mengikut SI seperti berikut:

"Dos kuantiti yang setara, H, ialah hasil dos yang diserap D sinaran pengion dan faktor tanpa dimensi Q (faktor kualiti) yang ditakrifkan sebagai fungsi pemindahan tenaga linear oleh Suruhanjaya Unit dan Sukatan Radiasi Antarabangsa (International Commission on Radiation Units and Measurements, ICRU);

H = Q × D[1]

Nilai Q tidak ditakrifkan selanjutnya oleh CIPM, namun ia memerlukan pengunaan cadangan ICRU yang relevan untuk memberikan nilai ini.

CIPM turut menyatakan bahawa "untuk memastikan sebarang risiko kekeliruan dielakkan antara dos yang diserap D dengan dos yang setara H, nama-nama khas untuk unit yang berpadanan mesti digunakan, yakni, nama gray mesti digunakan menggantikan joule per kilogram untuk unit dos yang diserap D dan nama sievert menggantikan joule per kilogram untuk unit dos yang setara H".[1]

Secara ringkasnya:

Gray – kuantiti D

1 Gy = 1 joule/kilogram – kuantiti fizik. 1 Gy ialah deposit satu joule tenaga radiasi per kg jisim atau tisu.

Sievert – kuantiti H

1 Sv = 1 joule/kilogram – kesan biologi. Unit sievert mewakili kesan biologi yang bersamaan dengan deposit satu joule tenaga radiasi dalam 1 kilogram tisu manusia. Nilai setara kepada dos yang diserap ditunjukkan oleh Q.

Mengikut Suruhanjaya Unit dan Sukatan Radiasi AntarabangsaSunting

Suruhanjaya ini mentakrifkan sievert seperti berikut:[2]

"Sievert ialah nama khas untuk unit SI kuantiti-kuantiti dos yang setara, efektif, dan yang beroperasi. Unit ini bersamaan dengan joule per kilogram."

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b CIPM, 2002: Recommendation 2, Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa, 2000 
  2. ^ ICRP publication 103 - Glossary.

Pautan luarSunting