Di Malaysia terdapat beberapa Perguruan Silat yang menggunakan nama "Silat Kalimah", diantaranya:

  1. Silat Kalimah Panglima Tangkas
  2. Silat Kalimah Yahya Said
  3. Silat Kalimah Malaysia
  4. Silat Kalimah Amin
  5. Silat Kalimah Gempur Jagat
  6. Silat Pusaka Kalimah Amin
  7. Silat Kalimah Batin
  8. Silat Gerak Kalimah
  9. Silat Kalimah Serumpun Jati
  10. Silat Kalimah Yahya Said Pukulan 27

Asal usul sunting

Silat Kalimah dipercayai diasaskan pada tahun 512 Hijrah atau 1118 Masehi oleh Sheikh Abdullah yang berasal daripada Parsi. Adalah dipercayai Silat Kalimah telah diajar kepada kerabat Maharaja Derbar Raja II (Raja Kedah yang kesembilan) pada tahun 1118 Masehi, semasa zaman Dinasti Kedah Lama (sebelum Kesultanan Melaka). Silat ini the diamalkan secara rahsia oleh kerabat diraja dari generasi ke generasi sebelum diturunkan kepada orang kebanyakan semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin III (1854 - 1879).

Pada masa itu Baginda telah mengajar Silat Kalimah kepada Panglima dan Laksamana Kanan yang dikenali sebagai Panglima Ismail yang menyampaikannya kepada Panglima Hadi, yang seterusnya menyampaikannya kepada Panglima Tok Rashid dan beberapa orang lain sebelum menurunkan ilmu ini kepada Yahya Bin Said pada tahun 1923.

Diantara silat yang berkongsi salasilah dan mempunyai persamaan dari segi bentuk dan sejarah adalah Silat Kalimah Yahya Said, Silat Kalimah Malaysia dan Silat Kalimah Amin. Silat lain yang juga mempunyai salasilah yang hampir serupa adalah Silat Cekak Ustaz Hanafi, Silat Cekak Malaysia, Silat Panglima Tok Rashid, Silat Kalam dan Silat Kuntau Tekpi.